Umi berkesempatan juga untuk menonton Aduan rakyat di TV3 online.. tentang permasalahan sekian lama bagi penduduk kampung halamanku, Felda Purun serta kampung sebelah, felda Mayam...
Umi teringat satu tika dulu... kami semua terpaksa mengangkut air dari mana-mana sumber air di ladang2 kelapa sawit atau di mana-mana yang ada perigi sebagai sumber air bagi keperluan kami seharian. Keadaan memang sangat sukar.. kesian melihat abah ulang alik ke kawasan ladang yang jauh menggunakan motorsikalnya mengangkut air bagi kami sekeluarga. Lagi sedih bila dah tiba di rumah, tong yang telah berisi air pecah akibat terjatuh ke tanah ketika abah mahu turunkan dari motorsikalnya.
Lagi sedih bila raya saja, selalu saja air mula tiada... huhu... sabar jelah.. nak raya pun jadi tak gembira.... terpaksalah mencari alternatif menggunakan pinggan mangkuk pakai buang je... sabar jelahhh...
Alhamdulillah, diharapnya selepas ini masalah ini tidak lagi bertandang membelenggu penduduk kampungku...
Syukur ya Allah.. air dah kembali...
Terima Kasih Aduan Rakyat! ^-^
2 comments:
salam,
subhanallah, kampung ayu rupanya.
akak tgk mlm td, mmg sedih mengenangkan rupanya negara dah semakin maju, namun masih ada rakyat yg terpinggir.
melihat air mata org kampung, rasa gerammmm sgt pd "org2 yg diberi kuasa".
bertambah geram bila puspa berkata, "Ironinya, bila TV3 dtg membuat tinjauan, kemudian mereka ke JBA Bera, terus air mengalir deras dari air paip penduduk kampung". pelikkan!
ust razi kata, mcm ada tgn yg boleh memulas dan menutup kepada pili utama sesuka hati.
semoga masalah ini diambil iktibar oleh semua yg menonton. tahniah juga kepada penduduk Purun dan Mayam yang berani bersuara.
bak kata ayu, chaiyok! chaiyok! :)
wslm..
ye kak... rs dulu pnh jg msuk sekali kt buletin tv3... jap je ok, pastu mslh balik...
tulah kan..media nampaknya lbh kuasa dr 'org yg dberi kuasa' tu..haha...
chayok2x!!!! :D
Post a Comment