Friday, September 18, 2009

:: Salam EidulFitri Al-Mubarak ::

Assalamu'alaikum wrt,



Kami Di Bayt Amzar mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Eid Mubarak khususnya buat seluruh ahli keluarga di kedua-dua belah pihak di Malaysia. Segala salah dan silap harap dimaafkan. Tahun ini tak dapat beraya bersama kalian, hanya doa kami kirimkan agar kalian semua sentiasa dalam lindunganNya, amiin.

Ucapan EidulFitri juga buat semua ahli PPMAj khususnya dan juga semua yg berada di Jordan dan diperantauan amnya..

Tak Lupa sahabat2 seperjuangan di Malaysia.. InsyaAllah walaupun jauh, tapi sentiasa dalam ingatan.. :)

Jika ada salah silap di mana-mana yang masih tidak dimaafkan, kami mohon agar dimaafkan.. lumrah manusia, tidak lari dari buat kesilapan..

Selamat Hari Raya kepada semua Umat Islam! Maaf Zahir dan Batin.


yang jauh erat2kan, yang dekat mesra2kan,
Salam Ukhuwwah Fillah,
-Bayt Amzar-

1 comment:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Assalamualaikum,
Saya di Tanahair juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri kepada Ukhtie sekeluarga dan seluruh warga Malaysia yang berada di Jordan.

Untuk Uwais:
Ammu dapat beri ???JD ( duit raya angin je )

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”