Saturday, June 6, 2009

:: DEDIKASI ISTIMEWA BUAT 'EMAK' ::

Assalamu'alaikum wrt...

Hati benar-benar rindukannya.. Seorang Insan yang telah melahirkanku.. yang banyak berkorban.. yang banyak memberi semangat..Kaulah segala-galanya... 'Emak'..

Sekarang emak berada di KL menemani kakak kembar saya yang hanya tunggu masa saja untuk melahirkan anak sulungnya..

Berkali-kali cuba call, tapi hampa.. mungkin emak sedang berada di hospital menemani kembar saya yang dibagitahu tadi telah ditahan di wad..

Mulanya saya memang tergerak nak call rumahnya ingin bertanya khabarnya kerana dah tak sabar nak tunggu baby baru ahli keluarga kami keluar. :)

Tetiba tengok message di hp, bagitau 'ateh dah kat wad, tengah tunggu masa saja, katanya dah buka 3cm.. hingga sekarang masih menunggu berita gembira tu.. moga semuanya selamat.. Tak cukup dengan tu, saya tanya pula k.ngah dah keluar belum babynya.. dia kata belum dapat apa-apa berita lagi..nanti kami bagitahu kalau dah keluar. K.ngah sefamily balik bercuti di kampung Kuala Pilah, sebelah abang ipar.

Di Felda Purun, hanya yang tinggal abah bersama 2 orang adik perempuan saya, Mak Su dan Acik Ah Uwais.. baru sebentar call tadi, mereka kata x dapat apa-apa berita lagi.. huhu..

saya pula ter'excited'.. tulah hari ni pun saya rasa lemah semacam.. terasa mahu baring-baringan je..terasa mengantuk sangat2.. maybe lah merasai juga keadaan kakak kembar saya tu.. harapnya beliau terus diberi kekuatan saat melahirkan ini...




Teringat satu hari, saja berjenaka dengan mak tentang uwais nak adik.. mak kata tunggulah balik Malaysia nanti.. huhu.. saya rasa bukannya emak tak bagi untuk uwais ada adik buat masa ini, tetapi saya sangat kuat rasa sebenarnya emak nak juga merasa menjaga saya dan anak sepanjang masa berpantang disebabkan beliau sedikit terkilan tak dapat jaga saya tika bersalinkan uwais lebih setahun lepas.. Itulah nilainya seorang emak@ibu@mama..sehingga kita sudah ber'anak' pun tetap mahu dijaganya.. sungguh mulia pengorbanan seorang ibu itu.. :')

begitu juga mak mertua.. 'Emak' pada pandangan saya adalah seorang yg cukup tabah dalam hidupnya.. kehidupan yang susah suatu ketika dahulu tak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam hidup.. sehingga sekarang pun walaupun selepas kematian suami tercinta, 'emak' masih kuat dan sentiasa ada di sisi anak-anaknya bila memerlukan.. Beliau juga emak yang 'sporting! hehe.. terima kasih emak kerana telah terima ayu seadanya sebagai menantu emak.. terima kasih juga atas segala teguran dan nasihat.. ayu hargainya! :)

Emak.. Ayu doakan agar emak sentiasa diberikan kesihatan yang baik-baik.. Moga allah sentiasa melindungi dan memelihara emak di mana-mana pun berada.. ayu hanya mendoakan yang terbaik buat emak..Biarlah rasa Rindu yang terpendam itu bertaut tika Doa kita kepadaNYA.. amiin..

Tak lupa juga abah yang juga amat dirindui... Moga semuanya baik-baik selalu.. jangan kerja berat2 sangat tau.. ! jaga kesihatan selalu..

Miss u All so Much!!!!

2 comments:

Ilyana Ar Razi said...

begitula hebatnya seorang "ibu".
smg kita semua juga berusaha mendidik dari menjadi "ibu" yang terbaik untuk anak2 kita kelak.
hebat jugak "telepati" si kembar!

Unknown said...

ila k.yana:
betul kak..

ibu.. kasihnya hingga ke hujung nyawa.. subhanallah!!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”