Tuesday, November 18, 2008

'Berkampung'

Salam Sinar Ceria Salam Penuh Sejahtera....

pagi yang sejuk.. cuaca mencecah 10'C...makin hari makin terasa sejuknya...
dan ketika ini kami sekeluarga 'berkampung' di satu bilik untuk aktiviti harian..kami jadikan ruang tamu depan untuk kami menonton TV, melayari internet, etc..hihii..x than dek kesejukan yang kadang mencecah 5'C!! ni belum masuk salji maybe bulan 1@2 nanti.. apatah lagi rumah kami ni rumah bawah sekali..memang memanjang terasa sejuknya.. malam tadi saya mengubah sedikit ruang tamu ni untuk kemudahan anak2 dan hubby..;) (anak2 sebab sekarang dh jaga Hanin sekali) hehee..

***************************

dan kami malam tadi menziarahi Ustaz Mahyuddin dan Zaujahnya Ustazah Sayyidah di rumah baru mereka. Zaujahnya baru tiba di Urdun minggu lepas dan smlm br berkesempatan kami menziarahi beliau.. di kesempatan ini kami mengucapkan ahlan wasahlan ila al-urdun!! Salam Perkenalan dan Salam Persahabatan. (kami dah berkenalan dengannya semasa di KLIA lepas, menghantar suaminya untuk berlepas ke Jordan. Beliau mengambil kesempatan cuti sekolah Malaysia ni untuk bercuti bersama suaminya yang kini sedang mengambil Master di Jami'ah Urduniah. Ahlan Wasahlan...:)







Ha ni lah zaujah ustaz mahyuddin... selamat pengantin baru..hehe

2 comments:

Anonymous said...

Selamat berbulanmmadu untuk ust mahyuddin n wife

ABU LUQMAN said...

Semasa belajar dahulu saya duduk di Abu Nusair.satu kawasan tanah tinggi tak jauh bezanya dengan Sweileh Menjelang kelahiran Luqmanulhakim (dilahirkan pada penghujung musim sejuk )kamipun berpindah ke Sweileh (belakang Suq ma'ruf. Biasalah pada musim sejuk, punya nak tercabutnya telinga bila ambil wudhu'. Betul tak ?

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”