masih segar diingatan semasa menyambut our first anniversary di sini tanggal 18 februari 2008...
hadiah daripada hubby tersayang ini buat diri benar2 teruja...gembira.. saya memang minat ke pantai, laut... suasana yang nyaman, udara yang segar, pemandangan yang cukup indah sungguh menenangkan jiwa... warna airnya yang hijau kebiruan menambahkan kedamaian jiwa..Subhanallah..ya Khaliq... sungguh luas kejadianMu ini...
Perjalanan dari Amman menaiki bas dari syarikat travel agency JET ke Aqaba mengambil masa selama 4 jam. Dari stesennya di sana, kami menaiki teksi yang hanya mengambil beberapa minit saja untuk sampai ke hotel sederhana yang kami pilih...
petang itu kami berjalan menyusuri pantai dan menikmati keindahan ciptaan Allah ini... dapatlah juga kami menaiki glass boat yang dipandu oleh 'ammu farouq membawa kami pusing2 melihat suasana laut dalam...ikan2 berenang-renang kesana kemari melalui glass di bawah boat tu. sungguh teruja!! memang cantik!!! 'ammu Farouq juga bawa kami hampir ke sempadan Israel dan kelihatan bangunan di sana
so, jom ke Jordan!!! :)
musim sejuk sekarang ni mmg sesuai kalu ke sana..sebab cuaca x terik sangat sana dlm 30'c nak banding kalu g musim panas lagi terik mencecah 40>'c camtu... sana kawasan dalam sahara..memang panaslah...
No comments:
Post a Comment