Wednesday, November 26, 2008

Seri Muka ...

semalam testing pertama kalinya membuat kuih seri muka...bak kata kak ina wajhun jamil dalam arab languagenya..kihkihhh...

alhamdulillah jadi, dah jadi dah..cuma pulutnya dilapisan bawah agak lembik sikit...terlebih air barangkali..maklum...saya ummi baru belajar wat kuih muih..hihiii..
terima kasih kak ina sebab bagi pada saya sikit beras pulut...dapat jugalah saya rasa kuih ni..huhuuu...kat cni xde beras pulut..!!

tapi atas kekretifan sendiri yang dikurniakan, saya guna cara sendiri untuk mengukusnya..saya xde periuk kukus..uhuhuu..rahsianya...??? hihii.takyahlah cite kt cni...;)

bahan2:
lapisan bawah:

2 1/2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan
air & garam secukup rasa

lapisan atas:
5 biji telur
1 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
sedikit air pandan @ pewarna hijau&perasa pandan (sini xde daun pandan)

cara2nya:
lapisan bawah:
cuci pulut terlebih dahulu.then rendam slama 3jam.
tapis. gaulkan dgn santan hingga rata
kacau atas api hingga pekat.tuangkan dalam loyang,kukus hingga masak.

lapisan atas:
bancuh kesemua bahan,gaul hingga rata.masak ats api hingga pekat
setelah masak, tuangkan ke atas pulut yg td tu.kukus sebentar
biarkan sejuk dulu sblm dihidangkan.


inilah seri muka yg saya buat @ nama arabnya wajhun jamil..(idea kak ina)

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”