Sunday, November 2, 2008

Resipi Sate & Kuah Kacang

Ni khususnya buat kak Ina dan Ara yang inginkan saya menulis resipi sate dan kuah Kacang tempoh hari...(Resipi ni khas dari mak saya yang mana beliau pernah menjalankan bisnes sate semasa saya darjah lagi)





Sate( Perap)
(bergantung pada kuantiti ayam @ daging)

-Bawang Besar
-Serai
-Serbuk Kunyit (lebih biar cantik warnanya)
-Halia
-Lengkuas
-Jintas manis
-Jintas Putih
-Serbuk Ketumbar
-Garam 9sikit je)
-Gula (lebih biar rasa manis sikit)
* Semua bahan2 di atas hendaklah dikisar halus ye* hiiii
* then rahsianya kalu boleh jintan2 dan ketumba tadi disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus*
Then peraplah semalaman... cucuk pada lidi, bakar..makan nyum3x!! heh






Kuah Kacang:
-Kacang Tanah di goreng bersama kulit2nya dengan minyak.
-Then Blend kacang tadi bersama kulit2nya dengan blend basah..(blend bersama air)
-ok, then masukkan dlm periuk dan di rebus terlebih dahulu (air lebih pun xpe sebab nnti kalu kurang air akan jadi kerak kacangnya nnti hangit lak..gerseng org jawa kata;)- sampai kembang kacangnya ye.

-ok, di periuk yang lain, masukkan minyak masak
-then masukkan seinci kayu manis, tumis jap
-masukkan bahan2 tumis:
Bawang Besar
Bawang Putih
Serai
secamca Jintan Manis
secamca jintan putih (sikit je)
Ikan Bilis sepiring (blend mentah)

-tumis sampai naik minyak dan naik baunya
-Then masukkan Cili Kering kisar dan tumis lagi sampai kering dan nampak merahnya
-masukkan gula merah, gula halus dan secukup rasa garam. biar manis lebih sikit
-pastu masukkanlah sikit asam jawa secukup rasa..
-kalu nak sedap lagi bubuh sikit buah keras klu ada...

ok, dah complete masukkan bahan2 tumis ni ke dalam periuk kacang yang dah direbus tadi... adjust2 sikit rasanya..dah ok, nyum3x cecah dgn sate dan nasi impit!! hheeee

thank you very much mak for the recipes... first time tau anak mak ni try sendiri buat..huhuu..alhamdulillah jadi juga... kalu tak malu dengan diorang nih..;p

3 comments:

Anonymous said...

tq for sharing the recipe. Sate tu sedap sungguh.

Anonymous said...

huhuhu...abis lah lps ni ikan bilisku...rupanya ikan bilis pun guna untuk kuah sate

Unknown said...

kak ina, kalu x nak guna ikan bilis blh gantikan dgn udang kering...actly ikan bilis tu kuantitinya x lah banyak sgt...;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”