Sunday, November 2, 2008

Tercuit Hatiku

Salam Tamu Kembali... Salam Sinar Ceria...

Hari ini saya mula bekerja semula... dalam ertikata kerja 'baby sitter' setelah 2 hari bercuti.. tapi penat semalam masih terasa.. alhamdulillah macammanapun Allah masih berikan saya kekuatan untuk laksanakan tugas rutin harian ni..:)





Amzar kini sudah berjalan sepenuhnya...Alhamdulillah.. makin ligat makin suka mengexplore...!! macam-macam mainannya especially bola.. suka benar dia bermain bola.. sampai apa jua brg yang dia nampak.. semua nak disepaknya...







geli hati saya tengok gelagat dia arini.. pantang dengar deringan handphone, pasti terangsang tindakannya.. dari nyenyak tido, terus bangun dan bersuara 'ha ha'..(maklum belum boleh bercakap)

Lagi satu bila saya sengaja bunyikan deringan hp saya, dia pasti ambil hp dr tangan saya dan buat lagak seperti orang berbual di telepon.. nak tergelak ada..macam orang besar lagaknya!! :D






pastu pantang dengar lagu kegemarannya di channel Toyor al Jannah.. mesti terus matanya tumpu ke kaca TV.. antara lagu yang paling digemarinya: Ana bandurah Hamra', Ya Ustaz, Arnab wa Sa'lab, baba telefon...
Channel ni memang saya akan pasangkannya bila dia bangun dari tido..memang channel ni jelah akan saya pasang pun tiap2 hari... dia akan senyap..x menangis... salah satu penawar tangisnyalah..

Channel ni bagus untuk kanak2..memang khas untuk kanak2 pun... ada lagu2 yang memberi pengajaran dan tunjuk ajar... selain tu, kanak2 blh belajar bahasa arab darinya antaranya..pengenalan warna2 dlm bahasa arab... insyaAllah..skrg ni uwais amzar mungkin masih belum faham tp minatnya itu sudah ada... mungkin satu hari nanti dia kan dapat catch up apa senikata lagu arab tu... (bila dah blh bertuturlah..) hiii




www.toyoraljanah.com

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”