Friday, May 29, 2009

:: Uwais akan RINDUkannya ::

Uwais mungkin terasa rindukan seseorang...


Ye.. Uwais mesti akan merindui teman sepermainannya.. teman yang sudah bergelar kakak padanya.. kakak susuan.. Seorang kakak dan teman, sehati sejiwa.. gelak ketawa bersama.. tonton TV bersama.. suka dan tangis bersama.. makan dan minum bersama.. tidur sama-sama.. berjalan bersama.. umur seusia.. lahir di tempat yang sama..

Esok hanin akan bertukar pengasuh.. seorang Arab Palestin, Ummu Haitham.. alhamdulillah akhirnya ketemu jua mama dan abinya pengasuh arab yang dicari sekian lama..sementara saya menjaga dan mengasuhnya tika mama dan abinya ke kuliah.. Moga cita-cita dan harapan mama dan abinya tercapai.. :)

Buat hanin, umi doakan Hanin dapat sesuaikan diri dengan tempat baru, persekitaran baru ye. moga berada dalam lindungan dan JagaanNya selalu.. jangan nakal-nakal tau! ;) be 'akhlak baik' seperti mama dan abi selalu pesan tika tinggalkan hanin bersama ummi..


ketika berusia lbh kurang 4 bulan..


akhiran, 'ikatan' yg terjalin insyaAllah kita akn terus semaikan.. maafkan ummi jika sepanjang dalam asuhan dan jagaan ummi, ada kekurangan di sana sini.. 'garang-garang' (dibaca 'tegas-tegas') umi sebenarnya sayang ummi pada Hanin. ;) begitu juga pada Uwais!

Buat mama dan abi Hanin, terima kasih atas segala kepercayaan dan kesudian jadikan ummi ibu susuan Hanin.. Moga Allah berkati kalian selalu.. amiin. ukhuwwah fillah abdan, insyaAllah!


Sehingga entry ini sedang ditulis pun, uwais masih tunjuk gambar kakaknya.. memanggil namanya 'hana..' a.k.a 'hanin..' huhu..

12 comments:

Ain Allen said...

alamak.. ude pulak yang sebak baca.. huhu

ammar haziqi said...

salam...

lahai uwais.. janganlah sedih yer.. patah tumbuh hilang berganti.. mintalah ummi adik baby yg baru.. hehehe...

FirJah said...

ala siannya uwais...takpe ummi ada setia di sisi uwais..tak pun umi tambah la adik utk uwais, sure adik akn di sisinya selamanya...hehe
akk cantik edit gambar di taman tu..guna program ape?

Unknown said...

ila ain Allen:

sebak ude..? huhu.. tulah cam dah 'masa'nya tu.. he3x.. ;)

adik uwais amzar said...

ila abg ammar haziqi:

hehe.. yeayyy.. mmg tu yg uwais nak.. huhu.. :D

insyaAllah..

Unknown said...

ila Firjah:

sama lak suggestion cik jah ni.. hihii..

yg tu akk guna program di imikimi.com

mmg cantik.. akk pn dpt dr seorg kawan.. belek2 gambarnya dekat2, nmpak ada tulis imikimi.com. hhee.. :)

Ilyana Ar Razi said...

abg uwais,

minta la umi baby, uwais dapat kawan :)

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

salam..waa ingatkan kitaorg yg 1st baca..internet gendeng skit..skali dh 3 org komen..uwais n ummi jangan sedih ek..insya'allah kita akan selalu jumpa..terima kasih atas pengorbanan ummi selama ini..doakan hanin selalu dalam lindungan allah..love u both - mama

luvly aimira said...

will miss both of you toooooooooo

uwais amzar said...

ila auntie yana:
huhu.. uwais nak.. tp kna tanya umi abi camner..kih3x..

Unknown said...

Insyaallah mama hanin.. doakan juga umi cepat sehat!! tgh sakit ni.. huhu.. thanks urutkan umi tadi..feel better sikit.. jazakillah khairan kathira.. :)

Unknown said...

ila aimiRa:

we are also will miss u.. huhu.. ;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”