Wednesday, June 10, 2009

:: SELAMAT BER'UMRAH' KAKAK.. ::

Assalamu'alaikum wrt...

Uwais dan Family nak ucapkan selamat menjalani ibadah Umrah istimewa buat Kakak Hanin serta Mama Marwah dan Abi Sagol yang akan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada petang ini.

"Ya Allah, mudahkanlah urusan mereka.."

Uwais sekeluarga mendoakan agar kalian dapat menjalankan ibadah tersebut dengan baik dan lancar.. InsyaAllah ada rezeki nanti kami pula akan menyusul.. Doakanlah untuk kami sekali agar dapat jalankan Kedua-Dua Ibadah Umrah dan Haji tahun ini.. amiin.

Tak lupa juga doa dan ucapan untuk 'ammu-'ammu Muhammad, Baith dan Quds yang juga akan berangkat ke tanah Suci Mekah pada pagi ini.

Doa kami semua moga Allah permudahkan urusan kalian di sana.. Dan dalam kesihatan yang baik-baik selalu sepanjang mengerjakan umrah.. amiin.

.: SELAMAT PERGI DAN PULANG!! :.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”