Tuesday, September 15, 2009

Wida' Buat Ukhti wahida

Assalamu'alaikum wrt..

Kami sekeluarga ucapkan Selamat jalan buat ukhti Wahida Mansor yang telah pun bertolak ke Queen Alia International Airport, Amman untuk berangkat pulang ke Tanah Air setelah berjaya dengan cemerlang dalam pengajian Master Bahasa Arabnya di Jami'ah Urduniyyah.


Kenangan bersama-sama berangkat menjejak kaki ke Bumi Urdun tetap di hati.. Kenangan itu menjadi kenangan termanis sementelah ini adalah pertama kali buat kami hidup di perantauan. Harungi susah-senang bersama ke hulu-hilir menguruskan segala urusan pemastautinan hinggalah ke pendaftaran masuk ke jami'ah Urduniyyah.. saya ketika itu sedang mengandungkan Uwais 6 bulan lebih, turut ikut serta hubby, Wahida dan juga Ust Mahyuddin uruskan hal-hal tersebut. Terasa juga susah-payahnya berurusan dengan administration sini. huhu..

Sifat ringan tulangnya membantu saya di dapur tika di awal open house setelah dapat rumah sewa, membuat saya acapkali terkenang seketika jika di dapur.. hehe.. orangnya memang rajin.. tak banyak soal dah.. :)

Buat Wahida, terima kasih atas segalanya.. ukhuwwah fillah abadan insyaAllah..! Siiru 'ala Barakatillah..

p/s: moga dapat pula sambung PhD di sini.. cepat bertemu jodoh dan cemerlng dunia & akhirat , insyaAllah.. :) amiin..

5 comments:

Ahmad Munir said...

salam,
erk,wah2..dh ade si die ke?? xtahu pon...haha..berahsia btol my sist yg sorg nie...haha..akak nnti repot eh kalo ade..jgn tok arab jordan dh le...haha..

Ilyana Ar Razi said...

salam,

wahida dah habis dah, nak balik msia dah, cepatnya masa berlalu kan?

nanti akak tunggu ayu balik pulak :)

Unknown said...

to ahmad munir..

yg tu tak pasti tu.. ayat tu actually bermaksud moga2 cepat dapat jodoh je.. hihii.. mesti tak sabar tunggu kakak dia sampai ni.. :)

Unknown said...

to k.Yana Ar-razi:

akk.. tulah cepat je pulak rasanya.. tunggu tau kak ayu balik lak..jgn tak tunggu... hehe.. :) slm eid fitri mubarak!

Anonymous said...

Salam untuk Wahida, dah hantar msg tapi x dpt. Selamat maju jaya.

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”