Tuesday, July 20, 2010

Siapa nama ..... ?

Dialog Petang: Ummi bertanyakan Uwais Amzar

Ummi: Siapa nama umi...?
Uwais: Ayu..!!

Ummi: Siapa nama Abi..?
Uwais: Najib..!!

Ummi: Siapa nama Uwais..?
Uwais: Abam Uwais..!! (abang uwais)

Ummi try lagi bertanya uwais soalan yg sama.. soalan yg pertama dan kedua still sama jawapannya... tapi jawapan untuk namanya sendiri jawab lain pula

Ummi: Siapa nama Uwais..?
Uwais: Amja! (amzar)

Kali ketiga tanya...

ummi: Siapa nama uwais..?
uwais: ana..!! (saya)

agaknya dh banyak sangat ummi tanya, dia pun jadi keliru sebabnya sebelum ni umminya ada ajar dalam bahasa arab... kalau tanya sapa ini dan ini etc (merangkumi hal dirinya..) dia akan jawab, ana..!


soalan bahasa arab:

Ummi: shu smuk ummuka..? (sapa nama ibu kamu?)
uwais: ummi..!!

Ummi: shu smuk abuka..? (sapa nama ayah kamu?)
uwais: abi..!!

Ummi: shusmuk..? (sapa nama kamu?)
uwais: uwais amja.. (uwais amzar)

dua bahasa berbeza, dua jawapannya berbeza... ;) hehe...


Usianya menginjak 2 tahun 7 bulan... alhamdulillah atas perkembangannya yg baik tiap hari... pergaulannya bersama kawan pun ada perubahan baik... syukur.. semoga anak umi abi membesar dengan sihat dan dalam lindungan Allah selalu... moga kami terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam mendidik dan mentarbiyyahnya menjadi anak yg soleh, hamba yang taat, insyaAllah... amiin



No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”