Saturday, June 13, 2009

:: RONDA-RONDA KOTA ::

Assalamu'alaikum wrt...

Dalam 2 hari ni Bayt Amzar berkesempatan keluar berjalan bersama sementara abinya sedang 'free' dari masa-masa 'busy'nya untuk hal-hal studynya di sini.. Kami ronda-ronda sekitar Amman ni.. Kebetulan pula sudah pernah berjanji membawa K.Pah sekeluarga meneroka Balad Amman a.k.a Town lah.. ;) Jadi destinasinya ialah sekitar Balad dan juga Muhtar Mall (riadah keluarga).

BALAD
13hb jun 2009: Keluar rumah dalam pukul 9am dan pulang dalam pukul 1.30pm. Banyak jugalah bawa mereka pusing-pusing. Terutama sekali tempat yang paling K.Pah ingin tuju iaitu stor jubah..hehee.. kan K.Pah? ;) Sesekali aktiviti sebegini keluar bersama keluarga dapat juga rehatkan minda dan merapatkan lagi ikatan ukhuwwah yang sudah terjalin.

sedang memilih baju untuk anakanda

Pilihan jubah dan baju kanak-kanak yang ada.. Jubah kanak2 boleh dpt sekitar 2JD-4JD!!

Antara pilihan jubah yang ada.. yang ni harga sekitar 15Jd-18JD, kalau di Malaysia dah ratus2 rasanya..

Puas hati K.pah dapat jumpa kedai-kedai murah ni.. ;)

Lorong-Lorong jualan jubah dan jenis2 pakaian harian. agak murah dan banyak pilihan! kira macam gudang pakaian lah..

kedai rempah ratus favourite kami selalu.. lebih banyak pilihan dan teratur!

jalan raya balad yang sentiasa sibuk

ikan fresh hidup pun ada dijual.. tak tahu apa nama ikan ni..

Jualan Rempah ratus sepanjang jalan..

lagi deretan rempah ratus..

Pelbagai jualan runcit

Singgah sebentar di mat'am Qaherah, pilihan favourite kebanyakan melayu berhenti rehat dan menjamu selera.. Menu-menunya amat menepati citarasa! Kebetulan sempat bersalaman dengan beberapa akhawat dari Mu'tah dan mafraq yang datang berkunjung sempena cuti ni..

salah satu maktabah pilihan abi untuk keperluan bacaan dan rujukan studynya

dalam perjalanan terserempak pula para pelakon drama bersiri terbaru di Malaysia, 'Nur kasih' yang sedang ditayangkan sekarang. saya tak ingat nama yang pelakon muda ni, tapi yang sebelah kiri saya tu adalah Liza Othman. Kebetulan beberapa hari lalu saya terbuka laman tv3.com.my dan tengok ada drama terbaru ni..jadinya masa jumpa diorang ni, saya terus kata "shooting untuk 'Nur Kasih' ye?" Diorang agak terkejut sebab saya boleh tahu. saya kata sebab tengok 'internet!' Alangkah baiknya kalau mereka bertudung litup seperti ini hingga diluar penggambaran juga.. cantik dan manis!

k.pah dan anak-anaknya turut bergambar bersama..



BOWLING
12hbjun 2009:
Pagi Jumaat tu tetiba abi ajak keluar after solat jumaat ke Muhtar mall, main Bowling katanya.. Sesekali beriadah bersama keluarga dalam outdoor aktivities.. Kebetulan pula sebelum solat tu, Ust syed call abi dan kami mengajak sekali familynya untuk berjalan bersama. Alhamdulillah tengok anak-anak ceria dan gembira sepanjang petang tu. Kami main hanya satu set game je, tapi cukuplah buat kami semua gembira dan rapatkan ukhuwwah tu!

anak-anak pun nak main juga..

Buat teman-teman Di Malaysia, Ahleen ila Urdun! :)

Wassalam.

4 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Assalamualaikum.
Gambar gambar tu telah mengimbau masa silam saya di Amman.Mat'am Qaherah memang terkenal dari dulu lagi. Disinilah tempat persinggahan kami dulu. Kalau kat bas stand "roghdam " koktailnya memang best. Sebut je Koktail terliur pulak saya ni.

Unknown said...

wa'alaikumussalam ustaz..

memang saya dapat tahu mat'am qaherah (mesirian)sejak dari dulu menjadi 'port' kunjungan selalu kita org melayu.. :) mmg best!! dan byk choice!

selain koktail tu, satu lagi gerai jual air tebu fresh. selalunya mmg tidakkan kami lepaskan peluang membelinya sebelum pulang ke rumah.. :)

InsyaAllah ustaz, ada rezki ustaz boleh dtg ke sini lagi.. ahleen!

Ain Allen said...

jealous! shopping reramai eh! hehe.. rindu kalian! rindu uwais! :p

Unknown said...

ila ain-allen:

hehe..cepat2lah balik sini semula.. kih3x.. lagi ramai g shopping! haha.

rindu ain juga! take care!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”