Sunday, November 30, 2008

bawa uwais berjalan-jalan...

Alhamdulillah...
semalam bawa uwais jalan-jalan kuar rumah...
kami bersama ustaz mahyuddin dan zaujah menuju ke 'abdali untuk membeli tiket bus ke Halab..insyaallah cuti ni kami akan bercuti ke Istanbul, Turkey...







then lepas tu bawa uwais ke ma'rad buku di wizarah thaqofi(culture)..sajelah tengok apa yang ada dijual.. sungguh terkejut jugalah..bila sampai xdelah banyak seperti apa yg digambarkan..tidak seperti di Malaysia... mungkin banyak buku yang dah habis terjual...;)




belilah juga 2 buah buku...hihiii...

then berjalan dari culture centre tu ke Muhtar mall..saja exercise sikit..hihiii...











malam tu lepas maghrib menerima kunjungan dari puan shila, ustaz zul, zaujah diyana dan anak... dek kepenatan siangnya berjalan-jalan..kami tertido petang tu lps zohor.. so, saya tak empat buat ape2 untuk tetamu, cuma hidangkan keropok ikan goreng dan jemput2 ikan bilis+potato...



berbahagialah... bersyukurlah...

Assalamu'alaikum wrt...
SALAM BAHAGIA SALAM PENUH KASIH SAYANG...

sekadar renungan bersama...
terima kasih buat sahabat baru saya, saudari akma dan saudari nazirah yang memberi ayat2 di bawah yang memberi kesan di hati untuk saya renung2kan...

"Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini x slalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu x lg mampu bertahan.... belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin m'nyatakan kbenaran... hiduplah dlm iman walau hari d pnuhi godaan & berpganglah kpd Allah walau DIA x kelihatan.Bukti kasihNYA...kita wujud d dunia pinjaman ini... Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara & yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yg mengaku keimanan padaNYA .Jangan terlalu berkhayal utk jadi yg terbaik kerana hidup x smudah itu, Perihal kehidupan sbg cermin dlm menilai sebuah pengabdian yg hakiki lg abadi..moga lelahmu d hargai ilahi walau d cemuh insani.."


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SEJARAH AYAT KURSI (SEBAR² KN) Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan diriny...insyaAllah

Friday, November 28, 2008

Persahabatan, kegembiraan,kemesraan...Kasih sayang...


uwais al-qarni bersama uwais amzar


Keceriaan Pada wajah Hanin


Kegembiraan buat uwais AlQarni


Munsief..Mula mengenal dunia...



Erti Persahabatan...



Kasih Sayang...

Selamat Tunaikan Haji...

Assalamu'alaikum wrt...

hari ni kami warga Amman Melayu menghadiri majlis Tautan Mahabbah yang dikendalikan oleh Main Board PPMA. Alhamdulillah program berjalan lancar dan hampir semua warga Amman Melayu hadir menjayakannya...diadakan di rumah Saudara Shahrul dan Pn Marwa Saari... program ini adalah program pertama di bawah kendalian pengurusan baru PPMA yang diketuai Saudara Hairi Kamaruddin. Moga banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan selepas ini... :)



dan kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan haji dengan sempurna buat 5 warga Amman Melayu iaitu Ustaz Muhaimin dan Isteri,Pn Mahara,Ustaz Ashraff,ustaz Nuh dan saudara Ismail... mereka akan berangkat ke tanah suci mekah esok pada kul 12pm dari sweileh.. moga dikurniakan haji yg mabrur dn selamat pergi dan pulang...

Sekolah dan Tabung...



Assalamu'alaikum wrt...

Anak-anak perlu didedahkan dengan pendidikan dan pengajaran terbaik sedari kecil lagi... salah satu aktiviti yang bermanfaat yang perlu kita titipkan dalam jiwa mereka ialah menabung... Maybe seusia 1 tahun lagi kita ajar mereka menabung..mungkin ketika ini mereka tidak memahami tapi apabila kita sentiasa ajar dan tunjukkan didepan mereka memasukkan wang barang bernilai 10sen pun, insyaAllah mereka akan terbiasa dengan keadaan itu. Dan apabila mereka meningkat usia, kita akan terangkan kepada mereka akan kepentingan menabung ini... mungkin ianya berguna suatu hari nanti..mungkin untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi?

Alhamdulillah ketika pulang bercuti ke Malaysia lepas, hubby membuka akaun untuk si kecil kami. ini sebagai salah satu perancangan untuknya di masa depan. demi untuk kebaikannya... :) So, marilah kita semua memulakan aktiviti menabung!!! ;)

Thursday, November 27, 2008

Solati Hayati...Solatku Hidupku..

AQABA yang menggamit memori...

Bagi mereka yang inginkan rehat yang panjang,release your mind, membawa family bercuti,honeymoon,anniversary etc sudah pastinya salah satu destinasi yang menarik di bumi anbiya' ini adalah pantai Aqaba yang terletak berhampiran negara rejim Israel...



masih segar diingatan semasa menyambut our first anniversary di sini tanggal 18 februari 2008...



hadiah daripada hubby tersayang ini buat diri benar2 teruja...gembira.. saya memang minat ke pantai, laut... suasana yang nyaman, udara yang segar, pemandangan yang cukup indah sungguh menenangkan jiwa... warna airnya yang hijau kebiruan menambahkan kedamaian jiwa..Subhanallah..ya Khaliq... sungguh luas kejadianMu ini...



Perjalanan dari Amman menaiki bas dari syarikat travel agency JET ke Aqaba mengambil masa selama 4 jam. Dari stesennya di sana, kami menaiki teksi yang hanya mengambil beberapa minit saja untuk sampai ke hotel sederhana yang kami pilih...



petang itu kami berjalan menyusuri pantai dan menikmati keindahan ciptaan Allah ini... dapatlah juga kami menaiki glass boat yang dipandu oleh 'ammu farouq membawa kami pusing2 melihat suasana laut dalam...ikan2 berenang-renang kesana kemari melalui glass di bawah boat tu. sungguh teruja!! memang cantik!!! 'ammu Farouq juga bawa kami hampir ke sempadan Israel dan kelihatan bangunan di sana



so, jom ke Jordan!!! :)
musim sejuk sekarang ni mmg sesuai kalu ke sana..sebab cuaca x terik sangat sana dlm 30'c nak banding kalu g musim panas lagi terik mencecah 40>'c camtu... sana kawasan dalam sahara..memang panaslah...

untukmu...

" A WOMEN'S HEART SHOULD BE SO LOST IN GOD, THAT A MAN NEEDS TO SEEK HIM IN ORDER TO FIND HER."

saya ada terjumpa ayat di atas ni dalam satu web..
saya tidaklah untuk menterjemahkan ayat tersebut malah saya membuka ruang ini untuk anda semua berkongsi pandangan... pastinya ada hujahan masing2...

musim cuti sekolah ni (Malaysia) tentunya ramai yang akan ambil peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan... yang mana 2 jiwa bersatu di dalam ikatan yg sah...

dan saya sedang membaca buku Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal(saifulislam.com)ada menceritakan dan menerangkan bagaimana yang disyarakkan tentang berhubungan antara wanita dan lelaki... buku ini amat bagus untuk muda mudi kita khususnya jadikan sebagai salah satu wadah ilmu sebelum melangkah ke era perkahwinan..di situlah banyak cabaran dan dugaanNya yg pasti akan mereka tempuh.. saya sendiri mencadangkan adik-adik di bawah saya untuk membaca buku ini...amnya..ianya juga sesuai buat yang telah dan sedang melayari bahtera rumahtangga untuk dijadikan panduan bersama... Moga usia perkahwinan kita dipanjangkan hingga ke syurga...sentiasa dalam NUR KASIHNYA...

Selamat pengantin baru kepada teman2 sekolah, seuniversiti yang baru berumahtangga!!!:)Tahniah..!

Wednesday, November 26, 2008

Seri Muka ...

semalam testing pertama kalinya membuat kuih seri muka...bak kata kak ina wajhun jamil dalam arab languagenya..kihkihhh...

alhamdulillah jadi, dah jadi dah..cuma pulutnya dilapisan bawah agak lembik sikit...terlebih air barangkali..maklum...saya ummi baru belajar wat kuih muih..hihiii..
terima kasih kak ina sebab bagi pada saya sikit beras pulut...dapat jugalah saya rasa kuih ni..huhuuu...kat cni xde beras pulut..!!

tapi atas kekretifan sendiri yang dikurniakan, saya guna cara sendiri untuk mengukusnya..saya xde periuk kukus..uhuhuu..rahsianya...??? hihii.takyahlah cite kt cni...;)

bahan2:
lapisan bawah:

2 1/2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan
air & garam secukup rasa

lapisan atas:
5 biji telur
1 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
sedikit air pandan @ pewarna hijau&perasa pandan (sini xde daun pandan)

cara2nya:
lapisan bawah:
cuci pulut terlebih dahulu.then rendam slama 3jam.
tapis. gaulkan dgn santan hingga rata
kacau atas api hingga pekat.tuangkan dalam loyang,kukus hingga masak.

lapisan atas:
bancuh kesemua bahan,gaul hingga rata.masak ats api hingga pekat
setelah masak, tuangkan ke atas pulut yg td tu.kukus sebentar
biarkan sejuk dulu sblm dihidangkan.


inilah seri muka yg saya buat @ nama arabnya wajhun jamil..(idea kak ina)

'arad di Tol karam...shopping sini je...

minngu ni kami sekeluarga just shopping di Mini Market Tol Karam... barang2nya agak flexible lah... tak payah nak bayar tambang dah just berjalan kaki 5 minit dah sampai..hihii... saya tengok Tol karam ni dah berubah sikit dari jualan dan susun atur barang2nya... kalu dulu say tengok jual bahan2 runcit macam beras, tepung, makanan ringan, makanan dalm tin, pampers etc tap sekarang dah ada tambahan jualan hardeware@tools dan barng2 elektrik...pinggan mangkuk semua ada...
tol karam ni mmg jual dengan harga rendah..diorang ni kira berbisness sambil membuat amal kebajikan khas untuk orang2 yang berpendapatan rendah... sekarang ni tgh ada 'arad khususnya beras thailand berharga JD6.750 untuk 10kg...murah dah tu nak banding sebelum ni JD7.9.... so, kitorang tak lepaskanlah peluang ni..maklum..orang malaysia pure...x boleh hidup kalu xde beras org kata..!! hihiii...
** kalu tuan kedai tu tahu saya ceritakan market dia ni, mesti dapat komisyen..hahaaahaa***







my new recipes...

assalamu'alaikum semua...

setelah 2 hari saya tidak meng'update' blog ni... hubby bawa repair laptop ni...uhuuu..

cuaca yang semakin sejuk ni membuatkan diri terasa nak demam, selsema...x selesa badan..hopefully Allah kurniaan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas harian... blog ni hanya tugas sementara saja disamping berkongsi cerita, ilmu dan bertukar pandangan...:)

saya ada resipi baru yang nak dikongsi bersama... nampaknya xlah baru tapi setelah di'adjust' oleh kekreatifan yg Allah kurniakan pada saya, dikira barulah kot..hihiii..

ok, asalnya menu Ayam Masak Lemak Minang.. bila di adjust oleh saya, saya namakan ia Ayam masak Lemak Urdun..ha apa rahsianya..???

Bahan2:
Ayam yg telah dipotong sederhana
bawang besar kisar
bawang putih kisar
halia kisar
cili hijau 3 biji kisar
cili kering kisar 2 sudu
serbuk ketumbar
tomato puree 2 sudu
jus lemon
santan (saya guna 1 serbuk peket)
garam dan gula secukup rasa
daun limau purut

cara2nya:
panaskan air dlm periuk
setelah itu, masukkan bahan kisar tadi
then masukkan ayam dan serbuk ketumbar
then masukan tomato puree
jus lemon
santan
garam.gula dan limau purut..
ringkas je..

tp lagi best dan lazat kalu korang letak nanas yg dipotong bulat..yum3x...


inilah AYAM MASAK LEMAK URDUN saya..!! diambil sempena duduk di urdun sekarang dan bahan2 yg digunakan yg ada disini..except daun limau purut yg dbawa dr malaysia..hehee

then, saya ada satu lagi resipi...
saya namakan Kerabu Brokoli Campur

resipi ni lagi mudah... dan saya dapat ilham ni dari resipi asal bonda saya sendiri... Tp Allah yang sesungguhnya yang memberi ilham ini..;)

Bahan2:
Sayur:
Brokoli hijau
brokoli putih (zahrah)
kacang buncis di potong dua
lobak di potong panjang2

bahan campur:
bawang besar dipotong halus
ikan bilis
udang kering
sedikit belacan
secubit garam

cara2nya:
rebus dengan garam dan bawang putih sayur2an tadi jgn sampi layu kang hilang zatnya..

then toskan..

then gorengkan bahan2 campur td kesemuanya...then blend halus

lastly, korang gaul2kanlah dengan sayur2an tadi..masukkan sikitgaram secukup rasa..siap.!!!


inilah KERABU BROKOLI CAMPUR saya!!

selamat mencuba!!!

Damai Nan Indah...

22 Perkara Pendidikan Untuk Anak-anak

Ibu bapa yang matang harus tahu bagaimana cara untuk membentuk anak-anak mereka. Dalam hal ini ibu bapa harus bersepakat mendidik dan mewarnai hidup anak-anak. Hendaklah perlakuan ibu bapa yang menjadi contoh kepada anak-anak seragam tanpa ada perbezaan. Anak-anak akan menjadi keliru jika ibu bapa mempunyai pandangan yang berbeza dalam mendidik mereka. Jangan ada pandangan yang berbeza antara ibu dan bapa. Misalnya, si ibu menentang sesuatu yang anak lakukan sedangkan si bapa membenarkan. Ibu bapa juga harus berwaspada dengan perlakuan datuk dan nenek atau saudara-saudara yang lain yang berlawanan dengan perlakuan ibu bapa. Kerana ia boleh meruntuhkan cara pendidikan yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak.



Untuk mendidik anak-anak dengan cara penampilan yang baik, ada beberapa perkara yang harus diamalkan:

1) Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.

2) Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.

3) Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.

4) Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

5) Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.

6) Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.

7) Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.

8.) Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.

9) Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.

10) Jangan biasakan anak tidur tertiarap.

11) Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.

12) Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.

13) Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.

14) Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.

15) Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).

16) Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.

17) Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.

18.) Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.

19) Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.

20) Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.

21) Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.

22) Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.

Perkara ini hendaklah dilakukan selalu agar anak-anak terbiasa dengan perkara-perkara yang baik.Untuk membiasakan didikan-didikan di atas, ia memerlukan kesefahaman, kesepakatan dan kerjasama antara ibu bapa. Kita sudah sepakat dan saling bekerjasama untuk menerapkan didikan tersebut ke atas diri anak kita sejak anak itu kecil lagi, iaitu ketika umurnya antara tujuh sehingga 14 tahun.

Ini adalah masa yang terbaik ibu bapa mendisiplinkan anak-anak. Insya-Allah anak kita akan menjadi anak yang sejuk mata memandang dan menjadi pemimpin pada orang-orang yang beriman kelak. Seterusnya untuk menjadikan anak kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

Koleksi ANIS / Oleh: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Sunday, November 23, 2008

Si Mutiara Hati 11 Bulan..Ayahanda 60 tahun...

alhamdulillah...ats segala nikmat kehidupan yang telah Engkau berikan Ya Allah...

hari ni genaplah uwais amzar berusia 11 bulan..23Dis'07-23Nov'08... alhamdulillah uwais banyak belajar dan cepat membesar... berjalan dah pun... pelbagai karenah dan gelagat yang mencuit hati, menggembirakan hati si ibu dan ayah..:) kami doakan anak kami ini menjadi seorang da'ie dan menjadi contoh yang terbaik buat adik2 nanti insyaallah..dan masyarakat amnya..amiin..!!


..uwais hari ini..11 bulan...Semoga anak kami menjadi anak yang soleh yg sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ummi dan abi dunia dan akhirat pada setiap masa....amiin!


" Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami pasangan (suami@isteri) dan zuriat kami penyejuk mata dan jadikanlah kami imam pada orang-orang yg bertaqwa"

***********************************
dan pada hari ini juga genaplah usia ayahanda saya yg disayangi 60 tahun..23 Nov'48-23 Nov'08... pagi-pagi tadi kami dah call ke pahang melalui Voipstunt...bertanyakan khabar dan ucapkan selamat ulangtahun kelahiran... suka abah...gembira betul dia... katanya tengah bersiap untuk ke ladang kelapa sawit..loading katanya... itulah abah..sehingga usianya menjangkau 60tahun masih lagi gigih bekerja mencari rezki buat keluarga... sementelah ada adik2 yang masih menuntut ilmu...(2 org sek men,2 orang Uitm)... tapi abah cuma loading buah kelapa sawit je sekarang sementara memotong buah diserahkan pada orang indo yang diberi upah... tak larat dah katanya...tapi dalam tak larat tu, kadang-kadang abah terpaksa juga memotong buah kelapa sawit sendiri bila pekerja upahannya pulang bercuti ke indonesia... abah..abah..begitu berjasanya dirimu pada kami adik-beradik... terima kasih abah atas segala-galanya...saaayanng abah!!


"Ya Allah ya Tuhanku Kau ampunilah aku, dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan Kau rahmatilah Mereka sepertimana mereka menjagaku sejakku kecil"


...abah dan mak tercinta...

shopping baju sejuk amzar...

Salam Bahagia Semua....:)

alhamdulillah semalam pergi ke Sweileh Gharbi untuk cari baju sejuk untuk Amzar... mula2 plan nak carikan yang baru je... tapi bila singgah ke satu kedai bundle di satu lorong tu, terjumpa satu jaket warna biru muda beserta link warna silver di lengan dan belakang..saya jadi ter'pikat'.. bajunya pun msh elok... bersih...saya tanya pada 'ammu kedai tu kata harganya 3JD..saya minta kurang dia x bagi...

pastu saya bagilah 5JD ada balance 2JD, tengok 'ammu tu pulangkan pada saya 2.5JD...dia kata dengan senyuman..kholas, 2.5JD bas!! hehe..baik juga'ammu tu...main2 lak ye..;)

then jalan2 depan lagi marwah ajak ke satu kedai bundle lagi...kedai ni cantik sikit...barang2nya pun bersih dan menarik..hihiii.. tengok2..terjumpa plak satu baju tebal suit lengkap ke bawah beserta stoking... terus saya amik tengok dan tunjukkan pada uwais, dia suka sgt..bila saya letak balik kt gantung, dia nangis... hihii..eleh nak lah tuh..!!! saya tanya tuan kedai 5JD harganya..minta kurang bg 4.5JD saya kata 4JD..erm...dia terus bagi.. huh, kalu tau mudah nak dapat turun harga, saya minta 3JD!! x pelah..kalu bli yang baru pun lagi mahal harganya..!!! ok, uwais dah dapat 2 pasang baju sejuk thn nih!!!... ni snap gambar bajunya...dia dh testing pun!! suka benor...huhuuuu...





Saturday, November 22, 2008

breakfast..lunch....

Salam Sinar Bahagia...

bila masuk musim sejuk ni..mulalah perut pun asyik terasa lapar je... uhuhuuu... macam manalah nak kurangkan berat badan macam ni...;)

pagi tadi bangun lepas subuh terasa nak wat sarapan ala2 western gitu.. hihii..alah sekali sekala kan... asyik masak selera kita orang Malaysia je, boring juga..hihii.. saya buatkan sarapan untuk family kentang goreng fresh, sramble egg dan salad timun.. asal nak buat salad yg campur2 macam kubis merah, lobak, bawang besar dengan mayonnise tp bahan2 nya takde di rumah.. so, buat apa yg ada jelah...Hubby kata "wow, adik(uwais)..ummi buat sarap special arini'"..;) kihkihkihh...sesekala adanya specialnya utk si buah hati..ehem!!


inilah menu sarapannya hari ni..simple dan sedap!!heheee...

semalam sarapan nasi lemak bersama sambal ikan bilis, telur rebus dan untuk tengaharinya saya gorengkan ayam sebab nasinya masih ada, so saya tak masak dah..cuma tambahkan lauk ayam goreng je... :) tp gambarnya takde saya tak sempat amik..dek kelaparan..lupa nak click..hehee..

then lepas sarap saya masakkan untuk tengahari.. just simple cooking... yg ringkas dan cepat dimasak... saya pun tak tau nak namakan masakan saya ni ape..
tp saya gorengkan daging yg dipotong kecil bersama ketulan kecil ayam sedikit bersama bawang besar dan bawang putih dan kentang yang dipotong kiub..tambah halia hiris sikit..pastu saya masukkan sikit serbuk kunyit, sos tiram, lada hitam sikit, garam secukup rasa dan gula penambah perisa.. oh ya, saya ada tambah kayu manis sikit, bunga lawang, dan perahan lemon jus sikit..sebab apa..nak stable kan dengan ayam dan daging..(coz kt cni asyik makan ayam atau daging je, ikan susah nak jumpa, yg ada pun mujammad,beku)..


nilah rupanya...oh ya, saya terlupa..saya ada letakkan sekali lada hijau hiris..pedas sikit br best!!!

untuk sayur, saya just masak terung masak asam pedas..maybe bunyinya mcm pelik..tp saya x kisah..suka buat pelik sikit..hihi..ikut citarasa sendiri..selalunya buat bersama ayam..tp lauk dh ada... actually nak bagi ada kuah sikit untuk lunch ni..hubby suka makan ada kuah...:)

ok, nk bersiap gi sweileh gharbi...cari barang sikit...pergi dengan wawa, hubby tak ikut..banyak keje kuliah...

Thursday, November 20, 2008

Jalan-Jalan para ibu@Isteri...


gelagat si kecil berempat..










:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”