Detik 23 Dis itu.. Penghujung tahun 2007 yang penuh bermakna kelahiran putera sulung buah cinta kami.. Kelahirannya di Bumi Urdun Memahat satu memori yang indah yang pasti mengajar kami lebih tabah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi si kecil membesar dengan sihat ke saat ini..
2 tahun sudah usiamu kini.. Penghibur hati Umi abi Penyeri rumah tangga kami..
Hanya Doa yang terbaik buatmu anakku Agar dirimu membesar dengan sihat yang terbaik untukmu di dunia mahupun akhirat Moga dirimu sentiasa dalam Rahmat dan PetunjukNya selalu Pejuang agama, bangsa dan negara tercinta..
Uwais Amzar Bin Mohammad Najib, Kau Anugerah.. Kau Amanah.. Buat Umi Abi..
Di Sini Umi paparkan satu video operasi ceasarean yang mana perkara yang sama pernah uwais lalui tika saat mahu lahir ke dunia.. buat tatapan dan ingatanmu satu masa nanti...
Note: 1) Kali ini uwais akan menyambut kelahirannya di atas Flight Kuwai Airways.. menuju destinasi Tanah Air tercinta.. Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang semula ke Jordan.. :)
2) Kami juga mengucapkan selamat pulang ke Tanah Air kepada adik Syed Iqbal Syed mohd Helmi yang akan meneruskan perjuangan persekolahannya di Malaysia.. beliau akan turut sama menaiki penerbangan bersama kami hari ini. Moga beliau tabah dan bersemangat dalam mencapai cita-cita hidupnya.. :)
Pada satu malam... beberapa hari yang lepas.. Uwais dengan 'main-main pondoknya'..
Uwais sedang tidurkan 'bubu harimau'@baby nya..diselimutkannya serta dialaskannnya bantal kesayangannya itu.. Kemudian bagi isyarat pada ummi 'syyy..' jari dibibir tanda meminta ummi senyap..baby mahu tidur.. alahai... kemudian meminta umi tolong ambilkan gambarnya bersama babynya menggunakan hp ummi.. Punyalah banyak suruh amik.. ummi tak layan, capai sendiri hp ummi snap sendiri gambar babynya.. haha..uwais..uwais.. macam-macam..
Pada hari ini, pagi tadi Uwais mengikut ummi ke kelas Tajwid di markaz Khansa'.. kerana abi ada urusan penting.. terlewat sikit ke kelas menyiapkan uwais yang di'paksa' bangun pagi.. kesian.. sampai sana, dia berkawan dengan anak ustazah yang mengajar ummi, 'abudi@Abdullah.. seronok dia dapat kawan.. :)
main dalam khemah.. :)
yang ni pula ketika berjalan keluar ke balad pada Sabtu lepas.. uwais tengah tunggu makanan yang dipesan tiba.. minum air dulu.. 'Mukhallal' dah lama sampai.. ;)di mat'am favourite kami, mat'am Qaherah..
Uwais nak ucapkan selamat pulang ke Tanah Air kepada 'ammu mahyuddin yang telah pun berjaya menamatkan pengajian M.A nya dalam bidang Fiqh wa Usul di Jami'ah Urduniyyah.
Semalam 'ammu dah pun berangkat ke Tanah Air menaiki Flight Emirates dan khabarnya telah selamat pun tiba ke Tanah Air tercinta hari ini.
Umi kata, dulu masa mula-mula menjejak kaki ke bumi Urdun, 'ammu, abi, umi dan kholah wahida berangkat bersama menaiki Flight Qatar kira-kira 2 tahun yg lepas. Masa tu uwais masih di dalam kandungan lagi. Antara mereka bertiga, tinggal abi saja di sini meneruskan perjuangan mengembara ilmu yang masih berbaki lebih kurang setahun lagi mengikut kontrak cuti belajarnya..
Dan buat 'ammu, selamat meneruskan perjuangan di Tanah Air pula dalam mengembangkan dan menyampaikan pula ilmu-ilmu yang telah ditimba di bumi anbiya' ini buat mereka yang dahagakan ilmu Allah ini.. InsyaAllah ada rezki kita berjumpa lagi di Tanah Air. Doakan kami semua di sini baik-baik saja dan dipermudahkan segalan urusan..
Hari ini ibu-ibu Sweileh sibuk menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan untuk satu program minggu hadapan. Kerjasama ini bermula seawal pagi hinggalah tenggelamnya matahari.. Nampak saja simple tapi lama juga nak menyiapkannya.. hehe.. Dengan bilangan kami yang sedikit, memang memerlukan masa yang lama.. Apa-apapun, syukur alhamdulillah semuanya sudah selesai.. umi pun dah terasa penat.. esok mahu ke balad pula.. packing2 barang pun belum siap apa pun lagi.. InsyaAllah khair.. :)
ok, rumah pun kawan-kawan dah bersihkan bersama tadi.. semua pun dah pulang ke rumah masing-masing, anak-anak sudah pasti ternanti-nanti kepulangan mereka.. hehe :D
Terima kasih sahabat2 semua.. Love u all..!! Jazakumullah khairan kathira..