Monday, June 29, 2009

:: UWAIS IN A TRIP ::

DIMASYQ, SYRIA (PERHENTIAN PERTAMA-DINNER)


***************************************************

HATAY




******************************************************

ADANA


*****************************************************

KONYA





*******************************************************

BURSA




*********************************************
ISTANBUL












*************************************************

KAPADOKYA





************************************************

KAYSERY



***********************************************

ALEPPO


*********************************************

HAMA



:: SWEILEH: KAMI KEMBALI ::

Assalamu'alaikum wrt..


Alhamdulillh kami semua selamat tiba di Bumi Sweileh, Amman setelah pemergian selama lebih seminggu ke Bumi Eropah Turkey dan Syria semalam.. banyak pengalaman menarik dan manis telah ditimba bersama..

tapi saya masih lemah dan kepenatan.. InsyaAllah akan diupdate tentang trip keTurkey kemudian..bila rasa badan benar2 terasa sehat ye.. Mungkin tunggu kak Ina dulu kot update.. hihii..

Ada berita gembira dan 'gembira' akan saya khabarkan.. tunggu...!!! :)

Ucapan penghargaan dan terim kasih kami kepada pihak penganjur trip: Ustaz hazimin dan Ustaz zaid atas usaha mereka merealisasikan trip berharga ini..

Alhamdlillah semuanya berjalan lancar atas bantuan dan lindunganNya..

syabas dan tahniah!!!


Selamat Tinggal Turkey: Selamat Jalan - Gule-Gule
InsyaAllah ada rezki dtang lagi..hihii..

Thursday, June 18, 2009

:: ZIARAH MAHABBAH WARGA EMAS AMMAN ::

Date: 18HB Jun 2009
Time: 11am-2pm

Place: GOLDEN AGE HOME, JUWAIDAH, AMMAN

Organizer: MSD Malaysia Amman.


Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.. semalam saya kurang sihat dan sedikit selsema dan batuk. Syukur Allah beri kesempatan pada saya untuk bersama-sama mengikuti program yang julung kali diadakan sejak saya bermastautin di bumi Jordan ni.

Saya memang minat untuk mengikuti ziarah mahabbah@kebajikan seperti ini. dapat saya lihat dari kaca mata sendiri keadaan warga emas yang ditinggalkan dan sekurang-kurangnya dengan ziarah kami ini dapat membuat hati mereka berbunga bahagia.. Saya dapat lihat sendiri suasana itu.. dimana air mata suci yang mengalir dari pipi mereka menunjukkan bahawa mereka sungguh terharu dan gembira. Sempat juga saya beramah mesra bersama mereka. Terasa rindu pula pada emak, abah dan atuk di Malaysia..sayu tetiba datang menerpa dalam diri..

Kami warga Sweileh, Amman yang berkesempatan hadir: saya dan uwais, family ust syed hilmi, ustazah hasliza dan ustazah nazirah, ustaz Nuh, hazwan dan syed Usama. Bertolak dari sweileh dan berkumpul di MSD sebelum bergerak bersama ke Destinasi yang ingin dituju. Setiap mantiqah (amman, Irbid, Mafraq, Mu'tah) menaiki van masing-masing. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 11am seperti waktu yang dijanjikan. Setiba di sana, para warga emas dan pekerja-pekerja sukarelanya sudah pun berkumpul di meja masing-masing.

majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari wakil golden age home diikuti oleh ucapan oleh Ust sulaiman mewakili MSD dan terakhir ucapan dari Dean Kuliah Syariah jami'ah Urduniyyah dan sedikit tazkirah disampaikan. Seterusnya penyerahan cenderahati buat mereka yang terlibat.


Ucapan dari ust Hj. Sulaiman

Para VIP jemputan (MSD, Ambassy Malaysia dan pihak management Golden Age Home)

adik-adik dari mantiqah lain

pakcik senyum.. :)


Disusuli jamuan makan tengahari bersama warga emas... adik-adik, kakak-kakak student malaysia makan sambil beramah mesra bersama warga emas dan berbual-bual sesama mereka. Sempat saya membawa uwais berjalan ziarah ke meja-meja makan mereka sebelum kami menjamu selera.

ain sedang melayan seorang nenek..
mesra melayani warga emas menjamu selera..
nenek yg sentiasa ceria!
nenek ni kurang selera makan.. kesian..
Nenek ni mula-mula nampak serius je, tak mahu bercakap sangat. Tapi bila saya ajak uwais duduk bersama dan salam beliau, senyuman mula terbit dari bibirnya.. :)

Uwais pula menjamu selera setelah penat meninjau nenek-nenek dan atok-atok.. ;)

menu laziz jiddan.. Saya kurang pasti tapi rasanya Kabsah.. hihii

Bergambar Kenangan

Kenangan bersama nenek sporting!

kenangan bersama atok senyum.. :)

Nenek ni nampak agak garang tapi baik je.. ;)

nenek yang sporting dan baik hati!

antara adik-adik yg ceriakan suasana

di ruang legar dan santai

menuju ke bilik2 sebelah wing kanan pula..

pemandangan dari luar pintu masuk golden age home

atok abu ahmad ( bilik beliau amat cantik (hilu) dihias beberapa keping gambarnya bersama King Abdullah dan bunga-bungaan gantung.. beliau adalh bekas pekerja bawah King dan atas jasanya King Abdullah berbesar hati menghiasi bilik ini dan diberikan peti sejuk peribadi.. aiwah..

uwais dah ajak balik..rindu kat abilah tu.. huhu (abi tak dpt join sekali sebab atas urusannya di jami'ah)


Sebelum pulang, ketika menanti tibanya van yang akan datang mengambil.. kita bergambar dulu..hihii



Di pintu utama Golden Age Home


uwais sayang abg khek!


Di dalam van, anak-anak semua terlena kepenatan..
tengoklah putera syed Khairi ni.. sungguh lena berbantalkan sejadah.. hihii.. penat yer abg kek.. ;)

uwais pun akhirnya lena dalam mimpi juga..
(oleh kerana blog ini adalah blog utama bg uwais, maka banyaklah gambar-gambarnya saja.. tujuan utama untuk atok, nenek, mak tok semua keluarga di Malaysia tengok perkembangannya.. :))


Sekian. Wassalam.

Nak buat preparation untuk ke jaulah esok. Turkey, here i come!!. Kepada sahabat2 minta doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang ye. amiin. syukran.

***********************
p/s: Sayangilah selalu ibu bapa anda. Hargailah dan jagalah mereka sebagaimana mereka menjaga mengasuh dan mendidik kita sedari kecil. Usahlah sesekali abaikan mereka kerana tiba masa kita juga akan ditempat mereka.. maka, berbuat jasalah sebelum kita terlambat, kerana sesalan diakhirnya tiadalah berguna.. sama-sama kita ambil iktibar! insyaAllah..

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”