Time: 11am-2pm
Place: GOLDEN AGE HOME, JUWAIDAH, AMMAN
Organizer: MSD Malaysia Amman.
Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.. semalam saya kurang sihat dan sedikit selsema dan batuk. Syukur Allah beri kesempatan pada saya untuk bersama-sama mengikuti program yang julung kali diadakan sejak saya bermastautin di bumi Jordan ni.
Saya memang minat untuk mengikuti ziarah mahabbah@kebajikan seperti ini. dapat saya lihat dari kaca mata sendiri keadaan warga emas yang ditinggalkan dan sekurang-kurangnya dengan ziarah kami ini dapat membuat hati mereka berbunga bahagia.. Saya dapat lihat sendiri suasana itu.. dimana air mata suci yang mengalir dari pipi mereka menunjukkan bahawa mereka sungguh terharu dan gembira. Sempat juga saya beramah mesra bersama mereka. Terasa rindu pula pada emak, abah dan atuk di Malaysia..sayu tetiba datang menerpa dalam diri..
Kami warga Sweileh, Amman yang berkesempatan hadir: saya dan uwais, family ust syed hilmi, ustazah hasliza dan ustazah nazirah, ustaz Nuh, hazwan dan syed Usama. Bertolak dari sweileh dan berkumpul di MSD sebelum bergerak bersama ke Destinasi yang ingin dituju. Setiap mantiqah (amman, Irbid, Mafraq, Mu'tah) menaiki van masing-masing. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 11am seperti waktu yang dijanjikan. Setiba di sana, para warga emas dan pekerja-pekerja sukarelanya sudah pun berkumpul di meja masing-masing.
majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari wakil golden age home diikuti oleh ucapan oleh Ust sulaiman mewakili MSD dan terakhir ucapan dari Dean Kuliah Syariah jami'ah Urduniyyah dan sedikit tazkirah disampaikan. Seterusnya penyerahan cenderahati buat mereka yang terlibat.
Disusuli jamuan makan tengahari bersama warga emas... adik-adik, kakak-kakak student malaysia makan sambil beramah mesra bersama warga emas dan berbual-bual sesama mereka. Sempat saya membawa uwais berjalan ziarah ke meja-meja makan mereka sebelum kami menjamu selera.
Nenek ni mula-mula nampak serius je, tak mahu bercakap sangat. Tapi bila saya ajak uwais duduk bersama dan salam beliau, senyuman mula terbit dari bibirnya.. :)
atok abu ahmad ( bilik beliau amat cantik (hilu) dihias beberapa keping gambarnya bersama King Abdullah dan bunga-bungaan gantung.. beliau adalh bekas pekerja bawah King dan atas jasanya King Abdullah berbesar hati menghiasi bilik ini dan diberikan peti sejuk peribadi.. aiwah..
uwais dah ajak balik..rindu kat abilah tu.. huhu (abi tak dpt join sekali sebab atas urusannya di jami'ah)
Sebelum pulang, ketika menanti tibanya van yang akan datang mengambil.. kita bergambar dulu..hihii
Di dalam van, anak-anak semua terlena kepenatan..
tengoklah putera syed Khairi ni.. sungguh lena berbantalkan sejadah.. hihii.. penat yer abg kek.. ;)
uwais pun akhirnya lena dalam mimpi juga..
(oleh kerana blog ini adalah blog utama bg uwais, maka banyaklah gambar-gambarnya saja.. tujuan utama untuk atok, nenek, mak tok semua keluarga di Malaysia tengok perkembangannya.. :))
Sekian. Wassalam.
Nak buat preparation untuk ke jaulah esok. Turkey, here i come!!. Kepada sahabat2 minta doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang ye. amiin. syukran.
***********************
(oleh kerana blog ini adalah blog utama bg uwais, maka banyaklah gambar-gambarnya saja.. tujuan utama untuk atok, nenek, mak tok semua keluarga di Malaysia tengok perkembangannya.. :))
Sekian. Wassalam.
Nak buat preparation untuk ke jaulah esok. Turkey, here i come!!. Kepada sahabat2 minta doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang ye. amiin. syukran.
***********************
p/s: Sayangilah selalu ibu bapa anda. Hargailah dan jagalah mereka sebagaimana mereka menjaga mengasuh dan mendidik kita sedari kecil. Usahlah sesekali abaikan mereka kerana tiba masa kita juga akan ditempat mereka.. maka, berbuat jasalah sebelum kita terlambat, kerana sesalan diakhirnya tiadalah berguna.. sama-sama kita ambil iktibar! insyaAllah..
4 comments:
Assalamualaikum.
Tahniah atas program yang diadakan. Sungguh menarik sekali- semoga kerja amal seperti ini akan diberkati oleh Allah.
Juga Tahniah atas program rehlah ke Turki. Selamat bermusafir
syukrn ustaz..
pagi tadi baru tiba rumah setelah pemergian ke turkey dan syria selama lbh seminggu..
penatnya usah dikata.. tapi tetap gembira.. :)
wah.. mesti gune cam baru kan.. nampak lain mcm jer.. :p hihi lalalala~
ain..
eh..mana ada camera br lg ms ni.. camera hp tu lh.. ;)
hihiii.. jdnya mntop jgklh hp ni..kih3x...
Post a Comment