Sunday, June 14, 2009

:: MOGA KAMI DIIZINKAN KE SANA ::

Assalamu'alaikum wrt...

Kami berharap sebelum pulang ke Tanah Air tercinta, dapatlah kami diizinkanNYA untuk menunaikan ibadah Umrah dan Haji tahun ni.. Ya Allah, kami bermohon padaMU agar cita-cita dan impian kami ini dimakbulkan olehMU.. maka Permudahkanlah urusan kami.. Hanya Engkau tempat kami bagi segala pergantungan harapan. amiin.

Saya ada dapat cerita dibawah ni dari salah seorang ahli qyc yahoogroups. Bacalah, moga beri satu manfaat!!

*******************************************************
Selain berniat menunaikan haji dan umrah, berniatlah juga untuk menziarahi Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasul s.a.w. yang bermaksud, “Barangsiapa yang menziarahiku di mana tidak penting baginya selain ziarah untukku, maka Allah pasti menjadikanku sebagai pemberi syafaat baginya di hari kiamat.” (HR At Thabarani dalam Al Mu’jam Al Kabir dan Al Haitsami dalam Majma’ Az Zawa’id)

Esok saya temui para kekasih... Muhammad s.a.w. dan para Sahabat! (pg115)
Tidakkah anda merindukan Nabi? Saya tidak ingin mengusik suasana indah kerinduan anda, namun saya akan beralih ke rasa rindu para Sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. agar perasaan anda semakin bertambah mendalam.

Lihatlah Bilal bin Rabah r.a. ketika beliau berada di ambang kematian. Isteri beliau menangis, dan mengatakan, “Sungguh ini sebuah bencana!” Bilal r.a. segera mengatakan, “Janganlah katakan ini adalah musibah... tetapi katakan , ‘Alangkah bahagianya kami...! Sebab esok saya akan bertemu dengan para kekasih’!”
Tidakkah ketika di dalam kapal terbang anda kemudian mengatakan, “Sebentar lagi, saya akan bertemu dengan para kekasih! Saya akan bertemu dengan Rasulullah s.a.w.!”

Semoga Allah membalasmu..
Salah seorang sahabat yang tinggal di Madinah, ibunya tinggal di sebuah suku di luar Madinah. Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Sahabat ini ingin mengunjunginya. Ia pun keluar pagi – pagi dari rumahnya untuk berangkat, tetapi kemudian kembali lagi ke rumah. Isterinya pun menanyakan, “Apakah kamu telah mengunjungi ibu?” Ia menjawab, “Tidak, saya akan mengunjungi beliau esok.”

Hari kedua tejadi lagi hal yang sama. Ketika isterinya menanyakan mengapa, ia menjawab, “Aku takut jika saat meninggalkan Madinah, ruhku dicabut, dan aku pun meninggal jauh dari Rasulullah s.a.w.!”

Mampukah anda bayangkan, betapa besarnya rasa cinta yang dimiliki para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w.?! Apa yang akan anda ketika anda berada di hadapan Rasulullah s.a.w.? Saya takut mengatakannya! Saya khuatir hati anda belum juga belajar bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w. Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menunaikan umrah? Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menemui Rasulullah s.a.w.? Janganlah sampai anda termasuk dalam orang – orang yang lemah rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w.

Jangan sampai ketika berada ‘dihadapan’ baginda, perasaan dan kepekaan anda masih saja dingin.
Saya rasa anda cukup baik, kerana hati anda telah terpenuhi oleh keimanan, dan rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul – Nya.

Anda sekarang berada di depan rumah Rasulullah s.a.w. Ambil jarak sekadarnya antara anda dengan Rasulullah s.a.w. dan rasakan “keberadaan” baginda. Baginda “mengucapkan salam” kepada anda. Berdirilah dengan penuh adab dan kerendahan hati. Tanyalah kepada diri anda, apakah Nabi s.a.w. senang dengan anda atau tidak?.... bertanyalah. .. Apakah anda betul – betul menjaga sunnah – sunnah beliau atau tidak....?

Apakah anda betul – betul mencintai beliau...? Saya khuatir jawapannya adalah....
Rindu Kami Padamu, Ya Rasul

Sekarang mari kita semak segala rasa yang tulus berikut, yang akan membakar hati dan menguasainya. Inilah kata – kata yang diucapkan oleh ahli ibadah yang bukan sahabat dan bukan juga tabiin. Tapi ini bukanlah sekadar kata – kata, melainkan perasaan tulus yang muncul dari hati yang tulus dalam bentuk kata – kata. Saya yakin insyaAllah, selepas menunaikan umrah, anda pun akan memiliki perasaan yang sama seperti mereka.

Sedia maklum, keadaan ketika ibadah haji amtlah sesak dan padat. Berjalan melewati rumah Rasulullah s.a.w. adalah hal yang amat sukar. Agar boleh ke sana, anda harus melalui laluan sempit dengan berjalan perlahan – lahan. Kebanyakan pintu masuknya ditutup, dan anda harus datang dari pintu yang jauh untuk sampai ke rumah Rasulullah s.a.w.

Suatu waktu saya pernah mengerjakan haji. Saat itu temptanya amat sesak dan padat. Dibelakang saya, ada seorang lelaki yang saya dengar berulang – ulang mengatakan,. ... “Saya betul – betul merindukan anda, ya Rasulullah!” Dia terus mengulanginya tanpa rasa bosan.
Demi Allah, ini adalah kata – kata yang mampu menggoncangkan hati.
Maaf Rasul, saya tertidur...!

Masjid Nabawi ditutup pada jam sembilan malam, sementara ketibaan pesawat adalah pada waktu yang lebih lewat dari itu. Suatu ketika penerbangan dari Mesir tiba di Madinah jam sepuluh malam. Ada seorang lelaki yang turun dengan pakaian paling menawan serta wewangian yang paling bagus.

Kami bertanya kepadanya, “Apa yang akan anda lakukan?”. Dia menjawab, “Saya akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.” kami katakan, “Pintu masjid sudah tutup sejak jam sembilan malam.” Dia bertanya kembali, “Jadi kenapa?” Kami katakan, “Tidur dan beristirehatlah sejenak, atau anda pergi ke pasar untuk membeli beberapa keperluan anda, dan besok InsyaAllah kita akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.”
Dia membalas, “Tidak! Saya tidak boleh menemui seseorang atau melakukan apapun sebelum mengunjungi Rasulullah s.a.w.!” Kami kembali mengatakan, “Tidur dan istirehatlah dahulu sampai pagi...” Selanjutnya dia berkata, “Saya tak mahu! Saya akan terus membaca al – Quran sampai pintu masjid dibuka, dan saya akan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w.”

Waktu itu, masjid dibuka pada pukul dua setengah pagi. Sangat menakjubkan. Lelaki itu ternyata tertidur, dan bangu pada jam empat pagi. Dia segera bangun dan menangis seraya berkata, “Apa yang harus saya katakan kepada Rasulullah s.a.w.? Ya Rasulullah, saya terlambat menemui anda dua jam, kerana saya tertidur!”
Bolehkah anda bayangkan betapa dalamnya keterikatan lelaki tersebut dan kerinduanya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.?!
********************************************************
(dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Haji)
- Di dalam buku Ibadah Sepenuh Hati tulisan Amru Khalid ini mengandungi bab – bab yang menyentuh berkaitan Solat, Haji, Doa, Zikir dan Al – Quran. Secara kasarnya, buku ini adalah himpunan syarahan Amru Khalid di Masjid Asy – Syaikh Mahmud Khalil Al – Khushari, Kairo. Setakat ini tiada lagi terjemahan di dalam bahasa Melayu, namun pembaca boleh mendapatkan buku versi Arabnya yang bertajuk ‘Ibadatul Mukmin dan juga dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk Ibadah Sepenuh Hati.-nota admin

6 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Assalamualaikum
Ummu Uwais dan seisi keluarga.
Saya doakan agar niat suci nak buat umrah dimaqbulkan Allah. Disana sampaikan salam saya kpd Rasulullah. Alangkah beruntungnya Uwais.
Sblm pulang ke M'sia saya sempat bawa isteri dan anak saya (Luqmanulhakim) pergi umrah. Masa tu Luqmanulhakim berumur 6 bulan. Kami pergi naik bas bersama rombongan dari Palestin. Hubungan kami amat mesra sekali sehingga mereka bersungguh2 mengajak saya & keluarga ke Palestin tapi masa tidak mengizinkan,saya xdpt tunaikan jemputan mereka itu.
Kini setelah 12 thn berlalu nostalgia di tanah suci segar kembali. Doakan saya dan seisi keluarga dapat ke sana agar terubat rindu saya kepada Rasulullah s.a.w. Amin Ya Rabbal 'alamin

jangan lupa ziarah blog saya

Unknown said...

Wa'alaikumussalam ustaz..

Amiin, moga2 makbul doa ustaz tu buat kami.. ;)

Dan kami juga doakan ustaz sekeluarga dapat ziarah dan beribadah haji lagi nanti.. amiin!

Memang untuk umrah tu, insyaAllah kami akan bawa bersama uwais tapi untuk Haji mungkin terpaksa tinggalkannya sementara..

Doa-doakanlah kami sekeluarga dapat ke bayt suci ni!!

syukran ustaz atas ziarah ke rumah kami.. :)

shoutulnisa said...

salam..
semoga uwais dan keluarga dalam keadaan sihat hendaknya nanti

Ilyana Ar Razi said...

salam,

ayu dan najib jangka balik msia bila?

insya allah, tak sempat haji, umrah pasti dengan izin Allah.

dengarnya nak gi istanbul, bila?

Unknown said...

salam ila shoutulnisa:

insyaAllah..amiin, syukran :)

Unknown said...

salam ila k.yana:

amiin doa akk.. insyaAllah xde aral melintang, thn depan sebelum raya kami blk malaysia dah..
so, thn ni je ada masa utk tunaikan haji..

kalaupun tak dapat haji, dapat umrah pun dah syukur sgt2.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”