Monday, July 26, 2010

Selamat Berjuang para Dukturah!!

Alhamdulillah.. akhirnya mereka berjaya dalam misi pengajian mereka dalam bidang perubatan... Tahniah buat adik2 JUST sekalian!! Beberapa misi lain pasti akan menyusul kemudian.. Misi menyemai bakti buat negara tercinta! Jalannya mungkin semakin mencabar, makin terbuka luas, yg memerlukan elemen kesabaran, kekuatan, keikhlasan sebagainya.. Moga segalanya dalam petunjuk Ilahi, dimudahkan urusan buat kalian.. Salam sayang salam ukhuwwah fillah buat Dr. Farah, Dr. Faezza, Dr Hety, Dr, Juiliana, Dr. Sarah serta kwn2 yg lain yang x sempat kenal... =)


syukran atas ziarah tempoh hari... alhamdulillah diberi kesempatan mengenali kalian... :)


Selamat Berjuang!!!


******************************

satu perkongsian :)


Rangkaian Hikmah

Oleh : nurtaufiq


Musnahkan materi yang membelenggu hidupmu, kamu akan menjadi seorang yang gagah.
Ingatlah, takkan berterusan mendung yang menjengah hidupmu.
Begitu jua takkan berterusan sinar suria menceriakanmu.
Inilah kehidupan dunia.
Ruang pentas dunia ini terlalu kecil dan terlalu rendah nilainya untuk dibanggai.
Sedangkan seisi dunia adalah ujian bagimu,
agar kembalinya kamu seperti kamu datang ke mari.


Lihatlah di sekelilingmu, apa yang semalam ada, tetapi hari ini tiada?
Berapa banyak tenaga telah kau usahakan, tetapi untuk apa?
Sedangkan tenaga akan lenyap di hujung nyawa.
Banyak wang dan perhiasan telah kau kumpulkan, tetapi untuk siapa?
Sedangkan wang, perhiasan & nyawa takkan pernah menjadi hak milik mutlak dirimu.
Apabila kamu tiada, tinggallah harta, hilanglah nyawa.
Andainya, segala untuk Tuhanmu Yang Esa,
Bertuahlah kamu kerna dihampirkan Syurga dan seisinya.


Pandanglah ke langit tempat dirimu berteduh,
Kerana kamu pasti tidak akan melihatnya lagi,
tahun demi tahun, bulan demi bulan, hari demi hari,
umurmu semakin singkat bukan semakin meningkat.
Sujudlah sebagai tanda kamu bersyukur,
Lantaran nikmat udara yang masih kau hirup,
lantaran neuron otakmu masih melengkapi hidupmu,
untuk kau terus berbakti, bersyukur, bersyukur dan bersyukur lagi.


1 comment:

Fez said...

Thanks kak ayu. Memang layanan yang terbaik dari family2 di sweileh. Walaupun sebentar, namun pasti ingat sampai bila-bila. Inshallah...:)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”