Assalamu'alaikum wrt...
Uwais Amzar setelah 1 Tahun 5 Bulan:
LAGAK 'HERO'
'Hero' dalam ertikata 'Hero Cilik' lah...
- Dalam masuknya umur uwais setahun 5 bulan menjangkau ke setahun setengah bulan ni, aktiviti-aktivitinya menunjukkan pelbagai aksi ala-ala hero gitu.. Uwais suka sangat lakukan aksi melepas tangan di atas apa-apa benda yang dia boleh berdiri.. apa saja, asal dia dapat lakukan aksi tersebut. Saya pun tak tahu dari mana dia dapat idea ni...
Salah satu aksinya bila saya duduk bersimpuh dan badan sedikit mengereng.. Uwais mesti datang dekat dan akan cuba berdiri dengan memijak belah pinggul dan pinggang saya secara perlahan-lahan dan cuba melepaskan tangannya ke atas.. ala-ala orang buat aksi gimnastik berdiri atas tali tu.. Bila dapat berdiri tegak, uwais mulalah tepuk tangan tanda gembira sambil mulut berbunyi yeay..! Huh, terkejut juga saya. Manakan tidak sebenarnya uwais ni sedikit gayat bila duduk tinggi2 @ dilambung2 atas.. tapi aksi macam ni boleh lak dia buat tanpa rasa takut!! Dah banyak kali jugalah dia buat camni tanpa saya sedar..tetiba dah berdiri atas saya!
Lagi satu Uwais ni suka juga buat aksi heronya ni dengan penggantung besi baju Ude&'ammunya yang ditinggalkan sementara di rumah kami. Mulalah buat aksi2nya tu bila masuk bilik tidur! yang tak tahannya masa kami tgh solat tu.. duk bagi isyarat suruh kami tengoklah.. selesai solat, kami tengok2kanlah.. Bukan main sukanya dia dapat berdiri tegak atas besi yang dibawahnya sambil tangan naik ke atas! tepuk tangan gembiralah sakan.. tak cukup dengan tu, berlari-lari pusing kami tunjuk tanda gembiranya sambil ketawa.. Bila tak jadi aksinya tu, mukanya tampak malu lah pulak... huhu.. uwais..uwais..
Kadang-kadang kalau saya dan abinya sedang duduk atas sofa, uwais boleh lak berdiri atas peha kami.. nak juga naik tu.. dah cakap nanti jatuh.. nak cuba jugak.. tapi saya sambil pegang lah dia takut terjatuh.. Berdiri atas kereta bombanya pun selalu.. macam 'ala-ala' mat rempit lah pulak.. aduh dik.. tak mahulah camtu.. pelik saya, tak tau dari mana dia blh dapat tu..bukannya duduk kat Malaysia boleh tengok mat rempit sana-sini.. hehe.. mungkin perkara ni normallah kot aksi2 anak-anak aktif.. ada-ada saja ideanya.. ;)
SEBUTAN
- Alhamdulillah dah banyaklah juga perkembangannya dari segi sebutan dan percakapan tiap hari.. Sekarang ni sambil-sambil ajarkan dia sebut beberapa arab words dan English Words.. macam Kholas (habis), har (panas), iftah (buka), khuz (ambil).. etc dan towel, ball, change, pampers, take.. perkataan-perkataan biasa tiap harilah.. tapi still banyak berbahasa melayu jugalah.. tak naklah juga sampai tak reti lak bahasa ibunda tercinta!
Alhamdulillah dia boleh ikut bila kita sebut acapkali.. Dia dah mula nak bercakap ni, eloklah rasanya biasakan bercakap je dengannya.. :)
Dengar khabarnya kakak Hanin pun dah semakin maju dalam sebutan-sebutan arabnya.. :) ting tong..!!! Ha mama, loceng Uwais dah berbunyi ni.. hihii.. dah 2 hari kakak hanin x datang jalan.. nanti uwais datanglah sana.. insyaAllah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment