Tangal 23 Julai lepas (Jumaat) kami sebahagian warga melayu sweileh melakukan sesi lawatan ke Mathaf Athfal (muzium kanak-kanak) yang terletak di Madinah Awwal, Hadaiq Hussien. Ini adalah program sulung buat Sekretariat Pelajar Ijazah Lanjutan Malaysia (SELAMA) di Jordan dengan kerjasama pihak PPMAj. Sejak cuti semeter soifi ni, agak sunyidengan sebarang aktiviti bersama antara kami. Lawatan ini antara lain bertujuan mengeratkan ukhuwwah sesama ahli sementara para ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak yang kini sedang bercuti panjang untuk memasuki sessi pembelajaran tahun baru.
Kami bertolak ke sana lebih kurang pukul 9.30am bersama coaster Sweileh-Wadi Sir. Tiba di sana, muzium belum lagi dibuka dan disebabkan hari jumaat merupakan 'Free open day', ramai pengunjung yang mengambil kesempatan ini dan sudah pun beratur di hadapan pintu masuk muzium. Alhamdulillah masih ada ruang untuk kami semua...
Kanak-kanak lah yang ceria, gembira dapat bermain, belajar, berhibur dalam muzium tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam muzium tersebut yang melibatkan indoor dan juga outdoor activity. Terdapat juga pameran berbentuk sains dan teknologi, kitaran hidup, pertanian, uji minda, kewangan (bank), mini studio, hasil kreativiti dan juga satu sudut kehidupan marine (aquarium mini).
Memandangkan azan bagi solat jumaat pada pukul 12 lebih, kami keluar awal untuk pulang ke sweileh semula pada pukul 11.30am. Para ibu/akhawat terus ke Bayt a'zab untuk jamuan manakala para bapa@syabab ke masjid Abdul rahman Auf untuk mendirikan solat fardhu jumaat. Seusai solat, kami semua berkumpul dan menjamu selera nasi lemak yang telah disediakan oleh presiden ppma sendiri bersama ajknya.. ;) Dengan bilangan ahli yang sedikit, ditambah ramai ahli yang telah pulang bercuti di Malaysia, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk beraktivi dan bermesra. ^-^
sedikit gambar yang sempat disnap!
sudut kreativiti..membuat kapal terbang putar! (ye ke namanya..hihii)
MasyaAllah cantik sgt ikan ni..:)
masing-masing dah puas hati dan dapat belon free, jom balik!! ;)
syukran atas anjuran ini... menunggu detik ramadhan yang 2 minggu saja lagi berbaki.. program ihya' ramadhan pula insyaAllah menyusul... :)
Salam Menyambut Ramadhan Kareem Al-Mubarak... Moga diberi kesempatan merasai lagi bulan rahmah penuh barakah ini dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya...
4 comments:
bukan kapal terbang putarlah sayang oi, origami..:)
heheh... syg x tanya org tu ritu sblm buat report..kih2x... nama origami tu kapal terbang putar..ok tak..? ngeh2x... tq dear ;)
kak ayu,
sedihnya tak sempat g mathaf ni time kat joden..kalau tak leh kita g sama2..akak bila eh akan balik msia cuti2 msia?
Dear farah,
tulah kan.. doktor pn dh blk msia... huhu...
insyaAllah.. x lama je lagi.. :) apa2 nanti akk inform..hihii... farah nk walimah tgu akk..kih2x... teringin jg nk tgk farah naik pelamin ;)
Post a Comment