" Artikel in ummi ambil dari web iluvislam.com yg ditulis oleh saudari fitrah hanan... dapatlah kita berkongsi bersama tip-tip membina keluarga cemerlang ini..insyaAlah.."
****** ******* ******* *******
FITRAH-HANAN:
InsyaAllah, saya ingin kongsikan bersama beberapa tips atau amalan yang paling ringan atau paling simple untuk diamalkan bagi membina sebuah keluarga muslim yang cemerlang dan penuh keakraban antara ahlinya. Tips ini mungkin sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bersama. Apapun saya suka untuk berkongsi memandangkan ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Tips ini sesuai untuk mereka yang akan membina, sedang membina dan telah membina sebuah bayt al muslim yang berjaya. Ini sekadar tatapan bersama dan perkongsian sahaja.
TIPS MEMBINA SEBUAH BAYT AL-MUSLIM YANG CEMERLANG
Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah (Subuh, Maghrib dan Isyak)
- Bagi suami/isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabisi di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolahnya. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanay 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.
Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti
- Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasai yang baik dan berkualiti. Ia penting juga untuk anak-anak kita memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik. Jaga kebersihan - Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersiha. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan mendekati kita.
P/s : Teringat saya masa sekolah rendah dulu-dulu. PK HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) sekolah saya, Cikgu Zaid; merupakan cikgu disiplin kat sekolah saya. Semua orang takut kepadanya. Apa yang masih saya ingat tentangnya sampai sekarang, beliau seorang yang sangat menjaga kebersihan. Apabila beliau dapati ada sampah dalam bilik darjah atau kawasan sekolah, beliau akan terus menjerit(ditujukan pada sampah) dan akan marah pada murid-murid yang nampak sampah tapi tidak dikutip. Sampai sekarang saya masih menganggap sampah itu ibarat syaitan, mengganggu suasana kita.
Membaca buku-buku ilmiah
- Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina mujahid dan mujahidah yang cerdas.
Imej yang kemas dan tidak selekeh
- Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang. Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik - Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi dikhalayak ramai.
Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga
- Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja atau gerak kerja Islam, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibubapa mereka terhadap keluarga.
Membudayakan bahasa arab/inggeris di rumah
- Sesekali perlu juga membudayakan bahasa asing di dalam perbualan harian keluarga seperti bahasa arab atau bahasa inggeris supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam mempelajari pelbagai ilmu lebih-lebih lagi bahasa arab yang jarang kita berikan penekanan.
Car-Pool
- Biasanya dianjurkan untuk ibu bapa yang jarang bersama-sanma anak-anak. Jadi dengan berkongsi kereta ke tempat kerja atauu menghantar anak-anak kesekolah dapat menambahkan keeratan ikatan keluarga. P/s : Biasanya sesuai bagi yang tiada masalah masa atau ibu bapa yang bekerja sendiri
Sentiasa membaca al-Quran dan biasakan mulut dengan Al-Quran
- Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa denag alunan zikir dan ayat-ayat al-quran. Semoga dengan ini mammpu mewujudkan bayt al-muslim dan bayt al-Quran yang dilimpahi cahaya Rabbani.
Wallahu a’lam.
Ini hanya sebahagian tips ringkas yang saya sempat hayati dan InsyaAllah mudah diamalkan malah tidak sedikitpun mencuri masa kita. Membazir waktu untuk Allah bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a’lam.
Wednesday, April 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment