Friday, April 11, 2008

KEBAIKAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai
malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila
mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu
naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah
mengetahuinya :"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk
diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul
suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah
melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(HR. Muslim)
Biar susah, jangan menyusahkan..

JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”