Tuesday, August 31, 2010

Uwais Mood: Upin & Ipin: kisah dan tauladan

Upin & Ipin : Kisah dan tauladan (sempena ramadhan dan eidul fitri.. ( uwais mood) ^-^



Mari sama-sama memanfaatkan Hari2 Ramadhan yang masih berbaki dengan perkara-perkara kebajikan sebagaimana yang dituntut oleh agama... anak-anak sekalian.. jgn main mercun2 ye... bukan sahaja bahayakan diri dan nyawa, malah membazirkan waktu dan wang... ;)


salam ramadhan mubaraq... mari mencari malam lailatul Qadar.. ! :)


Wednesday, August 25, 2010

Ihya' Ramadhan PPMAj

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah pada hari sabtu yg lepas, kami semua warga sweileh, Amman yg tinggal di sini bersama-sama meriahkan majlis ihya' ramadhan kelolaan oleh PPMAj. Walaupun bilangan kami yang sedikit, tapi tetap meriah. Ditambah pula dengan jemputan kepada pihak MSD terutama, Pengarahnya, Hj Sulaiman, Atase Pendidikan yg baru, Ust Saifuddin bersama isteri dan anaknya serta pegawai En. Azmir bersama keluarganya meriahkan lagi majlis tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah buat adik presiden PPMAj, Ust Muhammad B. Sidek serta Ust Qudrotullah kerana berjaya kendalikan majlis tersebut walaupun dengan kekurangan ahli AJK nya... Alhamdulillah dengan kerjasama yg padu oleh abang2 mereka, mantan presiden serta para ustaz PhD yg ringan tulang membantu menyeliakan program agar berjalan lancar. Satu kerjasama yang sangat mantap! Tahniah semua!!!

Uniknya program ini, semuanya dikendalikan oleh pihak muslimin tersebut, dari A-Z! Dari perancangan hingga memasak! tahniah juga buat ketua chef nya, ust Shahrul@sagol :). Para ibu hanya menyediakan kuih-muih pencuci mulut.. Alhamdulillah moga kerjasama sebegini terus mantap dan eratkan ukhuwwah antara kita.. ^-^


Dalam majlis ihya' ini, satu slot diskusi bertajuk "Sadaqah Ramadhan" telah disampaikan dengan mantapnya diiringi slide show yg sangat menarik oleh Al-fadhil Ust Syed Mohd Helmi. Slot diskusi ini dibuat sebelum majlis berbuka puasa. Satu pengisian yang sangat berkesan dan peringatan tentang betapa pentingnya umat islam bersadaqah.. lebih2 lagi di dalam bulan Ramadhan yg mulia penuh barakah ini.

*******************************

Sedikit nota penting yg boleh dikongsikan bersama dari slide show tersebut: (credit to ust syed al-yahya :)

- Sadaqah dari kata sadaqa yang bererti benar.
- Orang yang suka bersadaqah adalah orang yang benar pengakuan imannya.
- Pengertian sadaqah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
- Tetapi sadaqah memberi maksud lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material.
- Walaupun kebanyakan kalimah sadaqah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersadaqah.

-Sadaqah sebagai bukti keimanan umat islam: di mana orang yang suka bersadaqah adalah org yang benar pengakuan imannya. Sekiranya ikhlas, dengan bersadaqah, Pahalanya berganda, malah bercambah-cambah rezekinya yang Allah janjikan. Maka, bersadaqahlah dengan hati yag penuh yakin, tawadhu' dan tawakkal kepadaNya. InsyaAllah moga diganjari pahala yang berlipat ganda.

Antara keutamaan bersadaqah:
- Dengan bersadaqah, dapat menghapuskan dosa sebagaimana sabda Nabi SAW yg bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

- Mendapat Naungan di hari Akhirat : Sabda Nabi SAW bermaksud :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)

- Keberkatan pada Hartanya. Sabda Baginda SAW yg bermaksud: Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Dengan bersadaqah, rezekinya bertambah. Ajaibnya sadaqah, Semakin Bersadaqah, Semakin menjadi Kaya..MasyaAllah...

- Beroleh pahala Berlipat- ganda. Sebagaimana Firman Allah SWT yg bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (al-Hadid: 18)

- Memasuki Syurga melalui pintu khusus.
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)

- Menjadi Bukti Keimanan seseorang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bermaksud
“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)

An Nawawi menjelaskan: “Iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu sadaqah dinamakan demikian karena merupakan bukti dari Sidqu Imanihi (kebenaran imannya)”

Kepelbagaian sadaqah:
- Nak bersadaqah, x perlu tunggu kaya
- tanpa wang pun, kita masih boleh bersadaqah
- Senyum pun salah satu sadaqah yg paling mudah :) :)
- Amar Makruf Nahi mungkar (kerja kebaikan)
- menyelesaikan masalah orang lain
- membuang perkara yang menghalang di jalan, memberi khidmat dan sebagainya...

*****************************
Solat terawikh, kami solat berjamaah diselangkan 4 rakaat oleh satu slot ringkas tazkirah tentang matlamat puasa oleh Ust Saifuddin. Solat terawikh disambung kemudiannya hingga selesai solat witir.

Sebelum berakhir majlis, Ust Hj. Sulaiman memberikan sedikit ucapan serta merasmikan program Ihya' ramadhan 1431.

--------------------------------

banyak lagi program2 menanti sepanjang ramadhan ini... alhamdulillah... :)

Selamat Berpuasa semua umat Islam! صياماً مقبولاً و إفطاراً هنيئاً

Tuesday, August 24, 2010

Senyuman Manis Si Comel GiveAway

Senyuman Manis Si Comel GiveAway



Gambar yang dipilih.....>


Nama Penuh Sicomel: Uwais Amzar Bin Mohammad Najib
Umur Sicomel: 2 tahun 8 bulan
Status Sicomel : Anak Sendiri
Nama Pengirim: Suhayu Binti Ehwan (Ummu Uwais)

- Anakanda ummi ni memang suka bergaya lagi2 depan kamera! kadang-kadang x payah disuruh bergaya, boleh buat sendiri.. Tapi ni bila dengan ummi atau abinya saja..kalau depan org lain, cam malu2 lah pulak... gambar ni diambil masa pulang bercuti di tanah air bulan 12-2 aritu.. di rumah mak teh (kakak kembar ummi). Siap pinjam tali tie pak teh amik gambar! :D

Video Da'i Cilik: Bunga

Penyampaian yg sgt menarik dari si da'i cilik Bunga... Program sebegini yg Malaysia perlu buat bagi pengisian masa2 kosong buat anak2 kecil kita... :) hiburan yg mendidik jiwa dan rohani .. jiwa yg kosong perlu dididik dengan hanya mengingati Allah yg Maha Esa... InsyaAllah hati2 akan tenang...

Wednesday, August 18, 2010

'MAMAZAKWAN BUAT CONTEST!'


Assalamu'alaikum...

Kali ini umi nk try pula contest ni yg dibuat oleh Mama Zakwan... saja suka2.. :D

Ni gambar yang umi pilih: Raya tahun lepas di Embassy Malaysia Jordan..;)

Nama: Uwais Amzar Bin Mohammad Najib
Tarikh lahir: 23HB Disember 2007

*thanks mama zakwan atas penyediaan contest nih.. salam kenal dr urdun :)
syarat2 penyertaan boleh klik sini...

Tuesday, August 17, 2010

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Salam isteri-isteri yg dimuliakan.
Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.
Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
Insya Allah.

Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak2nya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak2, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak2nya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak2nya.
8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak2nya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
10. Dia menceritakan bacaan tajuwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak2nya.
16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.
Selamat Bergembira dan Berbahagia Wahai isteri2.


Ahmad Shafiai Uda Jaafar

Monday, August 16, 2010

7 cara menangkis virus ukhuwah


Sharing from Facebook member..

gambar hiasan: Uwais & Hanin.. adik & kakak.. ;)

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.

1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan 'sombong' seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.

3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: 'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Wallaahu'alam

Friday, August 13, 2010

Wednesday, August 11, 2010

~AhLaN Ya RaMaDhaN~

Assalamu'alaikum wrt...

Alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaan dan rezeki, berjumpa lagi bulan Ramadhan yg di nanti2... ramadhan kali ini merupakan ramadhan buat tahun ke-3 kami sekeluarga di bumi anbiya', bumi syam ni... Dan juga mungkin puasa terakhir kami di bumi urdun ini... dan berharap adanya lagi kesempatan ini, berpuasa pula di bumi tercinta, tanah air Malaysia... ^-^

Semalam waktu maghrib, pengumuman puasa oleh ketua qadhi Jordan, bersiaran langsung di Jordan televisyen menyatakan Rabu (11 Ogos 2010) maka masuknya ke gerbang Madrasah Ramadhan Al-Mubarak (1 ramadhan 1431)...

Kedengaran bunyi letupan bunga api di sana-sini dan jeritan anak-anak arab Sweileh melaungkan "esok Puasa!".. macam kalau di Malaysia ucapannya selalu dengar "esok raya!" ;) Meriah sungguh sambutan mereka di sini mengalu-alukan kedatangan ramadhan yg mulia, bulan yg penuh barakah dan keampunan. Pastinya, tahun2 akan datang jika diizinkan lagi, kami akan merindui suasana berpuasa di bumi urdun ini.

Marhaban Ya Ramadhan....

Sabda rasulullah SAW "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramadan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

Alhamdulillah.. ramadhan kali ini kami warga melayu sweileh akan bersama-sama menyertai program2 yang telah disediakan oleh pihak PPMAj dengan kerjasama SELAMAj dalam mengisi waktu2 lapang kami dengan majlis ilmiah seperti Program diskusi Bersiri Ramadhan yang akan disampaikan oleh beberapa ustaz dan ustazah yang belajar di sini, program tadarrus setiap hari selepas subuh oleh muslimin dan selepas isya' oleh muslimat dan juga program ifthar bersama mengikut jemputan yang tersedia...insyaAllah moga semuanya berjalan dengan baik dan mendapat manfaat darinya...


Ramadhan kali ini juga, adalah kali yang kedua buat umi sedang berbadan dua.. kali pertama dahulu sedang mengandungkan abg uwais amzar yang ketika itu juga lebih kurang 6-7 bulan dalam kandungan. Kali ini umi sedang mengandungkan adiknya pula. Umi berdoa agar kesempatan yg Allah beri ini (insyaAllah boleh puasa penuh) umi dapat jalaninya dengan penuh sabar dan kesihatan yang baik. Dan yang pastinya sepertimana yang diharapkan semua orang moga2 ramadhan kali ini adalah ramadhan terbaik buat umi dan abi agar kekurangan2 @ kelemahan2 yang lepas dapat diperbaiki dan pertingkatkan pada kali ini..amiin..

Bak kata ust Anwar Ridwan pada program diskusi pertama baru2 ni bertajuk Ramadhan: Antara Realiti dan Tuntutan.

"Ramadhan Shopping Complex: macam2 ada.. (1) Siyam (puasa) department (2) Qiyam (Tarawikh@qiyamullail department) (3) Qur'an (Tadarrus) department (4) Ihsan (sadaqah@ikhlas) department..." Jom rebut semua!!! kerana puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga malah merangkumi skop yang amat luas untuk dicapai... Bulan Madrasah dan Tarbiyyah Diri dan Jiwa...

~Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua umat Islam... Taqabbalallah minna wa minkum... Maaf Zahir dan Batin~

Suami Idaman Wanita

Sharing from Facebook Site


BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Wednesday, August 4, 2010

صيام الحامل في الصيف



سيحلّ رمضان كريم قريبًا بمشيئة الله. أحببت أن أنقل بعض النصائح الموجّهة إلى الحوامل لا سيما زوجتي الحميمة التي ستتحمّل رحلةً شاقةً ومرهقةً أثناء الصيام في الصيف. إليك النصائح الآتية



1) تأخير وجبة السحور بقدر الإمكان حتى تساندها طوال النهار، ويجب أن يحتوي السحور على النشويات، ومواد غذائية غنية بالسعرات الحرارية مثل البلح المجفّف، أو الفواكه المجفّفة، كما يجب أن يحتوي على الفواكه والخضروات الطازجة لتساعدها على تحمّل العطش أثناء فترة الصيام.




2) تحتاج الحامل إلى 2250 سعرًا حراريًا يوميًا على التقريب، ويجب أن تكون السعرات من مصادر غذائية غنية بالفيتامينات والأملاح المعدنية المهمة مثل "الحديد والكالسيوم، والصوديوم، والبوتاسيوم"؛ ولذلك فإننا ننصح بأن تتناول الحامل فور إفطارها كوبًا كبيرًا من عصير الفاكهة، ليرويها ويزوّدها بالسعرات الحرارية الضرورية.




3) لابد أن تكون كمية الملح في الطعام بمعدل طبيعي لتعويض الفاقد من الأملاح عن طريق العرق، وعدم الإكثار من تناول الشاي والقهوة والمياه الغازية والآيس كريم.




4) الاعتدال في كميات الأكل، ويجب على الحامل أن تتجنّب المأكولات صعبة الهضم كالأكل المحمر في الزيوت أو الدهون أو الأكل المسبك. وذلك حتى لا تصاب بعسر هضم، أو حموضة، وهما عرضان منتشران بين الحوامل، لذا نفضل أن يكون الطهي إما سلقًا أو شويًا بدون استخدام دهون أو زيوت.




5) يجب تناول كمية مناسبة من النشويات مثل "الخبز المكرونة، الأرز" في حدود رغيف من الخبز أو 6 إلى 8 ملاعق من الأرز أو المكرونة وهذه المواد تساعد على تزويد الجسم بسعرات حرارية سهلة الهضم.




6) يستكمل الإفطار بطبق غني بالخضروات الطازجة على شكل سلطة من خضروات الموسم؛ وذلك للمساعدة على الهضم والتزوّد بالفيتامينات.




7) الحرص على تناول السوائل بكثرة خاصةً الماء والعصائر الطازجة في الفترة بين الفطور والسحور.




8) لا ننسى أن الحامل تحتاج إلى حوالي لتر من الحليب أو مشتقاته ليزوّدها وجنينها بالكالسيوم الضروري لهما، وبالتالي فإن مائدة الإفطار والسحور يجب أن تحتوي على منتج من منتجات الألبان ونقترح سلطة الزبادي أو اللبن الرايب أو الحليب خالي الدسم.




9) تناول الفاكهة الصيفية كمصدر للسوائل، مثل البطيخ والعنب والتين لما تحتويه أيضًا من فيتامينات ومعادن طبيعية تجنّب الحامل الإمساك.




10) ما بين الإفطار والسحور يجب على الحامل أن تتناول وجبةً خفيفةً غنيةً بالفيتامينات والسعرات الحرارية وهنا يأتي دور الفواكه المجففة أو الطازجة والتي يُستحَبّ تناولها في شهر رمضان، مثل الخشاف أو قمر الدين، ولكن يجب مراعاة ألا تزيد السكريات عن المقبول حتى لا تحدث زيادة سريعة في الوزن.


Terjemahan ringkas


Melambat-lambatkan sahur: Menu: nasi,lauk, sayur, balah (tamar muda) *
Ketika iftar, minum segelas besar jus buah-buahan*

Kurangkan minum teh, kopi, minuman bergas dan aiskrim*

Elakkan makanan yang sukar dicerna seperti makanan berminyak dan berlemak*

Mengambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dan roti pasta*

Ketika iftar, makan sayuran yang segar seperti salatoh*

Tempoh di antara sahur dan iftar: banyakkan minum air masak & jus segar*

Menu sahur & iftar: Susu atau yogurt*

Banyakkan makan buah anggur, tembikai dan tin untuk elakkan sembelit*

Tempoh di antara sahur dan iftar: Makan buahan kering seperti kamaruddin *

Tuesday, August 3, 2010

JANGAN MARAH…


Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!


Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri.


Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”


Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.


Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.


Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.
Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan?
Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!


Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi si pengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.


Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…
Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!


Sumber: Ust Pahrol Mohd Juoi (http://genta-rasa.com)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”