Friday, November 28, 2008

Selamat Tunaikan Haji...

Assalamu'alaikum wrt...

hari ni kami warga Amman Melayu menghadiri majlis Tautan Mahabbah yang dikendalikan oleh Main Board PPMA. Alhamdulillah program berjalan lancar dan hampir semua warga Amman Melayu hadir menjayakannya...diadakan di rumah Saudara Shahrul dan Pn Marwa Saari... program ini adalah program pertama di bawah kendalian pengurusan baru PPMA yang diketuai Saudara Hairi Kamaruddin. Moga banyak lagi aktiviti-aktiviti seperti ini dianjurkan selepas ini... :)



dan kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan haji dengan sempurna buat 5 warga Amman Melayu iaitu Ustaz Muhaimin dan Isteri,Pn Mahara,Ustaz Ashraff,ustaz Nuh dan saudara Ismail... mereka akan berangkat ke tanah suci mekah esok pada kul 12pm dari sweileh.. moga dikurniakan haji yg mabrur dn selamat pergi dan pulang...

2 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Salam Sejahtera & Salam 'aidil adha
Selamat menunaikan ibadah haji buat sahabat di Jordan dan umat Islam seluruh dunia. Semoga dikurniakan haji yang mabrur

Unknown said...

alhamdulillah..sama2 kita doakan mereka yg menunaikan haji thn ini dapat sempurnakan ibadah dan rukun islam ke-5 ini...dengan hj yg mabrur...amiin. salam eiduladha buat abu luqman sekeluarga juga...

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”