Monday, September 14, 2009

Setelah Sekian Lama Menyepi..

Assalamu'alaikum semua..

Akhirnya.. internet di rumah kembali berteman.. :) alhamdulillah..
Selepas setelkan urusan pindah rumah sewa baru, urusan jamuan iftar sempena duduk di rumah sewa baru dan juga perhargaan buat mereka yg bertungkus-lumus membantu kami dalam urusan pindah rumah, akhirnya urusan tarkib internet lak.. lama jugalah nak urus pasang internet ni.. (hubby lah yg ulang-alik ke pejabat komunikasi ni) alhamdulillah akhirnya terpasang juga di rumah.. :)

Sekarang tak boleh lagi nak update cerita2 ramadhan, etc .. sebabnya anakanda kami, uwais sedang demam selsema yg agak teruk..

teruk tu sebab lama sikit daripada yg dia biasa demam sebelum2 ni.. merengek2.. makan pun kurang.. cuma kadang2 saja dia bergelak tawa bila rasa sedikit kebah.. tidur malam pun agak susah sejak berpindah rumah ni.. masih baru dengan suasana rumah barangkali. Dah bawa berjumpa doktor, dan diberikan suntikan antibodi dan vaksin. saya sapukan jugalah air tamar hindi (asam jawa) di kepala dan badannya agar cepat kebah! petua orang tua-tua.. Hari ni nampak Uwais ok sikit.. harap2nya anak umi dan abi cepat sembuh ye! ceria macam selalu.. :)

ok, selamat meneruskan ibadah puasa!
Wassalam.

-Bayt Amzar, Sweileh.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”