Assalalamu'alaikum wrt...
Alhamdulillah... rasa sakit semalam sudah beransur pergi.. cuma masih tinggal lemah2 badan yang berbaki... hope feel much more better then.. Terima kasih semua yang mendoakan... :)
SAKIT
Puncanya mungkin sebab makan makanan pedas2 sejak minggu lepas... saya memang dah ada gastrik.. makan pula kalu takde pedas, tak lalu makan.. 'lupa' yang diri ni ada gastrik, makan pedas2 sampai 'syok' sangat! huhu.. tapi itu mungkin hanya penyebabnya, dari Allah jua datangnya sakit dan dariNya juga segala Penyembuh kkesakitan.. semuanya terkandung hikmah.. ia juga sebagai kifarah dosa.. :)
Bila dah jatuh sakit, semua kerja pun banyak terbengkalai.. terpaksalah hubby sorang2 kendalikan rumah.. dari kerja-kerja rumah, bersihkan anak, sediakan makanan.. terasa juga diri bersalah sebab tak dapat jalankan tugas seperti biasa.. kesian hubby yang sedang study untuk final examnya hari ini.. Jadi saya cuba juga kuatkan diri, bila tengok hubby tak dapat focus dengan baik studynya..
semalam saya dah mula boleh bangun. walaupun pergerakan agak perlahan dan tak boleh berdiri lama-lama.. sempat ke klinik berhampiran dan sebelum itu menjengah ain yang sedang bertungkus-lumus packing barang2.. saya dan hubby hantarkan kotak untuk mereka gunakan.. Bila dapat keluar tu, rasalah sedikit lega.. Balik dari klinik tu terjumpa pula K.Ina dan anak2nya.. Berbual sebentar, terasa sedikit release masa tu.. ;)
sampai je rumah, tetiba terasa lemah2 kembali.. rehat jap dan minum air cuppucino panas, solat maghrib!
dan pagi ini.. nasihat hubby " jgn dimanja2kan.." suruh saya take shower bagi segar sikit.. :) sempatlah juga melipat kain baju yang banyak hari tersadai.. tapi kejap2 berehatlah..terasa badan lemah-lemah lagi.. saya kata pada hubby "pergi jelah library.. umi ok.. " hari ini, petang ni kul 3pm, imtihan niha'i nya.. just this one paper! ma'annajah bittaufiq abi! terima kasih atas segala-galanya.. :) (lps ni mesti abi jwb, la syukra 'ala wajibah!) hehe
saya pula ada kelas bahasa arab arini.. Ara dan ain rasanya tak dapat pergi sebab uruskan hal-hal sebelum kepulangan mereka ke tanah air.. huhu
UWAIS, UDE dan KOTAK
Cerita kelmarin.. sebelum saya betul2 jatuh sakit dan tak berdaya.. sempatlah saya temankan Ain@ude carikan kotak2 di Tol Kareem.. Uwais pun turut bersama tolong cari! Dengan menggunakan khidmat 'stroller'nya.. saya bawa kotak2 tu mengusung ke rumah.. alhamdulillah mudah dan senang Allah bagi pada kami dalam urusan pencarian kotak tu.. Pergi je terus dapat kotak! alhamdulillah.. banyak jugalah dapat..walaupun ada kotak2 yang kami jumpa sebelum tiba ke Tol Kareem telah sempat diambil orang..huhu..Gara-gara Ude memujuk Uwais yang nangis bila sedar saya tiada di situ (balik ambil strollernya).. ;)
erm, sekurang-kurangnya dapat ajar Uwais berbuat jasa pada orang..bantu orang lain yg memerlukan.. hehe.. pandai pulak dia nak angkatkan kotak2 tu..
Balik dari cari kotak-kotak tu, saya dah mula sakit perut..terasa angin dah mula masuk.. Rumah pula x masuk air lagi..saya minta izin stay rumah ain.. Tak sempat tolong banyak pun kemas barang2 ain, saya dah terpaksa berhenti.. lps solat asar, terbaring di bilik bukunya.. huhu.. mula-mula uwais meragam, tapi lama-lama dia dah mula biasa dengan ude dan 'ammunya.. temankan udenya sambung mengemas dan mulutnya tak berhenti-henti bercakap.. :D
Dah tak tahan sangat sakit, saya telefon hubby minta balik segera dari library.. Baru dapat turun ke rumah.. hubby urut2kan sikit.. maghrib tu awah datang bersama Hanin dan abinya.. Alhamdulillah rasa lega bila dpt urutan 'ala-ala pakar' dr awah.. hihii.. bolehlah lps ni ambil khidmat urutan muslimah ye mama! ;)
Sehingga tulisan ini ditulis, saya dah rasa segar sikit.. Alhamdulillah..alhamdulillah... syukur.. :) erm , nk prepare ke kelas lah..!!! huhu, nampaknya pergi berdua saja dengan K.Pah! makin sunyilah kelas tu lepas2 ni.... K.Ina, bila nak join? hehee
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
6 comments:
hoho.. kisah sambungan berita dan kotak ni. haha. ade jugak batalion2 membantu mencari kotak. alhamdulillah. hehe
salam...
Allahu yashfiki syifa'an 'ajilan ya ukhti...
jaga diri dan kesihatan yer...
Insyaallah kak shila.. pg ni tetiba rasa sakit balik perut.. last fasalah kot.. huhu.. byk betul angin kuar!
insyALLAH blh lah kite same2 bukak bayt tadlik muslimah..hehe rumah urut muslimah..khas muslimah je! hehe
kalu join mesti havoc dgn kanak2 rebina, nnti tak dapat pula...hehehe.
Ayu, capucino tu tak baik untuk gstrik, tea pun, tea tak sesuai ambil lps makan coz ia melambatkan pencernaan. Ambil nesquick takpe.
Rest, ok.
salam kak ina..
oo..yeker.. tea tu ayu tau lah tp cappucino tak tahu lak..hihii..
ok, insyaAllah ayu ambil nasihat ni..:) terima kasih kak!
huhu.. klas tu 1 jam je sbnrnya..tp tulah ayu pun terpaksa bw uwais (bila g setengah jam mula ajak main dan ajak kuar..huhu..tp cikgu kata biar je.. tak marah pun..'haram' katanya kalu marah.. kih3x..sekurang2nya ajar biasakan uwais suasana belajar dr kecik..
ni abinya dh abis paper2, blhlah kot tlg jagakan sementara ayu g klas.. ;)
Post a Comment