Friday, June 5, 2009

:: CERITA DARI UWAIS ::

Assalamu'alaikum wrt..

alhamdulillah hari ini uwais sempat datang menziarahi cik Da (wahida) di rumah auntie Yuslina.. Uwais datang bersama ummi, umi Pah, Cik Nazz dan Cik Ct. kami datang ziarah pukul 10.30am tadi..

uwais dan Cik Da


Semalam abi dan ummi dapat berita yang Cik Da dapat kemalangan sikit ketika berjalan di Balad.. Cik Da terjatuh ketika mahu melintas jalan katanya.. Buku lalinya terlari dan Doktor di Hospital essra telah simenkan bahagian buku lali Cik Da.. Kesian Cik Da.. Tadi Uwais nampak Cik Da pegang tongkat dan kaki Cik Da berbalut..

Kalau nak tahu, dulu masa uwais baru lahir, ummi kata Cik Da selalu datang umah tolong ummi jagakan uwais sementara abi belum blk dr kuliah.. Tapi Cik Na pun selalu juga datang..siap masakkan lagi!! Terima kasih semua..!! Uwais sekuarga sangat terharu... :)

ok, Uwais doakan moga Cik Da cepat baik dan ma'annajah bittaufiq untuk Imtihan Syamil bulan Julai nanti.. amiin.

************************
Petangnya pula lepas solat asar, uwais bersama abi dan ummi pergi ke rumah kakak Hanin hantar balas bekas.. uwais sempat main jap dengan kakak Hanin. Lepas tu kami pergi ke Sweileh Gharbi makan di Nana Brostad.. saja jalan-jalan amik angin.. :)

************************
Semalam balik dari hantar 'lambai' Cik Ara dan Ude, kami singgah kedai buah. Dapat jumpa satu buah baru musim ni, Buah Tut.. sejenis berry lah.. satu bekas sedinar. Best... lemak2 manis rasanya.. alhamdulillah dapat rasa juga.. hihii..


************************

ok, Jumpa lagi semua...!! ilalliqa'..


posted by,

2 comments:

Ilyana Ar Razi said...

lama tak dengar kabar berita kak yus dan wahida.
diaorg takde blog ker?

Unknown said...

Alhamdulillah, diorg ok.. blog tu, rasanya takde lg kot.. busy kak.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”