Monday, April 28, 2008

1. KEAIBAN PADA DIRI KITA

petikan Syair Imam Shafei:

"Kita kerap meyalahkan zaman ini, sedang keaiban sebenar adalah pada diri kita, tiada sebarang aib pada zaman kita, kecuali diri kita sendiri.

Kita kerap mencerca zaman ini tanpa jenayah dilakukannya.. kalau zaman tahu mengatur kata, tentulah ia mencaci kita kembali

Dunia kita adalah lakonan dan menunjuk-nunjuk..sebenarkan kita memperdaya Yang Maha melihat kita

Si serigala tiadalah pernah memakan daging rakannya .. sedangkan kita kerapkali makan daging semasa sendiri"

lagi-lagi wardah...







wardah baidho' fil syajarah... ni yg ummi paling suka..;)







hubby bersama uwais di taman bunga belakang rumah...hiiii







wardah hamra'... cantikkan..? ;)







ha..ni ummi dan uwais bersama wardah hamra' yg indah...;)
petang2 jalan dengan mama hanin ingat dapat jumpa bunga sakura, tapi takde pula kt area sekitar rumah sewa kami...kalu nak, kenalah jalan jauh sikit.. x larat pula nak berjalan... :)

Rabi'.. Musim Bunga yg Indah...



قال محمود سامي البارودي:

وَرَدَ الرَّبيعُ فَمَرْحَبًا بِوُرودِهِ

وَبِنورِ بَهْجَتِهِ وَنَورُ وُرودِهِ


ha, tu sebuah syair arab yg hubby taipkan...




jalan2 di taman belakang rumah..aiwah...:)
Musim Rabi' ni...banyaklah bunga... aiwah..jamilah jiddan!!
Sebenarnya bunga2 wardah ni kat tepi rumah kami je... di sebelah belakang.. ;)

Saturday, April 26, 2008

Di mana Adik Kuntum saya...???




Manalah adik kuntum saya yang sorang ni.. kawan baik saya ni... sesape yang mengenali dan ada berhubung dengannya, minta hubungi saya di alamat sweileh, Amman, Jordan ye. heee atau lebih senang di alamat email saya : syawal_ogos@yahoo.com..huuuu...mg cepat dipertemukan! ataupun kalu adik kuntum sendiri yg menghubungi saya..sekian. ;)

***** ***** ******

heh... saje jer acah advertisement di atas ni... erm, buat sahabat baik umi, Pn Zahrina yang kini khabarnya sudah berbadan dua menanti kelahiran permata hati buah cinta pertama, moga segalanya berjalan baik dan selamat..inSyaAllah sempatlah kita berjumpa bila umi balik bercuti ke Malaysia nanti... tunggu..!!! I Miss U so Much! Take Care ukhti!

Bulan ke 4.. uwais... uwais....


Arini umi agak penat sikit... bukan penat ape.. selain buat keje2 rumah...(maklum arini ari sabtu, baru ada air masuk, so nak mencuci cuci segala dlm rumah ni, arinilah ;)) dengan sibuk melayan karenah yg baru berubah oleh si kecil permata hati ni... uwais amzar. masuk bulan ke empat ni, ragamnya mula berubah sedikit.. nak tido tu susah sikit...nak ajak main2 dulu..pujuknya makan masa jg... tangisannya sudah makin kuat..hingga umi cakap, blh dgr satu sweileh ni..uhuuu..;) makin nak minta perhatian lebih dan yang pasti nampak makin bijakkk!! heheee.. alhamdulillah...

tapi dah 2 arini si kecil kesayangan ni demam selsema dan batuk2 sikit... itu yang makin banyak rengeknya dan nak perhatian lebih. pagini abinya pulak ada meeting untuk pelajar2 dirasat 'ulya di rumah ustaz jahid.. umi soranglah yg tengok2kan nya.. puas pujuk, nak suruh tido lepas mandikannya tadi.. lame2 dengarkan lagu mari mengaji (alah yg lagu tema mari mengaji kat tv9 dekat di hati tu..)baru terlena...bila ratibkan lagu biasa x menjadi...anak umi..anak abi...

itulah amanah Allah pada setiap yang bergelar ibu dan bapa... ujian membesarkan anak2... cabarannya besar, kalu tak di selaputi dgn sabar dan tabah, boleh stress gamaknya...! Mohon padaNya selalu agar si kecil ini membesar dgn sejahtera dan menjadi anak yang soleh dan berbudi pada agama, bangsa dan negara! amiin... cepat sembuh ye anak umi, abi...

Wednesday, April 23, 2008

Laguku untukmu...



Lagu khas buat teman-teman seperjuangan semua...sebuah lagu pertama yang ummi sendiri adalah penulis liriknya... waktu zaman universiti dulu...x lah best mana, just want to dedicate this song... dengar dan hayati...

Epilog Seorang Teman:
Liric by: Suhayu Ehwan
Song by : AMAR

Selamat Ulang Bulan Uwais Amzar...


ASSALAMU'ALAIKUM WRT...

Alhamdulillah... syukur ke hadrat ilahi atas nikmat iman dan kesejahteraan yg dikurniakan...

detik 23HB April 2008.. cukuplah 4 bulan mutiara hati kami, Uwais Amzar mengenal dunia ini... uwais pun dah mula sebut ma... bi... sukenya rasa.. tapi mi... blum lagi..uhuuu.. ;D mama hanin kata umi kena bagi uwais makan mi baru dia pandai sebut mi.. :D bijak betul mama berjenaka...hiiii . Ummi jawab, biaselah.. mula2 mmg tu lah perkataannya... tp nanti bila dah pandai bercakap, ha perkataan ummi jelah yg dia asyik sebut..uhuuuu...ape2 pun nak dgn ummi...;)

ok, ummi doakan anak ummi dan abi ni di beri kesejahteraan dan kesihatan yg baik sentiasa dan besar nanti jadilah seorg yg taat dan patuh pada AgamaNYA.. jadi teladan yg terbaik pada adik2 @ yang lain2... insyaAllah...amiin. jgn nakal2 tau...!

Disiplin dalam Membina Keluarga Cemerlang

" Artikel in ummi ambil dari web iluvislam.com yg ditulis oleh saudari fitrah hanan... dapatlah kita berkongsi bersama tip-tip membina keluarga cemerlang ini..insyaAlah.."

****** ******* ******* *******
FITRAH-HANAN:

InsyaAllah, saya ingin kongsikan bersama beberapa tips atau amalan yang paling ringan atau paling simple untuk diamalkan bagi membina sebuah keluarga muslim yang cemerlang dan penuh keakraban antara ahlinya. Tips ini mungkin sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bersama. Apapun saya suka untuk berkongsi memandangkan ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Tips ini sesuai untuk mereka yang akan membina, sedang membina dan telah membina sebuah bayt al muslim yang berjaya. Ini sekadar tatapan bersama dan perkongsian sahaja.

TIPS MEMBINA SEBUAH BAYT AL-MUSLIM YANG CEMERLANG

Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)

- Bagi suami/isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabisi di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolahnya. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanay 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.

Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti

- Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasai yang baik dan berkualiti. Ia penting juga untuk anak-anak kita memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik. Jaga kebersihan - Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersiha. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan mendekati kita.

P/s : Teringat saya masa sekolah rendah dulu-dulu. PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) sekolah saya, Cikgu Zaid; merupakan cikgu disiplin kat sekolah saya. Semua orang takut kepadanya. Apa yang masih saya ingat tentangnya sampai sekarang, beliau seorang yang sangat menjaga kebersihan. Apabila beliau dapati ada sampah dalam bilik darjah atau kawasan sekolah, beliau akan terus menjerit(ditujukan pada sampah) dan akan marah pada murid-murid yang nampak sampah tapi tidak dikutip. Sampai sekarang saya masih menganggap sampah itu ibarat syaitan, mengganggu suasana kita.

Membaca buku-buku ilmiah

- Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina mujahid dan mujahidah yang cerdas.

Imej yang kemas dan tidak selekeh

- Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang. Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik - Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi dikhalayak ramai.


Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga

- Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja atau gerak kerja Islam, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibubapa mereka terhadap keluarga.

Membudayakan bahasa arab/inggeris di rumah

- Sesekali perlu juga membudayakan bahasa asing di dalam perbualan harian keluarga seperti bahasa arab atau bahasa inggeris supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam mempelajari pelbagai ilmu lebih-lebih lagi bahasa arab yang jarang kita berikan penekanan.

Car-Pool

- Biasanya dianjurkan untuk ibu bapa yang jarang bersama-sanma anak-anak. Jadi dengan berkongsi kereta ke tempat kerja atauu menghantar anak-anak kesekolah dapat menambahkan keeratan ikatan keluarga. P/s : Biasanya sesuai bagi yang tiada masalah masa atau ibu bapa yang bekerja sendiri

Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran

- Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa denag alunan zikir dan ayat-ayat al-quran. Semoga dengan ini mammpu mewujudkan bayt al-muslim dan bayt al-Quran yang dilimpahi cahaya Rabbani.

Wallahu a’lam.

Ini hanya sebahagian tips ringkas yang saya sempat hayati dan InsyaAllah mudah diamalkan malah tidak sedikitpun mencuri masa kita. Membazir waktu untuk Allah bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a’lam.

KEK CHOCOLATE BROWNIES (Permintaan dari adik Arfah)


280gm mentega
200gm gula halus
5 biji telur gred A ( besar)
280gm tepung gandom
40gm serbuk koko
¼ sudu sodium bikarbonat
1 ¾ sudu serbuk penaik
¼ sudu Nescafe (dibancuh dgn sikit air)
100gm coklat masak (dicairkan)
¾ cwn air sejuk
200gm walnut di cincang kasar

CARA2:

1. Pukul butter + gula = hingga kembang
2. Masuk telur satu persatu
3. + tepung gandom + serbok koko + sodium bikarbonat + serbok penaik (sikit demi sedikit)
4. + Nescafe + coklat masak + air sejuk + walnut
5. Masak = suhu 180darjah / 45 minit

Topping

Milo + Susu pekat – kacau hingga sebati n cair… tuang atas kek

The Banana Test

There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals.
King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey pass by.
They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.
Who do you guess will win?
Your answer will reflect your personality.
Think carefully . . . Try and answer within 30 seconds



Got your answer?

Now scroll down to see the analysis.






























































If your answer is:

Orangutan = you're sick


Ape = you need a break


Monkey = worse, you suppose to be in the hospital right now..

King Kong = I think you better take 1 year leave..
.......


Why?! ????



























.......




A Coconut tree doesn't have bananas!

Obviously you're stressed and overworked.
Take some time off and relax! ☺

Sunday, April 20, 2008

Wardah Baidho'...Ros Putih...



erm, petang tu pulak jalan-jalan umah kawan di sweileh ni..(ummi sorang-sorang) je.. on the way balik tu, adalah terserempak sorang budak laki arab (sekolah rendah) tengah pegang bunga wardah baidho' (ros putih) ditangannya.. dah dekat bangunan superdelux yang ummi duk sewa pn... ummi pun sapalah..'Wardah..' budak arab tu pun tanya 'turid..?' ummi pun senyum.. 'urid..' heh..terus je terkeluar dari mulut ummi..tetiba je..x sedar.. uhuuu.. sebabnya ummi memang sukanya lah sangat2 dengan wardah putih ni..heheh. budak arab tu pun terus bagi pada ummi.. ummi pun cakaplah 'syukran..' budak arab tu balas 'afwan..'

ummi terus balik masuk rumah dan tunjukkan pada hubby. hehe.. "amik mana bunga tu?" " jangan jeles... ada orang kasi tadi..tepi jalan.." ( saje nak nyakat hubby)
"alah, takdelah ada budak laki arab td bagi kt tepi umah kita ni je..budak sekolah rendah lagilah!" "Diorang amik kat tepi umah kita ni je bi.." (berhampiran tingkap bilik umah kami, sbb umah sewa kami groundflour).uhuuu..sukenya bunga ni..!

-------- ------------ -------------

Jalan-Jalan...




Alhamdulillah.... semalam tak sempat update.. busy sikit..heheeh..tambah pula hubby tgh sibuk siapkan assignments nye yang x abis...uhuuuu.. so, ummi tak blhlah kacau...;p

semalam pagi kami bertiga ke carrefour City Mall..shopping barang2 dapur yang dah abis.. ha ni first timelah uwais menngunakan stroller barunya ni... Mula2 letak dia atas tu, merengek2 jg sebab minta dibuai dulu... nak tido rupenya...ummi pun sorong tarik sorong tariklah strollernya bg dia rasa cam buaian gitu...kihkihhh
erm, lena jg akhirnya...senang hati ummi & abinya bershopping...sekarang ni alhamdulillah dia dah pandai.kalo jalan2..dh tak minta susu..sanggup tahan sampailah kat umah..baru dgr nangis minta susu..uhuuuu..bijak bijak...
kejap2 rengeklah jg dia bila strollernya terhenti..hihiii macam tulah si uwais ni...buaiannya adalah strollernya nilah..dalam rumah pn mcm tu..guna stroller ni je..(basuh dululah tayarnya..)heh..
ni tunggu mamanya (awah) tak busy sikit bolehlah ajak jalan2 (mama& hanin) bersama stroler masing2... uhuhuuuu.. ha, 5mei ni blhlah g klinik sama2 ye hanin!;D

***** ****** ****** ******* ********

Friday, April 18, 2008

JARIAH YG KEKAL...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan,
pahalanya? MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca,
Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit
menggunakannya, Anda dapat hasanah

3. bagi bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. A jarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan
do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang
berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika
seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda
dapat hasanah sampai hari Qiamat.

aminnnnnn...

Meeting..Meeting...Meeting... bukan ummi..uhuuu

Malam, khamis,17hb April...

Hubby: Sayang, Ustaz jahid nak wat meeting dgn semua Dirasat Ulya esok.. dia minta izin wat umah kita...

Ummi: ye ke.. kul berape?

Hubby: kul 3pm...after jumaat prayer

Ummi: ok...

tak lama lepas tu, hubby YM semua yg terlibat... tp ada permintaan dr ust razi buat pagi coz diorg (ust mahyuddin & ust muhaimin)ada klas talaqqi ptg tu..Hubby cnfirmkan balik dgn ustaz jahid..

bincang2.. cnfirm buat kul 11pg before solat prayer..

**** ***** ***** *****

erm... pagi2 lg ummi siapkan sarapan dulu.. lepas makan ummi terus siapkan makanan untuk tengahri.. bukan ape.nnti dh ada org datang, taklah kalut nak siapkan minuman diorg.hiiiiihhiiii

alah..buat tomyam je... yg untuk depa yg meeting ni ummi sediakan minuman teh + daun pudina yg dipetik di luar rumah dengan kek beli siap! huhuuu.... tak sempat lah ummi nk siapkan ape2.. baru bagtau..hihiii...

tetamu first yg datang adalah wahida pastu shilapastu kak ct hasliza.. then ust jahid..ust razi..etc...sambil tggu yg lain2 datang, sila dan wahida tgk cite Bella dr laman web TV3.com.my... uhuuuuu umah shila tak blh buka2 lagi web tv3..sian...

ni tgh tggu diorg semua siap meetinglah ada kesempatan taip ni...;)

eh, uwais dh bangun lak.. k, jumpa lagi...

Seloka Ustaz Hj. Akil - Sangat Menarik

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT..
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Mas a tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Mas a tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat....?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

WANITA ITU CANTIK...


Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang

wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."
~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan
menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu
Cantik...~


Perkara yang anda tak perasan atau saja tak terperasan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit
diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari
untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Thursday, April 17, 2008

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

"Dan Ibu-Ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Dari ayat di atas (AL-BAQARAH:233) kita dapat pendirian berikut:

Penyusuan Susu Ibu :Hak Wanita
Mengapa Bayi Anda Harus Diberi Susu Ibu?


PERTAMA
Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.

KEDUA
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.

"Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya: dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang dapat dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Al-Baqarah:233


KETIGA
Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

KEEMPAT
Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.

KELIMA
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

KEENAM
Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memrintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanhkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

PERANGKAP TIKUS..???

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan
gelagat sambil menggumam "hmmm... Makanan apa lagi yang dibawa mereka
dari pasar?"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang
tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan
bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah... Di rumah sekarang ada
perangkap tikus..."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus!" Sang
Ayam berkata,
"Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan
aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak
seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut
bersimpati... Tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada
kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi
perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar
aku ni boleh masuk perangkap tikus." Dengan rasa kecewa ia pun berlari
ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni... Perangkap
Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku." Akhirnya Sang Tikus
kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi
bahaya seorang
diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak
perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat
perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang
isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak
sempat di selamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja
demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya
kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir
panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar
buat sup.


Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman
menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya
untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan
akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak di jamu
apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk
memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan... Sang Tikus
menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat
Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM
KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA....

Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital -
Gleanagles)

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK
ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA
BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK. PENARIKAN SEMULA
UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE


Kepada Semua,

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE
sedang ditarik balik.

Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di
semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran
balik. Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah
daripada anda menggunakan ubat-ubat ini , (salah
satunya ialah Alka Seltzer Plus).

BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi
PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan
pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di
kalangan wanita berumur 18- 46 tahun tiga hari
selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan
untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang
(termasok kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE:

1. Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant

2. Plus Dietary Supplements

3. Acutrim Maximum Strength

4. Appetite Control Alka-Seltzer Plus

5. Children's Cold Medicine Effervescent

6. Alka-Seltzer Plus Cold Medicine (perasa ceri atau
oren)

7. Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original

8. Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine
Effervescent

9. Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent

10. Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent

11. Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine
Effervescent

12. BC Allergy Sinus Cold Powder

13. BC Sinus Cold Powder

14. Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief

15. Comtrex Flu Therapy & Fever Relief

16. Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules

17. Contac 12 Hour Caplets

18. Coricidin D Cold, Flu & Sinus

19. Dexatrim Caffeine Free

20. Dexatrim Extended Duration

21. Dexatrim Gelcaps

22. Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free

23. Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets

24. Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels

25. Dimetapp DM Cold & Cough Elixir

26. Dimetapp Elixir

27. Dimetapp 4 Hour Liquid Gels

28. Dimetapp 4 Hour Tablets

29. Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets

30. Naldecon DX Pediatric Drops

31. Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal
Congestion

32. Triaminic DM Cough Relief

33. Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion

34. Triaminic Syrup Cold & Allergy

35. Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan
secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana
mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan
serangan mengejut kepada kanak-kanak:

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold
& Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan
menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan
mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka
akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda
mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,

Untuk memastikan maklumat ini, luangkan masa untuk
melawati laman web ini :

http://www.fda.gov/

EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR
MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK
MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Hepi 4 months today dedicated to Haninkuhai...


Hanin.. uwais nak ucapkan hepi 4 months today 17th April '08.. uhuuu dh masuk 4 bulan dah.. cepat je yek.. ok, hepi selalu...sayang mama @ abi...see u!

Uwais dah ada Passport..!!


alhamdulillah..
dah ada passport pun anak kami..;)lepas ni bolehlah kita g jalan2 kuasr Jordan kan abi? heeeee... g syria, mesir..uhuuuu...bestnyer... tp yg lg penting dapat balik malaysia...!!! ;D

Wednesday, April 16, 2008

ujian..ujian...

tadi pagi.. tgh memotong ayam untuk juadah tengahari, dapat msg dr hubby.. "slm. adik kena ghoromah 36jd+30jd wat iqamah=66jd!duit tak cukup 10jd, terpaksa g mecca mall kuarkan duit.. ujian ujian..." itulah msg yg diterima dari hubby.

hem.. sian abi uwais...memang lh ujian buat kami.. banyak tu kerajaan jordan amik... aduhhh.. pening3x... dh terlewat buatkn iqamah anak... tak tahu sebenarnya kena wat iqamah terus dulu after lahir... uhuuu... tak apelah pedoman untuk ms depan..

***** *********** *****

sementara uwais tido td, sempatlah ummi uli tepung buat cakoi.. aritu kak ina bg, teringin lak nk wat sendiri..heheee... blh jgk wat mkn sarapan sok. tp kuahnya cicah dgn kuah ayam masak pedas td jelah..;)

mlm ni kata sagol nk datang umah... ambil brg pesanannya barangkali.. em, abi hanin ni lg lah sedih nnti hanin nye ghoromah lg banyak.. belum wat lagi... Ya Allah tolonglahh...

Dah nk masuk 4 bulan dh ank ummi...


em.. pejam celik pejam celik.. dh nk masuk 4 bulan dah mutiara hati kami.. alhamdulillah...cepat dia membesar... mg Allah sentiasa beri kesihatan yg baik untuknya dan beri petunjuk kpd kami dlm mendidiknya ke jalan-NYA...amiin.

Tuesday, April 15, 2008

Selamat datang Ustaz Hanafi @ Family ke Jordan






kembali semula bertamu...
Lebih kurang kul 10.55am driver van yg ditunggu telefon mengatakan yg beliau dh tiba di depan makhbaz qishtoh. kami pn terus bersiap kuar umah. perjalanan ke Mathor (lapangan terbang) dari sweileh mengambil masa selama 45minit. kul 11.45am kami pn tiba di sana...

tunggu2 ust nafi belum jg tiba..flightnya dijangka tiba kul 12pm. lebih setengah jam tunggu barulah ustaz nafi dan keluarga tiba di tempat menunggu... rupenya beliau menguruskan visa dahulu di dalam setibanya di lapangan terbang.

tak lama kemudian anak sedaranya pn tiba bersama seorang temannya.. selepas dah setel semua kami pn masukkan baggage semua dalam van. terus bertolak ke sweileh... ke rumah sewa kami...

tetamu dijamu menu ns tomato bersama ayam masak merah & acar sayur...dan tak lupe jg dessert puding karamel!;) adalah buah tembikai sikit...

after asar, beliau dan keluarga bertolak pula ke rumah sewa anak sedaranya yg belajar di Mu'tah... dgn menaiki van yg disewa anak sedaranya....

insyaAllah 3 hari lg beliau akn kembai lg ke sweileh... SELAMAT DATANG!!

Sambungan...

Sementara menunggu Azan Maghrib...

Ummi: Abg, dh call driver van yg satu lagi tu? yang Sagol beri aritu?

Hubby: Dah... Alhamdulillah yang ni murah sikit 20JD je..berbanding yang aritu minta 25JD. Namanya Abu Ahmad jg.

Ummi: Em.. kalo gitu Ayu nak ikutlah g amik..boleh x? Driver van yg ni bagi bawa org x? sebab driver van yang mula2 tu tak bagi bawa orang kan..?

Hubby: Abg dh tanya...Dia kata boleh je.. takpelah sayang jelah ikut abg... Lagipun dh bagitahu Zul kelmarin tak jadi ikut...

Ummi: (Senyum)...Em, kalu gitu Ayu nak kena prepare awal pagi soklah makanan..ha, malam ni ayu nak wat puding karamel dulu sebagai dessert..!

***** ***** ****** ******

Selepas solat maghrib, umi ke dapur untuk membuat Puding Karamelnya... ceh... semangat je rasa..ni first time nak cuba buat nih..! al maklumlah... umi ni tak pakar bab2 dessert @ kueh mueh ni..baru nk belajar...heh.

sebelum tu, tengok kat folder resipinya dulu!heheeee...yg di ambil dari www.myresipi.com...;) oh...senang je... ceh... eksyen tu!

mula2 buat topping karemal dulu.. masukkan 5 sudu besar gula dan 2 sudu besar air..panaskan atas api..sampailah kekuningan... ok, umi letak dlm loyang..

k, pastu kena buat karemalnya..em, masukkan susu segar agak2 satu cawan and then campurkan dgn gula 5 sudu... panaskan atas api... sementara tu umi pecahkan 3 biji telur dan 2 biji telur kuning kt mangkuk lain, kacau.. then, umi campurkan susu+gula tadi dlm telur tadi kacau perlahan tak bagi berbuih..kang tak lawa karemalnya...;)

em, pastu umi masukkanlah dalam loyang tadi... pastu umi pn steamkan dlm oven (sbb umah umi takde pengukus) mangkuk oven tu umi letakkan air..then loyang tadi umi tutupka dgn aluminium foil...em panaskan selama 40init pada 145 degree.

siap!

umi biarkan saje sampailah pagi ni umi baru buka tengok.. (tersenyum lebar...) alhamdulillah jadik..sukenya..selalu buat kueh2 tak berape jadik..:)

Umi pun letak dalam peti ais...tgu saje untuk di makan bersama tetamu dr Malaysia yg bakal tiba tengahari ni...

***** ******* ******* *******

pagi ni, umi siapkan Ayam masak merah and then nasi tomato... bersama ulam2 acarnya yg sangat simple..hehheee.. dah tahu dah ape menunya arini...yum3x!!

k, nak bersiap ke lapangan terbang!

Monday, April 14, 2008

Mengalu-alukan kedatangan Dr hanafi ke Jordan

Assalamu'alaikum wrt..

Kami sekeluarga mengalu-alukan kedatangan Al-Ustaz Dr Hanafi (Abu Khalil) bersama zaujah serta 2 orang anak lelakinya ke perkampungan Sweileh pada hari esok. InsyaAllah kami akan menyambut kedatangan beliau di lapangan terbang esok pagi... Ahlan Wasahlan..
ummi sedang memikirkan nak jamu masakan ape untuk mereka sekeluarga esok..hemm... ape ye? jeng3x... ;)

Sunday, April 13, 2008

Antara mazmumah utama yg melenyapkan ketenangan hati……



Dan nama ALLAH yang maha pengasih….

1. PEMARAH
Paling mdah dkesan dan dlihat dln dari mnusia. org seperti ini jarang mdpt kawan. siapa nak dkat kalau asyik marah saja…senyum lah sikit…
Sesungguhnya senyum itu sedekah…

2. PENDENDAM
sangat tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dada. Selalu mencari peluang untuk blas dendam hatta secara kecil2 sakalipun.

3. HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengki kerana ia memiliki sifat ketuhanan.tak elok dengki mendengki ni…

4. BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, pangkat, kesenangan dll darinya. Rezeki yang dianugerah ALLAH elok dikongsi bersama…

5. TAMAK
org yang tak puas dengan yang sedikit nescaya tak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminun air di laut…walau brpa banyak diminum,tak akan habis jugak.. ingatlah, orang tamak selalu rugi….

6. TIDAK SABAR
Andai perkara kecil pun talk boleh nak sabar apatah lagi hal yang besar.sabar itu separuh dr bukti iman…

7. EGO
org yang memiliki sifat ini pantang dicabar..semua org ada egonya..Cuma bezanya tahap tinggi atau rendah…

8. RIAK
Terseksa sendiri kerana tercari cari peluang untuk dipuji..
Sentiasa berlakon di depan org..ALLAh marah kalau kita riak..
Ingatlah apa yang kita miliki hanya pinjaman…

9. CINTA DUNIA
Bila mati..yang kita Cuma bawa amalan…yang kekal hanya doa anak soleh solehah,ilmu, dan sedekah jariah,

‘alaa kulli haal..sama-samalah kita mujahadah untuk jauhi sifat2 ini…sama-samalah kita ingat mengingati…andai kita terleka dengan DUNIA….nescaya buruklah padahnya…na’uzu billah min zaalikk.. Wallahu aa’lam…

Tinta dr,
Syuhada_islamic (080207)

Kelebihan isteri taat

petikan ini dipetik dari pokok betik......
Susunan Hashim Ahmad melaporkan


SESUNGGUHNYA Muslimah yang bersuami mendapat jaminan pintu syurga.
Alangkah enaknya jadi muslimah. Dalam pernikahan, mereka tidak perlu
mencari nafkah. Dengan status sebagai isteri, mereka akan mendapat
makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta perlindungan daripada suami.

Suami pula yang memenuhi keperluan mawadahnya. Islam sudah mengatur
semua itu, namun ia harus ditempuh dengan usaha.

Memang di dunia ini tidak ada hak tanpa kewajipan dan tidak ada hadiah
tanpa kerja. Suami yang memberikan semua jaminan terbabit harus
disenangkan hatinya, dipatuhi keinginannya, dipenuhi keperluan
mawadahnya.

Pendek kata, apa saja yang suami inginkan (selama bukan dosa) harus
dipenuhi. Maka jika suami reda terbukalah pintu syurga bagi isteri.
Suami adalah manusia dan manusia tidak ada yang sama antara satu sama
lain.

Manusia tidak ada yang sempurna, malah ada saja kekurangannya. Sebab
itu isteri perlu terima kekurangan suami.

Isteri juga memiliki kegemaran berbeza-beza. Maka terima pulalah
kegemaran suami. Bahkan dalam Islam, kegemaran suami adalah kewajipan
isteri untuk memenuhinya.

Misalnya, suami kita menggemari wangi-wangian, maka wajib bagi
isterinya selalu memakai wangi-wangian di hadapan suami. Daripada Ummu
Salamah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang perempuan
jika meninggal dan suaminya meredainya, maka dia akan masuk syurga."
(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)

Pada awal abad hijriyah, hidup generasi yang diberkati Allah s.w.t.
Ketika itu, hidup puteri Rasulullah yang mulia, Sayidatina Fatimah. Dia
adalah contoh wanita ahli syurga yang menghabiskan waktu di rumah,
memasak, mencuci pakaian, dan mengurus anak tanpa pembantu.

Ayahnya yang mulia tidak membenarkan permintaan Sayidatina Fatimah agar
dapat diberikan pembantu.

Baginda sebaliknya memberi resipi zikrullah yang dapat menghilangkan
kelelahan. Suami Sayidatina Fatimah adalah sahabat yang mulia pula,
Ali,
yang juga ahli syurga.

Ali hidup penuh kesederhanaan dan tidak pernah memadu isterinya dengan
wanita lain selama hidupnya.

Dia adalah pemuda yang melamar puteri pemimpin umat dengan menggadaikan
baju besinya. Ada wanita lain di sisi Rasulullah iaitu Sayidatina
Aisyah, isteri baginda yang termuda usianya iaitu wanita manja dan
penuh
siasah untuk memenangkan cinta kasih suami.

Wanita yang tidak berputera itu tidak disibukkan dengan tangis dan air
kencing bayi tapi adalah wanita cerdas, penghafal hadis yang ulung dan
selalu belajar.

Dialah pintu ilmu sahabat di zamannya. Selepas Rasulullah wafat,
sahabat tidak suka memberikan fatwa tanpa bertanya terlebih dulu
kepadanya.

Ada pula kakak Aisyah bernama Asma binti Abu Bakar, ibunda dan isteri
syahid. Wanita itu amat berbeza dengan adiknya yang manja.

Asma adalah wanita tegar dan mempunyai anak ramai dan bersuamikan
mujahid aktif tetapi bukan seorang yang kaya.

Asma wanita berani yang diberi kepercayaan bapanya untuk turut
menjayakan hijrah Rasulullah dengan tugas khusus sebagai pembawa
bekalan
kepada dua muhajirin agung yang sedang sembunyi di Gua Thur.

Asma mempunyai akal yang panjang. Ketika dia tidak memiliki tali untuk
mengikat bekalan makanan yang dibawanya, dia membelah ikat pinggangnya,
sehingga dipanggil 'si dua ikat pinggang'.

Apakah Asma dapat disamakan dengan Fatimah? Dia lain sekali dengan
Fatimah. Asma bahkan biasa mengurus sendiri kuda suaminya dengan
memandikan dan memberi makan.

Ini biasanya dilakukan lelaki tetapi Asma melakukannya kerana mencari
reda suami. Asma juga biasa memikul sendiri kayu bakar yang dicarinya
iaitu suatu pekerjaan yang biasa ditanggung lelaki.

Dia melakukannya dengan alasan yang sama. Dianggap ibu rumah tangga
yang mampu berdikari dan selalu mencari akal untuk menyelesaikan
persoalan yang dihadapinya dalam rumah tangga.

Asma jelas bukan jenis wanita ilmiah yang sibuk dengan pena dan kitab
seperti adiknya.

Tetapi dia pun wanita solihah dan wanita teladan sahabat Rasullulah.
Dia termasuk salah satu 'bintang cemerlang' di langit sirah
Nabawiyah yang agung.

Suatu waktu Rasulullah menyebutkan nama seorang wanita sebagai calon
ahli syurga, Muti'ah namanya.

Seorang saksi mengatakan Muti'ah selalu menyambut kedatangan suaminya
dengan bersolek sebaik-baiknya, menyediakan makanan enak dan hangat di
atas meja.

Tetapi daripada riwayat yang secebis itu sudah banyak pelajaran
berharga yang dapat diperoleh.

Dalam taman sirah, ternyata banyak wanita muslimah dengan jenis
berbeza-beza. Bahkan masih ada wanita seperti Shofiyah binti Abdul
Muthalib, ibu saudara Rasulullah yang berani memancung leher Yahudi
yang
mengintai benteng tempat muslimah dan anak Muslim.

Mudah-mudahan kita, termasuk golongan yang berkumpul di syurga dengan
pasangan masing-masinG.

Friday, April 11, 2008

KEBAIKAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai
malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila
mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu
naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah
mengetahuinya :"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk
diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul
suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah
melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(HR. Muslim)
Biar susah, jangan menyusahkan..

JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331

Kesihatan dan kebersihan anak

Kesihatan dan kebersihan anak

Assalamu'alaikum wrt wbt...

Semoga semuanya berada dalam perlindungan Allah
SWT.Dan semoga para ibu dan bapa semua sentiasa sabar
dan tabah dalam mendidik serta membimbing
anak2.Seharusnya dan sepatutnya kita rasa bersyukur
kerana kita telah melahirkan anak2 Islam ini yang
fitrahnya bukan Yahudi,Kristian, Buddha dll.

Kali ini ana ingin berkongsi sedikit pengalaman yang
ada ketika ana berkursus tentang pendidikan awal
kanak2.Sesiapa yang berminat bolehla hubungi ana.Ana
akan rekomenkan sesiapa yang berminat ke Persatuan
TASKA Selangor insyaAllah.. .Kursus nie bukan saje
untuk pengusaha taska malah suri rumah dan semua ibu
berhak dan boleh terlibat.

Memang lain pengalaman jaga anak pertama dan kedua.Ana
akui masa jaga wafi dulu wafi kerap tak sihat dan
mudah kena selsema.Tapi alhamdulillah bila dah g
kursus dan tahu kaedah,tips serta cara menjaga
kebersihan dan kesihatan anak2,mereka jarang
demam.Seingat ana wafi n wasim tahun nie baru sekali
demam dan kene selsema.

Nak tahu apa tipsnyer?

1. Lapangkanlah hati kita semua menerima orang baru di
dalam hidup kita.Raikan si kecil ini dan sentiasa
positif di dalam cabaran mendidik dan mentarbiyyahnya.
Sentiasa mendoakannya.

2. Menyusu badan adalah makanan terbaik untuk anak
kita.Paling sekejap pun 6 bulan pertama janganlah bagi
makanan atau susu lain selain dari susu ibu.Banyak
khasiatnya dan insyaAllah berkat .
Allah berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 233:
Dan ibu2 hendaklah menyusukan anak2 mereka selama 2
tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu.

3. Ana yakin kebanyakkan ibu kini adalah ibu yang
bekerja.Nak atau tidak walaupun kita menyusukan
badan,kita terpaksa memberikan susu tersebut
menggunakan botol susu.apatah lagi susu formula,botol
susu amatlah penting.Kita mesti menjaga segala
peralatan anak2 kita.
Ana bagitahu apa tipsnyer...setiap kali habis
menyusu,botol2 anak kita mestilah di sterilize atau
cara paling mudah kita rebus botol n puting.Caranya
letak jer botol dalam periuk dengan air penuh dan
didihkannya. Ini adalah untuk membunuh segala bakteria
yang ada.

4. Ha ada lagi satu tentang botol susu nie..Ana tengok
ramai antara kita pandang remeh tentang penutup
botol.Kadang2 tue botol susu anak kita dibiarkan ajer
tanpa penutupnyer. Bila botol susu tidak ditutup maka
mudahlah bakteria dan kuman menginap di botl susu
anak2 kita.Nielah antara punca anak2 sering tidak
sihat.

5. Sediakan rumah kita dengan dettol yang sedikit
sebanyak membantu.Dettol boleh digunakan untuk
membersihakan rumah,membasuh baju dan memandikan anak
kita.InsyaAlah antiseptik ini dapat membantu kita
membunuh bakteria.(Baca dulu cara2 penggunaannya)

Cukup setakat ini dulu...Nak tanya,nak
kkongsi...silakan. Ana nantikan..

Ummu Wafi n Wasim
Integrated Islamic School
Kota Damansara.

MEMILIH PASANGAN

MEMILIH PASANGAN

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan
antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini
dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila
hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada
pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut
akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir
dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada
orang yang suka membujang sampai ke tua.Berkahwin adalah sunnah Rasulullah
saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat
kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan
yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam
berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum
memilih seseorang sebagai pasangan hidup.Islam menegaskan pilihan hendaklah
berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia
serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai
lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya,
kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana
boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya.
Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi
beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

" Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok
rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan
akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia
kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya
dan eloknya. "

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan
kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama
serta berakhlak mulia,kerana bila isteri itu kuat beribadah akan
membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya
ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh
beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam
mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan
Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah
swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus
rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan
menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan
dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.
Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan
mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami
dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga
aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat
agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama
memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang
mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan
kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa
seorang lelaki yang beristeri wanita solehah > bererti dia telah mendapat
satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang
diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:

" Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia
telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu
syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian
dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.> ">

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga
yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya
oleh Rasulullah saw:

" Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada
Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah,
jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik
kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan
harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami
jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga
terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan
persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang
tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang
tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan
anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,maka
sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.> ">

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
isteri berbanding dengan janda.Rasulullah saw bersabda:

" Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur
bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan
mudah meredhai kerjanya.> ">
>
> Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan
anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki
itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar
dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh
menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,pada umumnya boleh
dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai
ramai anak,pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,tetapi
tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya
daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya
sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying
antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya
setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda
baginda:

" Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak,
sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada
Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,baginda bangga
dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah
dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati
peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu
ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia
membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya
sebelum ia tinggalkan. "

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan
dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

> Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula
menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan
kepada janda dan anak-anak. >

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,sebab itulah
pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu.
Firman Allah swt yang bermaksud:

" Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina
tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun
lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang
beriman."

" Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik.> ">
Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan
wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah
iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi
masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita
dengan pasangan kita sekarang.


`berkata nuh: ya tuhanku, janganlah engkau tinggalkan di atas bumi
seorang pun di antara kaum kafirin. sesungguhnya ya allah, jika engkau
tinggalkan mereka, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-mu, dan mereka tidak melahirkan anak melainkan anak yang derhaka dan kafir'

an-nuh:26-27.
ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke dalam hati kami dan
tetapkanlah langkah kami, kuatkanlah kami dan tolonglah kami menentang kaum yang kafir itu.. amin

AKU LELAKI, KAU PEREMPUAN…

AKU, KAU BERBEZA...
AKU LELAKI, KAU PEREMPUAN…
NAMUN KAU DAN AKU ADALAH ISTIMEWA...

AKU ADALAH LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?

Hukum Syara’ menjelaskan bahawa anak lelaki perlu bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa sudah pasti terjatuh baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. Beratkan??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu dan wajib membantu jika diminta oleh suami selagi mana dibenarkan oleh Syara’. Namun begitu adalah haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin isteri. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

KAU ADALAH WANITA:

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Taraf kesaksiannya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Namun di sebalik kelemahan ini, pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil, manakala dosanya (yang kecil) diampuni oleh ALLAH.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH… sayangnya ALLAH pada wanita.... Sememangnya Allah itu maha adil, maha bijaksana… Begitu besar salahnya golongan seperti Sister in Islam yang mempertikaikan setiap hukum Syara’, yang bergerak berdasarkan ‘gender sensitivity’, yang mengatakan hukum Syara’ adalah tidak adil dan menyebelahi lelaki… Kerana sesungguhnya Hukum Allah itu pasti adil dan saksama…

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.” (Ali- Imran: 103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri.

Wednesday, April 9, 2008

cinta



moga kebahagiaan ini kekal ke syurga...Amiin.

najib jaffar Look Alike Meter

MyHeritage: Look-alike Meter - Family tree search - Vintage pics

Sunday, April 6, 2008

Inilah putera sulung cahaya hati kami... nama di beri Uwais Amzar Bin Mohammed Najib. Makna namanya ialah Pemberian yang utama dan yg mulia... dicadangkan oleh abinya sendiri yang mana sempena dirinya itu adalah anak yg pertama dan satu pemberian(anugerah) Ilahi kepada kami suami isteri...=)
Uwais dilahirkan pada 14 zulhijjah 1429H bersamaan 23HB Disember 2007. Melalui satu operation oleh Dr Mervat Mansi di Wad Bersalin Hospital Al Essra', Jordan.

KAU LELAKI, AKU WANITA


KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah
Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg banyk,
Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1- lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 -lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !

3- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin
ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya. Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sbaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah
bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala
lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan
anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk
ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di
bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Thu | Jan 24, 08 | 12:18:52 pm MYT

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.
Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar.
Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.
Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.
Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan?
Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau indivisu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.
Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.
Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.
Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.
Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.
Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."
Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.
Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan. - lanh

Tafsir Al-Maidah, ayat 75-76: Para nabi hanya lelaki

Tafsir Al-Maidah, ayat 75-76: Para nabi hanya lelaki

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Oct 04, 07 | 10:54:11 am MYT

Ini adalah maqam yang tinggi yang dikurniakan kepada Mariam a.s. Ayat ini menjadi dalil kepada jumhurul ulama (kebanyakan ulama) bahawa nabi dan rasul itu adalah lelaki bukan perempuan.

Kecuali pendapat Ibnu Hazmin al-Andalusi (ulama dari Sepanyol yang mujtahid). Beliau berpendapat bahawa orang perempuan juga menjadi nabi kerana terdapat dalil yang membenarkan pendapat tersebut.

Al-Quran telah menyebutkan bahawa beberapa orang perempuan telah menerima wahyu dari Allah termasuk ibu kepada Nabi Ishak, ibu kepada Nabi Musa a.s. dan Mariam, ibu kepada Nabi Isa a.s.

Ibnu Hazmin berkata apabila menerima wahyu bererti orang itu menjadi nabi. Bagaimanapun jumhurul ulama mengatakan bahawa nabi hanyalah daripada kalangan lelaki, tidak daripada kalangan perempuan.

Dan Allah Ta'ala menegaskan dalam ayat ini bahawa ibunya (ibu nabi Isa a.s.) membenarkan Allah, tidak disebut ‘waummuhu nabiyyah’ (ibunya nabi), walaupun disebut menerima wahyu. Ini adalah hujah yang kuat.

Perkataan wahyu bukan sahaja ditujukan kepada Siti Mariam, bahkan ditujukan kepada binatang.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Tuhan kamu telah mewahyikan kepada lebah." (Surah an-Nahl:68) Jika dikira ayat ini menjelaskan bahawa, lebah juga menjadi nabi kerana menerima wahyi daripada Allah.

Bagaimanapun mana boleh lebah menjadi nabi kerana ia binatang yang suka menyengat manusia.

Justeru lebah tidak boleh menjadi nabi walaupun al-Quran menyebut Allah telah mewahyikan kepadanya.

Memang Allah Ta'ala mewahyikan kepada lebah supaya mencari bunga dan madu serta membuat sarang di bukit-bukau, di pohon kayu dan rumah-rumah manusia.

Lebah pula berupaya pulang ke sarang walaupun jauh perjalanannya dengan wahyi daripada Allah.

Lebah hanya menerima wahyu dari Allah bukannya menjadi nabi dan bukan setiap yang menerima wahyu itu mesti menjadi nabi.

Oleh itu Siti Mariam, ibu kepada Nabi Isa a.s. bukan nabi kerana Allah menyebut siddiqoh (yang membenarkan Allah) bukan nabiyyah (Nabi).

Mereka adalah seorang manusia beriman yang tergolong daripada kalangan orang yang diberi nikmat oleh Allah sebagaimana disebut di dalam Suratul Fatihah.

Allah juga menjelaskan siapakah manusia yang diberi nikmat di kalangan manusia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Orang yang diberi nikmat itu terdiri daripada nabi-nabi dan orang yang membenarkan Allah, para syuhada dan orang-orang yang soleh." (Surah an-Nisa': 69)

Siddiqin adalah orang yang mempunyai martabat yang tinggi termasuk Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan Sayidatina Mariam a.s.

Disebut di dalam ayat ini 'Siddiqoh' (yang membenarkan Allah dan rasulnya). Siti Mariam percaya bahawa anaknya menjadi rasul serta percaya kepada janji-janji Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Adalah kedua-duanya memakan makanan (seperti kamu)." (Surah al-Maidah: 75)

Nabi Isa a.s. dan Siti Mariam a.s. memakan makanan seperti roti sama seperti manusia lain. Jadi, Tuhankah mereka jika serupa dengan manusia lain?

LBagaimana kamu kata Isa a.s. Tuhan sedangkan dia makan, minum dan buang air sama seperti manusia lain.

Dia hanya manusia yang diutuskan sebagai rasul dan menerima wahyu daripada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: "Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan." (Surah Al-Maidah: 75)

Lihatlah di sini juga dimaksudkan dengan fikirlah. Ertinya lihat dan fikirlah bagaimana Kami terangkan kepada mereka akan ayat (tanda-tanda daripada Allah) sama ada tanda-tanda yang dibaca ataupun tanda-tanda yang dilihat oleh mereka sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: "Kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (Surah Al-Maidah: 75)

Lihatlah keterangan dan kenyataan daripada Allah. Sesungguhnya pendapat yang mendakwa Nabi Isa a.s. sebagai tuhan adalah satu dakwaan yang bohong.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w.) Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain daripada Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat?" (Surah Al-Maidah: 76)

Adakah kamu sembah yang lain daripada Allah yang tidak boleh memberi mudarat dan memberi manfaat kepada kamu?

Yang memberi manfaat dan memberi mudarat adalah Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahi." (Surah Al-Maidah: 76)

Maha mendengar dan Mengetahui segala apa yang diucapkan oleh kamu daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. – lanh

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”