Sunday, November 23, 2008

shopping baju sejuk amzar...

Salam Bahagia Semua....:)

alhamdulillah semalam pergi ke Sweileh Gharbi untuk cari baju sejuk untuk Amzar... mula2 plan nak carikan yang baru je... tapi bila singgah ke satu kedai bundle di satu lorong tu, terjumpa satu jaket warna biru muda beserta link warna silver di lengan dan belakang..saya jadi ter'pikat'.. bajunya pun msh elok... bersih...saya tanya pada 'ammu kedai tu kata harganya 3JD..saya minta kurang dia x bagi...

pastu saya bagilah 5JD ada balance 2JD, tengok 'ammu tu pulangkan pada saya 2.5JD...dia kata dengan senyuman..kholas, 2.5JD bas!! hehe..baik juga'ammu tu...main2 lak ye..;)

then jalan2 depan lagi marwah ajak ke satu kedai bundle lagi...kedai ni cantik sikit...barang2nya pun bersih dan menarik..hihiii.. tengok2..terjumpa plak satu baju tebal suit lengkap ke bawah beserta stoking... terus saya amik tengok dan tunjukkan pada uwais, dia suka sgt..bila saya letak balik kt gantung, dia nangis... hihii..eleh nak lah tuh..!!! saya tanya tuan kedai 5JD harganya..minta kurang bg 4.5JD saya kata 4JD..erm...dia terus bagi.. huh, kalu tau mudah nak dapat turun harga, saya minta 3JD!! x pelah..kalu bli yang baru pun lagi mahal harganya..!!! ok, uwais dah dapat 2 pasang baju sejuk thn nih!!!... ni snap gambar bajunya...dia dh testing pun!! suka benor...huhuuuu...





5 comments:

ABU LUQMAN said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

>> Uwais
Tahniah kerana dapat dua pasang baju sejuk. Ammu tengok baju memang cantik. Nanti ajak Ummi main salji pulak. Sweileh, Abu Nusair tak berapa tebal. Nak salji tebal- pergilah ke Ajlun. Ok Uwais

>> Semua sahabat2 di Jordan
Ada artikel terbaru yang ingin saya kongsikan sila layari blos saya sekarang.

Unknown said...

uwais: thank u 'ammu... uwais mmg suka baju ni...pandai ummi carikan..hihiii.. thn lps ummi dgn abi je main salji..kt blkg umh...tgl uwais sorg2 dlm umh...uwais tido... ms tu uwais br sebulan...ish ish ish...ok, insyaAllah...

Anonymous said...

wahhh bestnyer uwais dpt baju sejuk smpi 2 pasang... ummu uwais, agak2 ada tak baju sejuk dewasa smpi ke stokin? Kita beli jom! mesti gempak, keh3

ABU LUQMAN said...

Seronoknya,dah lama tinggalkan Jordan cuma tumpang seronok je dengar cerita dari sahabat. Sekarang ni dah turun salji ke belum. Rasanya ( kalau sempat ) saya nak juga tulis pengalaman2 semasa musim sejuk dalam blog saya nanti.

Anonymous said...

uwais menulis...
to acik Ara:hihiii cik ara ni jeles ye uwais ada bju sejuk comel ni...uhuhuuu..cik ara ni pandai betul wat lawak... kihkihkihhh...ummi ckp ummi teman je.cik ara blilh..pastu pakai ms trun salji nnti...:D

to abu luqman: sekarang salji blum trun lg..insyaAllah dlm bln 1@2 nnti..thn lps 3 kali turun...;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”