Wednesday, November 26, 2008

my new recipes...

assalamu'alaikum semua...

setelah 2 hari saya tidak meng'update' blog ni... hubby bawa repair laptop ni...uhuuu..

cuaca yang semakin sejuk ni membuatkan diri terasa nak demam, selsema...x selesa badan..hopefully Allah kurniaan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas harian... blog ni hanya tugas sementara saja disamping berkongsi cerita, ilmu dan bertukar pandangan...:)

saya ada resipi baru yang nak dikongsi bersama... nampaknya xlah baru tapi setelah di'adjust' oleh kekreatifan yg Allah kurniakan pada saya, dikira barulah kot..hihiii..

ok, asalnya menu Ayam Masak Lemak Minang.. bila di adjust oleh saya, saya namakan ia Ayam masak Lemak Urdun..ha apa rahsianya..???

Bahan2:
Ayam yg telah dipotong sederhana
bawang besar kisar
bawang putih kisar
halia kisar
cili hijau 3 biji kisar
cili kering kisar 2 sudu
serbuk ketumbar
tomato puree 2 sudu
jus lemon
santan (saya guna 1 serbuk peket)
garam dan gula secukup rasa
daun limau purut

cara2nya:
panaskan air dlm periuk
setelah itu, masukkan bahan kisar tadi
then masukkan ayam dan serbuk ketumbar
then masukan tomato puree
jus lemon
santan
garam.gula dan limau purut..
ringkas je..

tp lagi best dan lazat kalu korang letak nanas yg dipotong bulat..yum3x...


inilah AYAM MASAK LEMAK URDUN saya..!! diambil sempena duduk di urdun sekarang dan bahan2 yg digunakan yg ada disini..except daun limau purut yg dbawa dr malaysia..hehee

then, saya ada satu lagi resipi...
saya namakan Kerabu Brokoli Campur

resipi ni lagi mudah... dan saya dapat ilham ni dari resipi asal bonda saya sendiri... Tp Allah yang sesungguhnya yang memberi ilham ini..;)

Bahan2:
Sayur:
Brokoli hijau
brokoli putih (zahrah)
kacang buncis di potong dua
lobak di potong panjang2

bahan campur:
bawang besar dipotong halus
ikan bilis
udang kering
sedikit belacan
secubit garam

cara2nya:
rebus dengan garam dan bawang putih sayur2an tadi jgn sampi layu kang hilang zatnya..

then toskan..

then gorengkan bahan2 campur td kesemuanya...then blend halus

lastly, korang gaul2kanlah dengan sayur2an tadi..masukkan sikitgaram secukup rasa..siap.!!!


inilah KERABU BROKOLI CAMPUR saya!!

selamat mencuba!!!

2 comments:

shoutulnisa said...

akak..akma dah buat resepi akak yang kerabu tuh..mmmm memang best..ada resepi agi leh la kita kongsi2yer..ayam minang x buat agi..nanti free akma buat..mesti sdp gak huhuh

Unknown said...

yeke? terharu lak.kihkihhh... silakan... mmg best!! heee angkut bakul sendiri...;p

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”