Thursday, November 27, 2008

untukmu...

" A WOMEN'S HEART SHOULD BE SO LOST IN GOD, THAT A MAN NEEDS TO SEEK HIM IN ORDER TO FIND HER."

saya ada terjumpa ayat di atas ni dalam satu web..
saya tidaklah untuk menterjemahkan ayat tersebut malah saya membuka ruang ini untuk anda semua berkongsi pandangan... pastinya ada hujahan masing2...

musim cuti sekolah ni (Malaysia) tentunya ramai yang akan ambil peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan... yang mana 2 jiwa bersatu di dalam ikatan yg sah...

dan saya sedang membaca buku Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal(saifulislam.com)ada menceritakan dan menerangkan bagaimana yang disyarakkan tentang berhubungan antara wanita dan lelaki... buku ini amat bagus untuk muda mudi kita khususnya jadikan sebagai salah satu wadah ilmu sebelum melangkah ke era perkahwinan..di situlah banyak cabaran dan dugaanNya yg pasti akan mereka tempuh.. saya sendiri mencadangkan adik-adik di bawah saya untuk membaca buku ini...amnya..ianya juga sesuai buat yang telah dan sedang melayari bahtera rumahtangga untuk dijadikan panduan bersama... Moga usia perkahwinan kita dipanjangkan hingga ke syurga...sentiasa dalam NUR KASIHNYA...

Selamat pengantin baru kepada teman2 sekolah, seuniversiti yang baru berumahtangga!!!:)Tahniah..!

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”