Assalamu'alaikum wrt...
(fwd email from ummiku-sayang@yahoogroups.com)
sangat baik untuk dijadikan iktibar dan muhasabah diri, insyaAllah..
(fwd email from ummiku-sayang@yahoogroups.com)
sangat baik untuk dijadikan iktibar dan muhasabah diri, insyaAllah..
**************************************************
Salam ummies,
FWD: NICE NASIHAH to share : POSITIF
Saya akui memang agak susah untuk kita melupakan apa yang orang perli kat kita. Kita susah nak melupakan apa yang orang sekeliling komen negatif pasal kita, apa yang diorang ketawakan kita dan apa yang diorang pandang rendah pada kita.
Tapi, saya ingin beritahu anda. Lebih banyak Anda ingat semua tu, lebih mudah untuk Anda melemahkan diri sendiri, lebih banyak Anda bertemu dengan situasi yang membuat Anda semakin susah, semakin bermasalah.
Fikiran kita membentuk realiti kita. Apa yang ada difikiran kita akan muncul dalam realiti sebenar hidup kita. Kita fikiran kita buruk, maknanya realiti hidup kita akan menjadi buruk juga, dipenuhi masalah yang buruk-buruk belaka.
Lupakan pasal orang, ingat selalu pasal diri sendiri. Dari fikiran Anda asyik sibuk memikirkan hal orang, lebih baik ia digunakan untuk memikir soal-soal memajukan lagi diri sendiri. Rugi Anda gunakan tenaga mental asyik melayan apa yang Anda tak puas hati, apa yang membuat Anda sedih.
Apa yang kita fikir pasal orang, itu juga yang akan kita dapat nanti. Kita bersangka buruk dengan orang, kita sendiri akan buruk juga nanti. Kita sendiri yang akan ditempa musibah, kesusahan, permasalahan atau ketidakselesaan hanya kerana kita selalu mengingat apa yang kita tak puas hati.
Fikiran kita akan memberi balik apa yang kita fikirkan pasal orang lain dalam apa jua situasi.
Sebab itulah perlunya kita bersangka baik, berfikiran baik-baik pada semua orang, dalam apa jua situasi di mana jua Anda berada supaya hidup kita senang nanti. Anda akan dapat berjumpa dengan orang yang baik-baik, situasi yang baik-baik dan hidup Anda selesa, membuat Anda gembira. Fikiran yang baik, akan menjadikan hidup Anda baik.
Kita semua pernah bersangka buruk dengan orang lain, jiran kita, kengkawan kita, sedara kita bahkan adik-beradik kita sendiri. Saya pernah. Disebabkan saya bersangka buruk dan asyik mengingat apa yang membuat saya tak puas hati dengan diorang, akibatnya saya ditemukan dengan banyak kesusahan.
Rezeki menyusut, emosi tertekan, kesihatan terganggu, tak bersemangat, things get out of control bagaikan ada ‘badi’ buruk melekat di badan saya.
Rupa-rupanya sangkaan buruk yang saya lemparkan pada orang-orang disekeliling saya akhirnya kena pada diri sendiri. Jangan biarkan kesilapan saya turut berlaku pada Anda.
Maka, itulah faktor mengapa saya menyarankan Anda agar selalu memaafkan orang-orang yang pernah menyakiti hati Anda. Maafkan saja, lupakan terus dan jangan pernah cuba ingat lagi walaupun sedikit.
Untuk kesan berpanjangan, doakan kemurahan rezeki mereka, doakan kesejahteraan mereka, doakan kebahagiaan mereka. Apa yang kita doakan pada orang, itu juga yang akan terjadi pada diri kita serta merta.
Kita tak boleh menentang arus hidup, mengubah hidup atau ‘fight the life’. Kita akan sentiasa kalah. Cara terbaik adalah memahami hidup ini sehabis baik, mengamatinya lalu mengikuti arus alirannya.
Hidup ini umpama sebatang sungai. Andai kita menentang arus, kita akan kepenatan, akhirnya hilang tenaga lalu lemas terkapai-kapai. Andai kata kita mengikut arus sungai, kita akan sampai ke satu destinasi yang mungkin dipenuhi kebahagiaan dan pelbagai keajaiban.
Mulai hari ini, latih diri Anda untuk lupakan perlian orang pada Anda, walau seburuk manapun ia. Mengingatnya hanya akan membuat Anda kekal dalam perangkap pemikiran negatif, yang akan membuat Anda melakukan tindakan-tindakan negatif lantas menghasilkan perkara-perkara negatif yang tak disangka-sangka berlaku.
Misalnya, Anda lambat pergi ke tempat kerja, asyik terperangkap dalam kesesakan jalan raya, asyik dalam emosi tertekan, marah-marah tak tentu pasal, dilanda masalah kewangan, orang sekeliling tak suka duduk berhampiran dengan Anda, kerja Anda sentiasa bermasalah, perniagaan Anda merosot tetiba.
********************************************
"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."
No comments:
Post a Comment