Wednesday, November 12, 2008

10 pintu syaitan rosakkan manusia

Seorang ulama pernah berkata, "Saya sentiasa berfikir dan memerhati dari pintu mana syaitan menghasut dan menyesatkan manusia. Tiba-tiba saya dapati syaitan datang dari 10 pintu

1. melalui sifat sombong dan angkuh

Firman Allah," Jangan engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana kesombongan dan jangan engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yg suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah."(Lukman : 18)

2. melalui sifat kedekut dan bakhil


Firman Allah, "sesungguhnya Tuhanmu yg meluaskan rezeki terhadap sesiapa yg dikehendaki-Nya(menurut undang2 dan peraturan-Nya) dan Dia juga yg menyempitkan(menurut yg demikian)"(al-Israk : 30)

3. melalui sifat takbur yg hadir dlm diri seseorg

Firman Allah. "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yg takbur."(an-Nahl : 23)

4. melalui sifat riak dan suka dipuji

Rasullullah pernah berkata, "3 perkara yg membawa kecelakaan ialah yg kikir dan disegani, orang yg mengikut hawa nafsu dan bangga dgn diri sendiri."

5. melalui sifat hasad dengki dan iri akan kelebihan org lain


Rasulullah bersabda, "hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api memakan kayu kering."

6. melalui sifat suka memandang rendah dan remeh kpd org lain

Abu Umamah pernah meriwayatkan, "3 org yg tidak boleh dihina kecuali org munafik ialah org tua muslim, org berilmu dan imam yg adil.

7. melalui sifat bangga diri atau ujub

Allah berfirman, "Janganlan engkau mengikut org yg hatinya Kami lalaikan(butakan) drpd peringatan Kami sedang dia mengikut kemahuan hawa nafsu dan adalah perbuatan itu melebihi yg patut."(al-Kahfi : 28)



8.melalui sifat suka berangan-angan

Menurut Imam Ahmad,yg diriwayatkan oleh Abu Naim drpd Muaz bin Jabal, "jangan kamu bersenang-lenang dlm kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan org yg bersenang-lenang sahaja."

9. melalui sifat suka berangan-angan dan pemalas


Sabda Rasulullah, "Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya."

10. melalui sifat suka berburuk sangka

Rasulullah bersabda, "Nanti akan ada orang berkata kpd orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sebenarnya orang yg berkata itulah yg paling rosak." (Riwayat Muslim)

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”