Thursday, October 28, 2010

Alf Mabruk Bonda Yana & Ust Nasir sekeluarga

27 Oktober 2010, 1.15pm Hospital Al-Essra', Amman.

Tahniah Buat a'ilah Irfan sekeluarga atas kelahiran permata hati, ahli keluarga yang baru, anak kedua buat Bonda Yana dan ust Nasir. Moga membesar dengan sihat dan menjadi Bintun Solehah, cemerlang dunia akhirat insyaAllah.. :-)

alhamdulillah.. kedua-dua ibu dan anak sihat.. kami sempat ziarah malamnya.. :-)

MasyaAllah..comelll... anugerah Ilahi yg amat bermakna... namanya belum diumumkan oleh ayahandanya.. ;-)



Kini menanti giliran Ummi pula.. Moga segalanya dipermudahkan juga... amiin.. Tak lupa, Ummi juga menunggu khabar berita gembira dari kakak kembar Ummi di Malaysia sana.. InsyaAllah x minggu ni, minggu depan juga... ^-^

Tuesday, October 26, 2010

Siapa Nama...???


video

InsyaAllah...




Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Sunday, October 24, 2010

Sabar Menanti... Sayang Ummi...

Setiap saat menanti dengan penuh sabar dan debar... Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar kelahiranmu dalam jagaan dan pertolonganNya, moga selamat dan dipermudahkan segalanya... Segala2nya ku bergantung padaMu ya Allah...

Adik... abg Uwais lah yang paling tak sabar menanti kehadiranmu..!! Seorang adik sebagai kawan dan sahabat pada abangnya! insyaAllah...

************************************************

How your baby's growing:


Your baby is now considered "full term," even though your due date is three weeks away. If you go into labor now, his lungs will likely be mature enough to fully adjust to life outside the womb. (Some babies need a bit more time, though. So if you're planning to have a repeat c-section, for example, your practitioner will schedule it for no earlier than 39 weeks unless there's a medical reason to intervene earlier.)

Your baby weighs 6 1/3 pounds and measures a bit over 19 inches, head to heel (like a stalk of Swiss chard). Many babies have a full head of hair at birth, with locks from 1/2 inch to 1 1/2 inches long. But don't be surprised if your baby's hair isn't the same color as yours. Dark-haired couples are sometimes thrown for a loop when their children come out as blonds or redheads, and fair-haired couples have been surprised by Elvis look-alikes. And then, of course, some babies sport only peach fuzz.

http://www.babycenter.com/

Wednesday, October 20, 2010

Surprising... Suspen... huhu

Salam...

Waktu pagi yang penuh suspen... tu yg ummi boleh katakan... huhu

mana tak suspennya.. mana tak dup dap2 degup kencangnya jantung ni... Umi terasa sakit sangat perut... Masa tu dah dekat nak subuh..lebih kurang pukul 4am.. Perut sungguh rasa tak sedap... rasa memulas2, rasa juga seperti ada constraction tu... Ya Allah masa tu tak tahu nak kata apa... Zikir je banyak2... tapi dalam hati tetap kata belum masanya lagi ni kot... huhu... sakit perut biasa kot... sekarang kandungan umi nk masuk 37 weeks... 9 bulan lebih dah... abi pun terasa suspennya bila umi mengadu rasa sakit tu... ;-)

Teringat pula pada Bonda Yana, yang juga sedang menanti hari untuk kelahiran kedua ini.. 2 minggu lepas pun kawan umi ni ada rasa sakit begini... hingga membawanya rujuk ke hospital Essra' kerana sakit terlalu kerap.. alhamdulillah doktor kata tiada apa2..just sakit perut biasa dan belum masanya utk deliver...

Untuk kelahiran yang kedua ni agak lain sikit ujianNya... apa-apa pun umi syukur dan terimanya walau sakitnya tak tahu jua bagaimana... Umi cuma memohon doa padaNya agar diberi kekuatan dan kesabaran sepanjang tempoh kehamilan ini dan dipermudahkan tika saat melahirkan nanti..amiin... Begitu juga buat teman2 yang lain, Yana, K.Liza, Rabe'a dan Izma yang juga akan sama alami pengalaman bersalin di Bumi Anbiya' Urdun ni... Allah ma'ana.. Moga semuanya selamat dan sejahtera..amiin.

Anakanda, uwais pun dah semakin sihat, dan ada selera makan dah... cuma kelmarin dan semalam hidungnya ada keluar darah.. panas dalam lagi barangkali... Dan cuaca di jordan ni dalam 2 hari ni memang diramalkan panas semula... memang rasa panas pun cuacanya 2 hari ni.. selasa dan rabu... Umi cuma basah2kan kepalanya dengan air sejuk...

Dan dengar khabar juga warga sweileh yang lain juga ramai yang kena demam, selsema... Syafahumullah Syifaan 'ajiilan buat semua... Musim2 demam sekarang ni.. perubahan cuaca barangkali.. Cepat2 baik semuanya..!!! amiin


Saturday, October 16, 2010

Anakanda Demam Panas!

Cuaca hendak bertukar... dari panas ke sejuk... dari musim panas ke musim sejuk... maka penyakit demam, selsema mula datang menjengah seperti tahun2 sudah... Allah uji kembali... alhamdulillah!

Anakanda, Uwais Amzar diuji demam panas pula hari ni... Dari lepas subuh tadi, umi nampak dia tetiba lesu saja..ajak makan nasi goreng yang umi dah siapkan pun, x mahu... minum air pun x mahu.. nak tidur je katanya.. huhu... masa tu x perasan lagi.. ingatkan uwais masih mengantuk... beberapa jam lepas tu, abinya rasa dahinya.. panas... rupanya anak ummi demam... lepas bagi minum air kotak susu strawberry atas permintaannya dan makan biskut favourite nya, Dance, abg uwais muntah semula apa yang dimakannya... sian anak umi... petang tadi check suhu badannya dh hampir cecah 39'c! cepat2 bagitahu abi.. suruh balik awal... kalau dah 39'c lbh nk kna bw jumpa doktor...

Baru je beberapa hari nampak selera makannya bertambah, hari ni diuji demam... sabar ye anakanda ummi... uwais kena kuat! Allah ma'ak, insyaALLAH...

syafakallah syifaan 'ajiilan... Bila dah uwais sakit demam camni..mulalah terasa sangat rindu akan keletah dan kenakalannya...huhu... mak langnya pun xde org blh diusik2 ye... huhu.... anak ummi abi.. cepat sembuh tau!!! miss u!!!

Buat mak lang uwais juga, cepat2 baik selsemanya ye...hehe...
makan madu perah limau ye... (^-^) Syafakillah fauran!

الجنة تحت أقدام الأمهات

Friday, October 15, 2010

No Body Is Perfect...!

FWD:Email


SOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO ........

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambahnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

Wednesday, October 13, 2010

Cinta seorang Suami

Sharing Story from FaceBook member, Hajijah Mohd Tiong


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Tuesday, October 12, 2010

Kerana Terleka

Sharing Kata-Kata Hikmah hari ini...

Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman,ucapan Oppssh mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang ha... kenyangnya mengatasi ALHAMDULILLAH, bila diri terpegun oleh keindahan alam,SUBHANALLAH tertutup oleh Cantiknya,bila dikunjungi berita malang, Kasihannya terucap kerana kita lupa INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJI'UUN.Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa. Tapi, ingatlah agar bila Malaikat Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...

Hidup Itu Ujian... Ujian Itu Tarbiyyah Dari Allah... (^-^)

Wallahua'lam

Saturday, October 9, 2010

جاء الشتاء

Salam semua..

Pulang dari Jerash membawa adik ummi melawat sejarah Kota Rom di sana pagi tadi... kami pulang dah hampir masuk waktu zohor pun. Dapat saja 'kereta sapu' nak pulang semula ke Sweileh, hujan rintik-rintik pun turun... syukur dan nak balik... kalau tidak berhujan lah kami.. hehe.. Hujan tu terus bertandang ke Sweileh.. semalam khabarnya turun di bumi Irbid.. hari ni dah tiba di sweileh.. lebat juga hujannya.. alhamdulillah..hujan rahmat tu... :-)

wah.. suka pula hujan dah turun... setelah agak lama ianya tak 'bertandang' ke bumi Urdun ni..;-) itu tandanya syita' dah menjelma... sejukkk.. huhu.. maka selalulah rasa lapar je bila musim sejuk ni... haha.. aish... segala persediaan musim sejuk pun kena get ready dah nih! ;-)



lagu santai.. video klip tibanya musim sejuk untuk kanak-kanak.. ;) (tp cam konfius lah..napa budak2 arab ni penampilannya ala-ala india..?? erm.. x fhm.. hehe)

Monday, October 4, 2010

PPMAj Raya 1431@2010

Assalamu'alaikum wrt...

♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥ Majlis Raya PPMAj- 2Oktober 2010- Dewan Da'abis, Sweileh♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸¸♥



video


Video di atas adalah salah satu slot program raya PPMA hari sabtu lepas.. Adik Fatimah AbulQarni mengetuai dendangan lagu Anak Tupai yang sangat digemarinya..hehe.. fatimah ni mmg sgt confident dan berani! :-)

Program ini telah diadakan di Dewan Da'abis, sweileh yang dimulai dengan Majlis Ta'aruf@Orientasi bagi pelajar-pelajar baru di Amman pada pukul 11am dan majlis seterusnya iaitu Majlis Raya PPMAj pada pukul 2pm. Untuk majlis yang pertama, hanya pelajar-pelajar baru yang terlibat manakala kami yang lain-lainnya hadir pada sebelah petang pula.

Untuk Majlis raya tersebut, pihak PPMAj menganjurkan satu pertandingan masakan buat ahli-ahlinya dalam misi dan visinya mahu mengeratkan jalinan ukhuwwah sesama ahli. Kami dibahagikan dalam 7 kumpulan semuanya. Bagi kumpulan Ikhwah, terbahagi kepada 4 kumpulan manakala kumpulan Akhawat/Muslimat terbahagi kepada 3 kumpulan.


Bagi kumpula ikhwah, mereka diminta meyediakan resepi satay mengikut citarasa setiap kumpulan manakala bagi kumpulan akhawat pula diminta menyediakan apa-apa jua juadah@menu yang menggunakan nasi dan daging.


Maka selepas berbincang, kumpulan pertama (k.liza) menyediakan Nasi Bukhari Santai Sweileh, Kumpulan kedua (Marwah) menyediakan Nasi Daging Nur Sweileh dan kumpulan Ketiga (K.Pah) menyediakan Nasi Kerabu Daging Bakar D'Safwa.




Nama Santapan satay bagi ikhwah yang pertama (Ust Anwar) Satay D'Sweileh bersama temanya: "Sedap hingga menjilat Lidi..Jangan Jeles..", Kedua (ust najib@abi) menyediakan Satay resepi Bonda D'Lima, Kumpulan 3 (Ust Hazwan) menyediakan satay One Malaysia dan kumpulan keempat (Ust Syed) menyediakan Satay Spice Special.. semua kumpulan memberi kerjasama yang sangat baik dan menonjolkan hasil kerja derta kreativiti yang selama ini dipendam.. (masing-masing punyai kepakaran memasak serta bakat seni tersendiri ;)


Pemenang bagi kumpulan ikhwah adalah dari satay D'Sweileh manakala bagi kumpulan akhawat dari Nasi Bukhari Santai sweileh.


Para juri hanya terdiri daripada kalangan kami saja disebabkan wakil MSD dan Kedutaan tidak dapat hadir bersama kerana pada masa yang sama ada program lain yang terpaksa mereka hadiri. Moga di tahun2 hadapan, jika ada lagi pertandingan sebegini, bolehlah para juri di bawakan dari luar Sweileh..hehe ;) apa-apa pun yang paling utama, kekuatan dari ikatan ukhuwwah itu yang kita mahukan... moga selamanya bersemi, mekar dan terus subur ke akhirnya... ^-^ insyaAllah...!

Sebelum majlis jamuan, majlis diserikan juga dengan dendangan nasyid raya oleh adik-adik syabab yang baru tiba serta anak-anak kecil sweileh yang semuanya ceria-ceria belaka dengan diketuai oleh adik fatimah mendendangkan lagu favourite nya, Anak tupai dan dilakonkan oleh 3 sekawan, abg Muaz, abg Uwais Al-Qarni dan Abg Khairi. Pada masa ni, Abg Uwais Amzar sedang lena diulit mimpi selepas makan satay terlebih dahulu akibat lapar yang ditahan dari pagi..huhu.. (pagi main saja dgn abang2nya, menjamah cume biskut dan air)



Akhiran, Selamat Berukhuwwah semua.. moga program-program ini menjadi muhasabah buat program-program yang akan datang agar lagi baik dan terbaik... insyaAllah.. All the Best semua..!

Ilalliqa'... :-)

Friday, October 1, 2010

Debaran yg Kian Terasa

Salam...

Debaran umi mula dirasai saat ini..
Ketidakselesaan, sakit sini.. sakit sana..
Tidur malam tiada lagi lenanya..

itulah hakikat saat seorang ibu mahu melahirkan anaknya..
ku redha dan sabar dengan semua rasa ini...
Moga kemanisan dan rasa bahagia itu nanti adalah penawarnya
tatkala anakanda yg dikandung ke sana ke sini selama 9 bulan
lahir ke dunia ini...

Ya Allah, mudahkanlah... selamatkanlah untuk segalanya..
anakku, umi menantimu dengan penuh sabar dan bahagia.. ^-^


**************************************

Bayt Amzar juga mendoakan adik Azeelah Abd Halim, pelajar bachelor Universiti Of Jordan agar cepat sembuh. Dapat tahu sekarang beliau ditahan di wad Hospital Jami'ah Urduniyyah, wad emergency tingkat 2 Isolation 5 bilik 258 akibat jangkitan chicken pox dan beberapa komplikasi lain.

Moga beliau terus diberikan kekuatan dan kesabran dalam hadapi dugaan ini.. moga cepat sembuh dan masuk belajar semula..!!

**************************************

Ahlan Wasahlan buat adik ummi, alang yang akan tiba pada petang ini di Amman.. moga dalam perjalanan yang baik dan selamat.. :-)

**************************************

akhirnya, buat kumpulan 3 akhawat: Ummi Pah, Mama Ain & Cik Naz , untuk program pertandingan masakan kita sabtu ni, chayok2x!! kita sama-sama berusaha buat yang terbaik... kalah menang adat pertandingan, yang penting ukhuwwah kita biar tambah erat dan mantop! insyaAllah khairan.. :-)

Dan tak lupa buat kumpulan abi uwais..:) buat satay yang terBEST!! hehe.. baca Bismillah, selawat sebagai permulaan.. insyaAllah lazizzzz jiddan!! ;-)

**************************************

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”