Tuesday, August 17, 2010

SUAMIKU BERUSAHA MENJADI ORANG BERTAQWA DI BULAN RAMADHAN

Salam isteri-isteri yg dimuliakan.
Apa yg amat mengembirakan dan membahagiakan anda pada hari ini ialah apabila melihat suami anda bersungguh2 mencari redha Allah dan berusaha menjadi orang bertaqwa di akhir Ramadhan nanti.
Bulan yang penuh barakah ini adalah khas untuk suami-suami membaiki ibadah khususnya seperti solat, memantapkan bacaan Al Qurannya, menguatkan iman dengan membaiki kualiti puasanya dan meneguhkan aqidahnya dengan menuruti sungguh-sungguh amalan puasa yg diamalkan oleh Ar Rasul SAW.
Insya Allah.

Bergembiralah anda jika anda lihat suami anda:
1. Bangun sahur dengan mengambil wudhu sebelum menjamah makanannya. Malah lebih syahdu jika anda lihat dia ruku' dan sujud sebelum bersila di hadapan hidangan.
2. Mengejutkan anak2nya yg masih kecil dengan kasih sayang mengajak bersahur untuk belajar berpuasa siang harinya.
3. Tingkahlakunya yang lebih sabar yang tidak cepat "panas baran" apabila kesilapan yang dilakukan oleh anak2, anda dan juga dirinya sendiri di sepanjang siang harinya.
4. Bertanyakan kepada anda sebelum membeli juadah untuk berbuka dan membantu anda menyediakan dan menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa.
5. Meminta kebenaran anda untuk berbuka di surau / masjid bersama-sama dgn kariah mencari pahala memberi makan kepada musafir yang berpuasa di masjidnya.
6. Dia yang membaca doa berbuka puasa.
7. Semasa berbuka, selepas dia menjamah tiga biji buah tamar, dia mendahulukan anak2nya makan hidangan kegemaran mereka. Dia tidak marah jika makanan kegemarannya dia habiskan oleh anak2nya.
8. Dia mengajak anda dan/atau meminta anda menguruskan anak2nya ke surau untuk solat isyak dan terawih berjamaah.
9. Dia menyatakan puasnya dapat menghabiskan kesempurnaan solat terawih dengan solat witir bersama jamaahnya.
10. Dia menceritakan bacaan tajuwidnya banyak ditegur oleh rakan-rakan setadarus dan mengharap bacaannya bertambah baik pada malam esoknya.
11. Sebelum dia masuk tidur, dia memantau di dapur memastikan nasi di dalam periuk eletrik sudah tersedia dimasak untuk sahur esoknya.
12. Dia memperingatkan anak-anaknya agar tidur awal untuk bangun awal esoknya.
13. Dia memastikan jam loceng atau handfon yang ada "alarm" tersedia untuk mengejutnya pada jam 5 pagi esoknya.
14. Dia menyatakan kepada anda yang dia bercita-cita untuk mendapatkan Malam Laillatul Qadar" di sepuluh malam terakhir dengan meminta kebenaran anda utk beriktikaf di masjid yang berdekatan.
15. Dia menanyakan kepada anda, tarikh untuk bershopping membeli pakaian untuk anda dan anak2nya.
16. Dia tutup setiap malam dgn memeluk anda walaupun anda membelakanginya dengan kedengaran sebutan lidahnya membaca "Tiga Qul" sebelum berdengkur meninggalkan alam sedarnya.

Inilah kebahagian hakiki seorang isteri kerana suaminya berusaha menjadi pemimpin yang bertaqwa untuk melayari bahtera keluarganya ke destinasi yang hakiki. Ke Syurga Jannah.
Selamat Bergembira dan Berbahagia Wahai isteri2.


Ahmad Shafiai Uda Jaafar

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”