Thursday, July 29, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu..

Sharing from FB member..



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Wednesday, July 28, 2010

ADUAN RAKYAT: 28 July 10

ADUAN RAKYAT: 28 July 10

Umi berkesempatan juga untuk menonton Aduan rakyat di TV3 online.. tentang permasalahan sekian lama bagi penduduk kampung halamanku, Felda Purun serta kampung sebelah, felda Mayam...

Umi teringat satu tika dulu... kami semua terpaksa mengangkut air dari mana-mana sumber air di ladang2 kelapa sawit atau di mana-mana yang ada perigi sebagai sumber air bagi keperluan kami seharian. Keadaan memang sangat sukar.. kesian melihat abah ulang alik ke kawasan ladang yang jauh menggunakan motorsikalnya mengangkut air bagi kami sekeluarga. Lagi sedih bila dah tiba di rumah, tong yang telah berisi air pecah akibat terjatuh ke tanah ketika abah mahu turunkan dari motorsikalnya.

Lagi sedih bila raya saja, selalu saja air mula tiada... huhu... sabar jelah.. nak raya pun jadi tak gembira.... terpaksalah mencari alternatif menggunakan pinggan mangkuk pakai buang je... sabar jelahhh...

Alhamdulillah, diharapnya selepas ini masalah ini tidak lagi bertandang membelenggu penduduk kampungku...

Syukur ya Allah.. air dah kembali...

Terima Kasih Aduan Rakyat! ^-^

Farah Park: Uwais ceria bersama Hanin & Irfan!

Location: Farah Park, Hayat Mall- Sweileh, Amman










gambar ni tika uwais main sorang-sorang tanpa kawan2nya..mukanya sgt serius!!

Monday, July 26, 2010

Hanin Teman Uwais!

Semalam Hanin temankan Uwais di rumah...

Kelamrin mama Hanin bagitahu mahu tumpangkan Hanin di rumah umi

Sebab tetah yang jaga Hanin minta cuti seminggu dari berjaga anak2, rumahnya dalam hal baikpulih semula

Ummi berbesar hati Hanin nak datang umah...

lama dah Hanin x datang main sini...

Allah dengar doa ummi..

Dapat umi lepaskan rindu pada Hanin..

Tengok Hanin dan Uwais ceria main bersama macam dulu2..

buat gaya kami sihat!!! :D

Dulu umi jaga Hanin masa hanin belum setahun

sekarang hanin dah boleh bercakap, x pakai pampers lagi...

Alhamdulillah dah besar anak-anak umi ni...

bunyi azan di toyor al jannah channel, aban(akbar) katanya.. amik kupiah solat jema'ah.. tp..erkk?? hanin pn pakai kopiah,..??? ;)

Uwais pun tak sunyi... ada kawan main semalam.. hehe...

Petangnya, mama sampai.. kami pergi hayat Mall beli barang dapur sikit..

sebelum tu bawa uwais hanin main jap kat Farah Park bahagian atas..

baru nampak ceria main..nk banding kalu main sorang2 takde teman.. :D



Tapi bangun pagi tadi, uwais kata kat umi, Hanin..??

lepas dah kenyang.. dh main, masing2 pun tido..

hihii.. Hanin dh baliklah umah dia malam tadi, uwais dah tidur masa tu... ;)

ada masa ada rezeki, jumpa lagi ye...



Lawatan ke Mathaf Athfal 2010

Assalamu'alaikum wrt...

Tangal 23 Julai lepas (Jumaat) kami sebahagian warga melayu sweileh melakukan sesi lawatan ke Mathaf Athfal (muzium kanak-kanak) yang terletak di Madinah Awwal, Hadaiq Hussien. Ini adalah program sulung buat Sekretariat Pelajar Ijazah Lanjutan Malaysia (SELAMA) di Jordan dengan kerjasama pihak PPMAj. Sejak cuti semeter soifi ni, agak sunyidengan sebarang aktiviti bersama antara kami. Lawatan ini antara lain bertujuan mengeratkan ukhuwwah sesama ahli sementara para ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang kini sedang bercuti panjang untuk memasuki sessi pembelajaran tahun baru.

Kami bertolak ke sana lebih kurang pukul 9.30am bersama coaster Sweileh-Wadi Sir. Tiba di sana, muzium belum lagi dibuka dan disebabkan hari jumaat merupakan 'Free open day', ramai pengunjung yang mengambil kesempatan ini dan sudah pun beratur di hadapan pintu masuk muzium. Alhamdulillah masih ada ruang untuk kami semua...

Kanak-kanak lah yang ceria, gembira dapat bermain, belajar, berhibur dalam muzium tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam muzium tersebut yang melibatkan indoor dan juga outdoor activity. Terdapat juga pameran berbentuk sains dan teknologi, kitaran hidup, pertanian, uji minda, kewangan (bank), mini studio, hasil kreativiti dan juga satu sudut kehidupan marine (aquarium mini).

Memandangkan azan bagi solat jumaat pada pukul 12 lebih, kami keluar awal untuk pulang ke sweileh semula pada pukul 11.30am. Para ibu/akhawat terus ke Bayt a'zab untuk jamuan manakala para bapa@syabab ke masjid Abdul rahman Auf untuk mendirikan solat fardhu jumaat. Seusai solat, kami semua berkumpul dan menjamu selera nasi lemak yang telah disediakan oleh presiden ppma sendiri bersama ajknya.. ;) Dengan bilangan ahli yang sedikit, ditambah ramai ahli yang telah pulang bercuti di Malaysia, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk beraktivi dan bermesra. ^-^

sedikit gambar yang sempat disnap!

sudut kreativiti..membuat kapal terbang putar! (ye ke namanya..hihii)

anak-anak teruna cilik sweileh yg ceria!

abg uwais dan kak Asmak sedang mencuba bahan magnetik

ummu uwais al-Qarni yg setia menemani anak bongsunya meneroka alam sains.. ;)

abi bersama 2 adik syabab yg masih tinggal..yg lain balik bercuti.. hihii

MasyaAllah cantik sgt ikan ni..:)

naik bees... nak cari madu...

diluar muzium.. kincir air!

pameran air bus.. nak mencuba bawanya, kena beratur amik tiket dulu..baru dapat rasa jadi pilot! ;)

masuk bank mini... wow.. banyaknya jongkong emas!!

masing-masing dah puas hati dan dapat belon free, jom balik!! ;)


syukran atas anjuran ini... menunggu detik ramadhan yang 2 minggu saja lagi berbaki.. program ihya' ramadhan pula insyaAllah menyusul... :)

Salam Menyambut Ramadhan Kareem Al-Mubarak... Moga diberi kesempatan merasai lagi bulan rahmah penuh barakah ini dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

Selamat Berjuang para Dukturah!!

Alhamdulillah.. akhirnya mereka berjaya dalam misi pengajian mereka dalam bidang perubatan... Tahniah buat adik2 JUST sekalian!! Beberapa misi lain pasti akan menyusul kemudian.. Misi menyemai bakti buat negara tercinta! Jalannya mungkin semakin mencabar, makin terbuka luas, yg memerlukan elemen kesabaran, kekuatan, keikhlasan sebagainya.. Moga segalanya dalam petunjuk Ilahi, dimudahkan urusan buat kalian.. Salam sayang salam ukhuwwah fillah buat Dr. Farah, Dr. Faezza, Dr Hety, Dr, Juiliana, Dr. Sarah serta kwn2 yg lain yang x sempat kenal... =)


syukran atas ziarah tempoh hari... alhamdulillah diberi kesempatan mengenali kalian... :)


Selamat Berjuang!!!


******************************

satu perkongsian :)


Rangkaian Hikmah

Oleh : nurtaufiq


Musnahkan materi yang membelenggu hidupmu, kamu akan menjadi seorang yang gagah.
Ingatlah, takkan berterusan mendung yang menjengah hidupmu.
Begitu jua takkan berterusan sinar suria menceriakanmu.
Inilah kehidupan dunia.
Ruang pentas dunia ini terlalu kecil dan terlalu rendah nilainya untuk dibanggai.
Sedangkan seisi dunia adalah ujian bagimu,
agar kembalinya kamu seperti kamu datang ke mari.


Lihatlah di sekelilingmu, apa yang semalam ada, tetapi hari ini tiada?
Berapa banyak tenaga telah kau usahakan, tetapi untuk apa?
Sedangkan tenaga akan lenyap di hujung nyawa.
Banyak wang dan perhiasan telah kau kumpulkan, tetapi untuk siapa?
Sedangkan wang, perhiasan & nyawa takkan pernah menjadi hak milik mutlak dirimu.
Apabila kamu tiada, tinggallah harta, hilanglah nyawa.
Andainya, segala untuk Tuhanmu Yang Esa,
Bertuahlah kamu kerna dihampirkan Syurga dan seisinya.


Pandanglah ke langit tempat dirimu berteduh,
Kerana kamu pasti tidak akan melihatnya lagi,
tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari,
umurmu semakin singkat bukan semakin meningkat.
Sujudlah sebagai tanda kamu bersyukur,
Lantaran nikmat udara yang masih kau hirup,
lantaran neuron otakmu masih melengkapi hidupmu,
untuk kau terus berbakti, bersyukur, bersyukur dan bersyukur lagi.


Tuesday, July 20, 2010

Siapa nama ..... ?

Dialog Petang: Ummi bertanyakan Uwais Amzar

Ummi: Siapa nama umi...?
Uwais: Ayu..!!

Ummi: Siapa nama Abi..?
Uwais: Najib..!!

Ummi: Siapa nama Uwais..?
Uwais: Abam Uwais..!! (abang uwais)

Ummi try lagi bertanya uwais soalan yg sama.. soalan yg pertama dan kedua still sama jawapannya... tapi jawapan untuk namanya sendiri jawab lain pula

Ummi: Siapa nama Uwais..?
Uwais: Amja! (amzar)

Kali ketiga tanya...

ummi: Siapa nama uwais..?
uwais: ana..!! (saya)

agaknya dh banyak sangat ummi tanya, dia pun jadi keliru sebabnya sebelum ni umminya ada ajar dalam bahasa arab... kalau tanya sapa ini dan ini etc (merangkumi hal dirinya..) dia akan jawab, ana..!


soalan bahasa arab:

Ummi: shu smuk ummuka..? (sapa nama ibu kamu?)
uwais: ummi..!!

Ummi: shu smuk abuka..? (sapa nama ayah kamu?)
uwais: abi..!!

Ummi: shusmuk..? (sapa nama kamu?)
uwais: uwais amja.. (uwais amzar)

dua bahasa berbeza, dua jawapannya berbeza... ;) hehe...


Usianya menginjak 2 tahun 7 bulan... alhamdulillah atas perkembangannya yg baik tiap hari... pergaulannya bersama kawan pun ada perubahan baik... syukur.. semoga anak umi abi membesar dengan sihat dan dalam lindungan Allah selalu... moga kami terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam mendidik dan mentarbiyyahnya menjadi anak yg soleh, hamba yang taat, insyaAllah... amiin



Hebahan: Permohonan Penukaran Permohonan Ke Universiti Jordan


Permohonan untuk penukaran permohonan dari universiti lain di Jordan ke University of Jordan dibuka


Assalamualaikum..

Di sini kami ingin memberitahu kepada pelajar-pelajar yang telah pun mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Ada berita baik untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke University of Jordan.

Hasil perbincangan yang ringkas.. Pihak Malaysian Student Department(MSD) memberi peluang keTIGA setelah DUA kali permohonan penukaran dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin menukar pilihan pertama universiti mereka kepada University of Jordan.


Untuk makluman, bahawasanya University of Jordan untuk sessi pengambilan pelajar 2010/2011, pembayaran yuran untuk pelajar Malaysia adalah berdasarkan pembayaran yuran pelajar tempatan iaitu dalam 15JD/1hour berbanding sebelum ni 50JD/1hour. Namun, University of Jordan hanya menyediakan 40 tempat sahaja kepada pelajar Malaysia. Oleh itu, kepada pelajar-pelajar yang telah memohon untuk menyambung belajar di Jordan dan ingin menukar pilihan universiti ke University of Jordan amatlah dialu-alukan.

Permohonan ini akan mula di buka dari tarikh dan waktu post ini diterbitkan dari blog ini hingga hari khamis 22/7/10 jam 7.00am(waktu Jordan) dan 12.00tgh(waktu Malaysia)




Kepada mereka yang ingin melakukan penukaran permohonan ini atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, anda boleh terus hubungi ketua Biro Perhubungan & Kebajikan PPMAJ saudara Qudrotullah di "Kdq_qud@yahoo.com"

Sekian, terima kasih.

Saturday, July 17, 2010

Lawatan Ke Mathaf al-Atfal

IKLAN: FWD @ Email

Lawatan Ke Mathaf al-Atfal

sumber iklan: mathaf atfal yg kini sedang berlangsungnya pelbagai aktiviti soifi

link web The Children's Museum: www.cmj.jo @ flickr


Title: Lawatan ke Mathaf al-Atfal
Date: Friday July 23, 2010
Time: 9:00 am - 3:00 pm
Location: Mathal al-Atfal, Al-Hussain Park

Notes: Yuran
JD1.50 Dewasa (12 tahun dan keatas)
JD0.50 Kanak-kanak bawah 3 tahun
JD1 Kanak-kanak melebihi 3 tahun
JD2.50 Bagi 3 kanak-kanak dan keatas tanpa mengira umur

Aturcara
9.15 pagi – Pendaftaran dan berkumpul di Bulatan Sweileh
9.25 pagi – Bertolak ke Mathaf al-Atfal
9.40 pagi – Bergambar Kenangan di Mathaf al-Atfal
9.50 pagi – Masuk ke Mathaf al-Atfal
12.25 tgh - Berhimpun di Pintu Keluar Mathaf Atfal (Muslimin)
12.25 tgh – Bertolak ke Sweileh
12.35 tgh – Solat Jumaat (Muslimin)

Solat Zohor dalam Mathaf (Muslimat)
1.45 ptg -Makan Tengah di al-Hussain Park
3.00 ptg - Bersurai

* Aturcara mungkin berubah

Sila sahkan kehadiran anda sebelum hari Rabu, 21 Julai 2010. Sila war-warkan kepada yang berminat. Penyertaan dibuka kepada ahli dan bukan ahli.

Urusetia
abulqarni@yahoo.com
0785824534

************************************************************************

Diselitkan bersama gambar-gambar anakanda uwais amzar ketika ke mathaf tersebut baru-baru ini.. :)










Thursday, July 1, 2010

Hobi Anak Terunaku..

video

Mewarna: Karektor kartun Favouritenya Al-Mughamarat Dora!

Alhamdulillah anakanda dah berusia 2 Tahun setengah.. Umi dan abi sedang melatihnya buang air di hamam.. siang x boleh pakai nappy! terlewat sikit umi dan abi latihnya sebab nak tunggu musim panas masuk punya pasal..;) musim sejuk karpet lambat nk kering kalu uwais 'terbabom'.. hehe.. By 3 years, uwais mesti dah x pakai nappy tau! Masa tu insyaAllah dah ada adik! chayok2x!!! :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”