petikan ini dipetik dari pokok betik......
Susunan Hashim Ahmad melaporkan
SESUNGGUHNYA Muslimah yang bersuami mendapat jaminan pintu syurga.
Alangkah enaknya jadi muslimah. Dalam pernikahan, mereka tidak perlu
mencari nafkah. Dengan status sebagai isteri, mereka akan mendapat
makanan, pakaian, dan tempat tinggal serta perlindungan daripada suami.
Suami pula yang memenuhi keperluan mawadahnya. Islam sudah mengatur
semua itu, namun ia harus ditempuh dengan usaha.
Memang di dunia ini tidak ada hak tanpa kewajipan dan tidak ada hadiah
tanpa kerja. Suami yang memberikan semua jaminan terbabit harus
disenangkan hatinya, dipatuhi keinginannya, dipenuhi keperluan
mawadahnya.
Pendek kata, apa saja yang suami inginkan (selama bukan dosa) harus
dipenuhi. Maka jika suami reda terbukalah pintu syurga bagi isteri.
Suami adalah manusia dan manusia tidak ada yang sama antara satu sama
lain.
Manusia tidak ada yang sempurna, malah ada saja kekurangannya. Sebab
itu isteri perlu terima kekurangan suami.
Isteri juga memiliki kegemaran berbeza-beza. Maka terima pulalah
kegemaran suami. Bahkan dalam Islam, kegemaran suami adalah kewajipan
isteri untuk memenuhinya.
Misalnya, suami kita menggemari wangi-wangian, maka wajib bagi
isterinya selalu memakai wangi-wangian di hadapan suami. Daripada Ummu
Salamah, dia berkata, "Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang perempuan
jika meninggal dan suaminya meredainya, maka dia akan masuk syurga."
(Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani)
Pada awal abad hijriyah, hidup generasi yang diberkati Allah s.w.t.
Ketika itu, hidup puteri Rasulullah yang mulia, Sayidatina Fatimah. Dia
adalah contoh wanita ahli syurga yang menghabiskan waktu di rumah,
memasak, mencuci pakaian, dan mengurus anak tanpa pembantu.
Ayahnya yang mulia tidak membenarkan permintaan Sayidatina Fatimah agar
dapat diberikan pembantu.
Baginda sebaliknya memberi resipi zikrullah yang dapat menghilangkan
kelelahan. Suami Sayidatina Fatimah adalah sahabat yang mulia pula,
Ali,
yang juga ahli syurga.
Ali hidup penuh kesederhanaan dan tidak pernah memadu isterinya dengan
wanita lain selama hidupnya.
Dia adalah pemuda yang melamar puteri pemimpin umat dengan menggadaikan
baju besinya. Ada wanita lain di sisi Rasulullah iaitu Sayidatina
Aisyah, isteri baginda yang termuda usianya iaitu wanita manja dan
penuh
siasah untuk memenangkan cinta kasih suami.
Wanita yang tidak berputera itu tidak disibukkan dengan tangis dan air
kencing bayi tapi adalah wanita cerdas, penghafal hadis yang ulung dan
selalu belajar.
Dialah pintu ilmu sahabat di zamannya. Selepas Rasulullah wafat,
sahabat tidak suka memberikan fatwa tanpa bertanya terlebih dulu
kepadanya.
Ada pula kakak Aisyah bernama Asma binti Abu Bakar, ibunda dan isteri
syahid. Wanita itu amat berbeza dengan adiknya yang manja.
Asma adalah wanita tegar dan mempunyai anak ramai dan bersuamikan
mujahid aktif tetapi bukan seorang yang kaya.
Asma wanita berani yang diberi kepercayaan bapanya untuk turut
menjayakan hijrah Rasulullah dengan tugas khusus sebagai pembawa
bekalan
kepada dua muhajirin agung yang sedang sembunyi di Gua Thur.
Asma mempunyai akal yang panjang. Ketika dia tidak memiliki tali untuk
mengikat bekalan makanan yang dibawanya, dia membelah ikat pinggangnya,
sehingga dipanggil 'si dua ikat pinggang'.
Apakah Asma dapat disamakan dengan Fatimah? Dia lain sekali dengan
Fatimah. Asma bahkan biasa mengurus sendiri kuda suaminya dengan
memandikan dan memberi makan.
Ini biasanya dilakukan lelaki tetapi Asma melakukannya kerana mencari
reda suami. Asma juga biasa memikul sendiri kayu bakar yang dicarinya
iaitu suatu pekerjaan yang biasa ditanggung lelaki.
Dia melakukannya dengan alasan yang sama. Dianggap ibu rumah tangga
yang mampu berdikari dan selalu mencari akal untuk menyelesaikan
persoalan yang dihadapinya dalam rumah tangga.
Asma jelas bukan jenis wanita ilmiah yang sibuk dengan pena dan kitab
seperti adiknya.
Tetapi dia pun wanita solihah dan wanita teladan sahabat Rasullulah.
Dia termasuk salah satu 'bintang cemerlang' di langit sirah
Nabawiyah yang agung.
Suatu waktu Rasulullah menyebutkan nama seorang wanita sebagai calon
ahli syurga, Muti'ah namanya.
Seorang saksi mengatakan Muti'ah selalu menyambut kedatangan suaminya
dengan bersolek sebaik-baiknya, menyediakan makanan enak dan hangat di
atas meja.
Tetapi daripada riwayat yang secebis itu sudah banyak pelajaran
berharga yang dapat diperoleh.
Dalam taman sirah, ternyata banyak wanita muslimah dengan jenis
berbeza-beza. Bahkan masih ada wanita seperti Shofiyah binti Abdul
Muthalib, ibu saudara Rasulullah yang berani memancung leher Yahudi
yang
mengintai benteng tempat muslimah dan anak Muslim.
Mudah-mudahan kita, termasuk golongan yang berkumpul di syurga dengan
pasangan masing-masinG.
No comments:
Post a Comment