Wednesday, October 20, 2010

Surprising... Suspen... huhu

Salam...

Waktu pagi yang penuh suspen... tu yg ummi boleh katakan... huhu

mana tak suspennya.. mana tak dup dap2 degup kencangnya jantung ni... Umi terasa sakit sangat perut... Masa tu dah dekat nak subuh..lebih kurang pukul 4am.. Perut sungguh rasa tak sedap... rasa memulas2, rasa juga seperti ada constraction tu... Ya Allah masa tu tak tahu nak kata apa... Zikir je banyak2... tapi dalam hati tetap kata belum masanya lagi ni kot... huhu... sakit perut biasa kot... sekarang kandungan umi nk masuk 37 weeks... 9 bulan lebih dah... abi pun terasa suspennya bila umi mengadu rasa sakit tu... ;-)

Teringat pula pada Bonda Yana, yang juga sedang menanti hari untuk kelahiran kedua ini.. 2 minggu lepas pun kawan umi ni ada rasa sakit begini... hingga membawanya rujuk ke hospital Essra' kerana sakit terlalu kerap.. alhamdulillah doktor kata tiada apa2..just sakit perut biasa dan belum masanya utk deliver...

Untuk kelahiran yang kedua ni agak lain sikit ujianNya... apa-apa pun umi syukur dan terimanya walau sakitnya tak tahu jua bagaimana... Umi cuma memohon doa padaNya agar diberi kekuatan dan kesabaran sepanjang tempoh kehamilan ini dan dipermudahkan tika saat melahirkan nanti..amiin... Begitu juga buat teman2 yang lain, Yana, K.Liza, Rabe'a dan Izma yang juga akan sama alami pengalaman bersalin di Bumi Anbiya' Urdun ni... Allah ma'ana.. Moga semuanya selamat dan sejahtera..amiin.

Anakanda, uwais pun dah semakin sihat, dan ada selera makan dah... cuma kelmarin dan semalam hidungnya ada keluar darah.. panas dalam lagi barangkali... Dan cuaca di jordan ni dalam 2 hari ni memang diramalkan panas semula... memang rasa panas pun cuacanya 2 hari ni.. selasa dan rabu... Umi cuma basah2kan kepalanya dengan air sejuk...

Dan dengar khabar juga warga sweileh yang lain juga ramai yang kena demam, selsema... Syafahumullah Syifaan 'ajiilan buat semua... Musim2 demam sekarang ni.. perubahan cuaca barangkali.. Cepat2 baik semuanya..!!! amiin


1 comment:

ummuabdullahsyaakir said...

Moga dipermudahkan segala urusan dan selamt hingga melahirkan...tenang ye ummu...jgn takut2.

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”