Wednesday, September 30, 2009

10 Syawal...

10 syawal 1430..
Kami Beraya ke rumah Ust Sulaiman, Pengarah MSD pula..
Menu: Nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, acar timun, Mee kari, Nasi Impit, rendang daging etc.. alhamdulillah.. sedap menu berbuka puasa kami ni.. :)




****************************************************************
Melayan sebentar Karenah anak-anak... seronok sungguh mereka nih! maklum..rumah luas dan bersih.. :)

abi tengah melayan anak-anak.. ;)

anak-anak little khalifah sweileh.. :)

aksi depan cermin lak..

main atas sofa pulak dah..

girls.. hanin, napa tu nangis..? uwais terselit lak situ..hehe

****************************************************************

Selepas makan dan sebelum solat isya'... meneroka sebentar laman tanaman ibu k.long@mertua ust sulaiman.. teruja tengok! subur betul! semangat2 semuanya...sememangnya tanah bumi syam ni tanah yang subur!!

Beri semangat nak tanam semula pokok lada! hehe.. dah tau rahsianya dari acik ni.. ;) tp disebabkan sudah berpindah ke rumah baru yg berada di tingkat satu, tiada lagi tanah, maybe blh cuba tanam dalam pasulah..letak diluar atau tingkat bawah.. hihii


ok, Selamat menamatkan puasa sunat Enam bg yang masih belum habis..! :)

Sunday, September 27, 2009

7 dan 8 Syawal...

Sekitar raya di open house Bayt Hanoun.. 7 syawal (Sabtu)

Menu: Soto ayam, mee sup, pesembor, nasi impit, rendang ayam.. lazizzz jiddan..alhamdulillah.. :) [antara peminat suplah katakan..suka sgt2lah makan..hihiii] lain2, kuih-muih, tak lupa..ada air soya (homemade) lagi.. jazakumullah tuan rumah jamu kami semua.. moga bertambah rezki kalian..barakallahu fiikum.. :)

"assalamu'alaikum..anak-anak sekalian..di sini ada sedikit pengumuman.." ucap ust syed.. hehe

masing-masing dah kenyang ye..

aksi 3 orang budak.. (uwais, uways dan Hanin..)

bergambar bersama tuan rumah dan sahabat yg baru tiba dari Jeddah yg baru sahaja selesai jalani ibadah umrah.. Ust Khairul nizam dan ustazah Mardiana bersama anak sulung mereka, Uways, ahlan wasahlan kami ucapkan.. :)



8 Syawal.. lepas berbuka puasa..
ahlan wasahlan kepada tetamu dari Malaysia (Mardiana (dinaluzriq) dan ust khairul nizam) ke Bayt Amzar.. oleh kerana ziarah raya mengejut, Bayt Amzar tak sempat nak sedia juadah istimewa, sempat apa yg ada sahaja..termasuk 'kek trial' dan agar2 yang dah ready dibuat siangnya..hehe. InsyaAllah sebelum pulang kena singgah lagi tau.. bayt amzar jamu yg lg special khas untuk tetamu jauh ni.. :)

ahlan wasahlan wa marhaban bikum..

Saturday, September 26, 2009

Raya Lagi..

6 Syawal 1430...

- Jamuan Raya di Rumah Bayt A'zab.. Alhamdulillah.. pandai adik2 syabab ni masak.. sedap semuanya.. ;)

jazakumullah khairan kathira pada semua ahli Bayt A'zab yg telah menjemput kami semua..Barakallahu Fiikum..

kesempatan bergambar..hehe

sedapnya..depa makan.. yum2x.. ;)

aksi uwais dan adik munsief minum air bersama ;)

anak dara ummi ni tak sehat.. kurang mood sikit malam tu.. cepat sehat ye hanin sayang.. :)

masuk sikit aksi uwais bantu ummi di dapur.. hehe

"Asyik raya je ni.. Puasa 6 tak buat lagi.. erm..minggu depan boleh start lah insyaAllah.. :) "

Lepas Zohor ni kami semua nak ke rumah Bayt Hanoun lak.. dapat jemputan malam tadi.. ;) barakallahu Fiikum..

Ok, bagi yang dah start puasa sunat Enam, selamat Berpuasa! sama-sama kita rebut fadhilatnya.. insyaAllah..

Sekian.. (entry Raya bakal bersambung lagi.. ;) )

Friday, September 25, 2009

Masih Dalam Mood Raya..

Sambungan..

Raya 5 Syawal.. warga Sweileh ke rumah terbuka En. Azmir dan Jaja pada petang, selepas asar.. Alhamdulillah, kami dijamu menu laksa yang amat dirindui serta nasi minyak bersama dalca, acar dan ayam masak merah.. lazizzz jiddan! jazakumullah khairan buat en. Azmir sekeluarga.. :)







insyaAllah, malam ni pula jemputan ke rumah adik-adik syabab sweileh.. barakallahu fiikum..

Kullu 'am wa antum bikhair..

Wednesday, September 23, 2009

Happy Raya Lagi..

sambungan dalam Mood Raya Perantauan...

malam raya (takbir raya di bayt 'Azzab)




Dalam Kerendahan Hati ada Ketinggian Budi, Dalam kemiskinan Harta ada kekayaan Jiwa, Dalam Kelembutan Lidah ada Keterlanjuran Kata, Dalam Gurau dan Senda, Tentu ada Khilaf dan Dosa..
Bermaaf-maafan Tanda Bersihnya Jiwa
Moga Ukhuwwah ini Kekal Selamanya Dalam Kasih dan RedhaNya sentiasa..

1 Syawal
Selepas beraya di Embassy, Beraya ke 3 rumah warga melayu sweileh.. sempena meriahkan suasana raya sepertimana di malaysia..:) - Rumah K.ina & ust Mujahid, beit Hanoun dan Bayt Iqbal..


raya sakan anak-anak ni.. Bergaya semuanya, siap dengan handbag sekali.. lengkap! :)


2 Syawal
Ke Rumah K.Yuslina dan En Shanizul
Menu: Mee Rebus, nasi impit, Daging Dendeng, Nasi Putih, Ayam Paprik etc.. :)




3 Syawal
Open House Bayt Amzar@Bayt Iqbal
Menu: Nasi Impit, kuah kacang, rendang daging, mee sup dan Nasi Tomato..






Sekian saja coretan kami.. ada family lain lagi, tapi tak sempat nak bergambar bersama, ramai yang dah balik dulu.. ;)

Terima Kasih buat semua tetamu yang sudi hadir ke teratak kami.. yg berkorban masa dan tenaga membantu diucapkan jazakumullah khairan kathira.. salah-silap, terkurang di mana-mana, harap dimaafkan.. Selamat Hari Raya EidulFitri!! :)

Monday, September 21, 2009

1 Syawal di Embassy

Assalamu'alaikum wrt..

Salam Eid Mubarak, Kullu 'am wa antum bikhair..

Buat kedua kalinya kami sekeluarga menyambut kedatangan Syawal yg mulia diperantauan.. di bumi Urdun.. Alhamdulillah.. walaupun jauh dari keluarga tapi kami tetap bersyukur kerana diberi peluang merasa berpuasa dan beraya diperantauan.. merasai suasana raya di bumi orang.. seronok juga dapat beraya bersama sahabat2 dan rakyat Malaysia yg berada di sini.. terubat jugalah rasa rindu pada musim raya di Malaysia.. :)

Hujan yang telah lama tidak membasahi bumi Urdun, telah turun di pagi Syawal yg mulia.. Subhanallah..Maha Suci Allah.. Hujan rahmat di pagi itu.. alhamdulillah...

1 Syawal 1430, kami dan semua warga Sweileh menyambut raya di kedutaan Malaysia-Jordan, Amman. Seawal 7.30am kami semua bertolak ke sana dengan menaiki bas yang pihak PPMAj sewakan.

Kami menunaikan solat raya bersama pada pukul 8 am di bahagian bawah bangunan kedutaan. Selesainya, kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama kami.

Seusai solat, kami dijamu makanan raya.. nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lodeh, bihun goreng dan juga beberapa jenis kuih-muih tradisional serta buah-buahan pencuci mulut.

kanak-kanaklah yg paling gembira di hari raya ni.. Bertemu ramai kawan dan dapat makan sedap-sedap barangkali.. (bukan duit rayalah..sebab xde edisi duit raya di sini..hehe..)

ok, kami kongsikan sedikit gambar-gambar raya kami di sini..

Uwais dan hanin yg gembira sambut raya..

bergambar di hadapan bangunan kedutaan

warga berkeluarga Sweileh bergambar bersama Ust Sulaiman

Kenang-kenangan..

Bersama keluarga Ust nasir dan yana@abu & Ummu Irfan yg pertama kali raya di Jordan

Uwais Amzar

Muhammad Irfanulhakim @ irfan

Hanin

Syarifah Nisrin @ Nisrin

sempat posing raya mereka berempat ni..

abi dan uwais

ummi dan uwais

Slot Salam Raya dengan Datuk dan Datin kedutaan

eceh.ceh..ceh.. ;)

ceria sungguh si irfan nih..

merenung langit yg luas..!

bergambar bersama Datin dan Datuk Embassy

sebelum pulang ke Sweileh.. then ke rumah K.Ina dan Ust Mujahid yang tidak hadir sama di majlis raya ini.. ;)


Selamat Hari Raya Semua..!! Maaf Zahir dan Batin.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”