Friday, April 11, 2008

MEMILIH PASANGAN

MEMILIH PASANGAN

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan
antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini
dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila
hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada
pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut
akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir
dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada
orang yang suka membujang sampai ke tua.Berkahwin adalah sunnah Rasulullah
saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat
kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan
yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam
berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum
memilih seseorang sebagai pasangan hidup.Islam menegaskan pilihan hendaklah
berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia
serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai
lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya,
kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana
boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya.
Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi
beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

" Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok
rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan
akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia
kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya
dan eloknya. "

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan
kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama
serta berakhlak mulia,kerana bila isteri itu kuat beribadah akan
membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya
ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh
beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam
mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan
Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah
swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus
rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan
menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan
dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.
Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan
mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami
dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga
aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat
agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama
memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang
mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan
kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa
seorang lelaki yang beristeri wanita solehah > bererti dia telah mendapat
satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang
diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:

" Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia
telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu
syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian
dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.> ">

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga
yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya
oleh Rasulullah saw:

" Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada
Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah,
jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik
kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan
harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami
jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga
terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan
persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang
tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang
tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan
anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,maka
sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.> ">

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
isteri berbanding dengan janda.Rasulullah saw bersabda:

" Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur
bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan
mudah meredhai kerjanya.> ">
>
> Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan
isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan
anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki
itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar
dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh
menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,pada umumnya boleh
dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai
ramai anak,pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,tetapi
tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya
daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya
sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying
antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya
setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda
baginda:

" Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak,
sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada
Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,baginda bangga
dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah
dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati
peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu
ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

" Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia
membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya
sebelum ia tinggalkan. "

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan
dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

> Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula
menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan
kepada janda dan anak-anak. >

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,sebab itulah
pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu.
Firman Allah swt yang bermaksud:

" Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan
perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina
tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun
lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang
beriman."

" Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik.> ">
Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan
wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah
iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi
masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita
dengan pasangan kita sekarang.


`berkata nuh: ya tuhanku, janganlah engkau tinggalkan di atas bumi
seorang pun di antara kaum kafirin. sesungguhnya ya allah, jika engkau
tinggalkan mereka, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-mu, dan mereka tidak melahirkan anak melainkan anak yang derhaka dan kafir'

an-nuh:26-27.
ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke dalam hati kami dan
tetapkanlah langkah kami, kuatkanlah kami dan tolonglah kami menentang kaum yang kafir itu.. amin

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”