
Assalamu'alaikum wrt...
Anak-anak perlu didedahkan dengan pendidikan dan pengajaran terbaik sedari kecil lagi... salah satu aktiviti yang bermanfaat yang perlu kita titipkan dalam jiwa mereka ialah menabung... Maybe seusia 1 tahun lagi kita ajar mereka menabung..mungkin ketika ini mereka tidak memahami tapi apabila kita sentiasa ajar dan tunjukkan didepan mereka memasukkan wang barang bernilai 10sen pun, insyaAllah mereka akan terbiasa dengan keadaan itu. Dan apabila mereka meningkat usia, kita akan terangkan kepada mereka akan kepentingan menabung ini... mungkin ianya berguna suatu hari nanti..mungkin untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi?
Alhamdulillah ketika pulang bercuti ke Malaysia lepas, hubby membuka akaun untuk si kecil kami. ini sebagai salah satu perancangan untuknya di masa depan. demi untuk kebaikannya... :) So, marilah kita semua memulakan aktiviti menabung!!! ;)
No comments:
Post a Comment