Sunday, November 23, 2008

Si Mutiara Hati 11 Bulan..Ayahanda 60 tahun...

alhamdulillah...ats segala nikmat kehidupan yang telah Engkau berikan Ya Allah...

hari ni genaplah uwais amzar berusia 11 bulan..23Dis'07-23Nov'08... alhamdulillah uwais banyak belajar dan cepat membesar... berjalan dah pun... pelbagai karenah dan gelagat yang mencuit hati, menggembirakan hati si ibu dan ayah..:) kami doakan anak kami ini menjadi seorang da'ie dan menjadi contoh yang terbaik buat adik2 nanti insyaallah..dan masyarakat amnya..amiin..!!


..uwais hari ini..11 bulan...Semoga anak kami menjadi anak yang soleh yg sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ummi dan abi dunia dan akhirat pada setiap masa....amiin!


" Ya Allah Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami pasangan (suami@isteri) dan zuriat kami penyejuk mata dan jadikanlah kami imam pada orang-orang yg bertaqwa"

***********************************
dan pada hari ini juga genaplah usia ayahanda saya yg disayangi 60 tahun..23 Nov'48-23 Nov'08... pagi-pagi tadi kami dah call ke pahang melalui Voipstunt...bertanyakan khabar dan ucapkan selamat ulangtahun kelahiran... suka abah...gembira betul dia... katanya tengah bersiap untuk ke ladang kelapa sawit..loading katanya... itulah abah..sehingga usianya menjangkau 60tahun masih lagi gigih bekerja mencari rezki buat keluarga... sementelah ada adik2 yang masih menuntut ilmu...(2 org sek men,2 orang Uitm)... tapi abah cuma loading buah kelapa sawit je sekarang sementara memotong buah diserahkan pada orang indo yang diberi upah... tak larat dah katanya...tapi dalam tak larat tu, kadang-kadang abah terpaksa juga memotong buah kelapa sawit sendiri bila pekerja upahannya pulang bercuti ke indonesia... abah..abah..begitu berjasanya dirimu pada kami adik-beradik... terima kasih abah atas segala-galanya...saaayanng abah!!


"Ya Allah ya Tuhanku Kau ampunilah aku, dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan Kau rahmatilah Mereka sepertimana mereka menjagaku sejakku kecil"


...abah dan mak tercinta...

4 comments:

ABU LUQMAN said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Singgah-singgahlah kat blog-blog saya, ada info terkini yang harus anda tahu.
Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Eh..eh..uwais tu leh ganti sheikh muzapha..naik ke bulan..bju tuh mcm bju angkasawan jer.

rafiza said...

salam kak ayu
pekaba?
rafiza ni..
tengok gambar mak ayah akak,
teringat masa akak bawa saya jalan2ke rumah akak dulu...
rindunya kat akak..

baru je saya ke bera hari tu
tapi di bandar je
taman kerayong makmor
kenduri kahwin staff office husband saya..
dulu rasa asing je masa sampai kat bandar ayah akak bawa solat kat situ..
saya bgtau husband saya penah sampai sini dah.. dia jawab balik, tak tanya pun... geramnye..

on the way balik lalu durian tawar ada saudara belah abah husband.. kat situ tgh merebak demam chikuniya.. pakcik husband saya pun kena gak..

bila lagi baru balik malaysia?
akak sekarang full time housewife or sambung belajar gak..?
dah ada baby boy
saya punya first baby girl "fatimah amani binti azwiralbukhairi"sekarang 1 tahun 5 bulan..
second insyaAllah awal feb 2009, tak tau lagi girl or boy..

okla kak
selalu komen panjang2 di blog org..
semoga akak sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga..

Unknown said...

salam sinar ceria..!!

to cik na: hihiii.. insyaAllah uwais bakal pengganti sheikh muzaffar satu hari nanti...;)cik na tunggguuu....!!!

to Rafiza, sahabat ummi: alhamdulillah akk sehat2 je.. masih ingat lg ye awak..hihiii... tapi masa tu awak sekejap je kt umh akk...x smpt jalan2 byk tmpt..akk dan bawa awak naik kete antik lama abah akk tu round2 ladang sampi felda kumai...hihiii...
akk teman hubby je kt cni... full house managerlah gamaknya la ni... insyaAllah ada lg 2 thh d cni...k, take care..thanks sudi ziarah blog x seberapa ni..;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”