Tuesday, July 20, 2010

Hebahan: Permohonan Penukaran Permohonan Ke Universiti Jordan


Permohonan untuk penukaran permohonan dari universiti lain di Jordan ke University of Jordan dibuka


Assalamualaikum..

Di sini kami ingin memberitahu kepada pelajar-pelajar yang telah pun mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Jordan. Ada berita baik untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka ke University of Jordan.

Hasil perbincangan yang ringkas.. Pihak Malaysian Student Department(MSD) memberi peluang keTIGA setelah DUA kali permohonan penukaran dibuka kepada pelajar-pelajar yang ingin menukar pilihan pertama universiti mereka kepada University of Jordan.


Untuk makluman, bahawasanya University of Jordan untuk sessi pengambilan pelajar 2010/2011, pembayaran yuran untuk pelajar Malaysia adalah berdasarkan pembayaran yuran pelajar tempatan iaitu dalam 15JD/1hour berbanding sebelum ni 50JD/1hour. Namun, University of Jordan hanya menyediakan 40 tempat sahaja kepada pelajar Malaysia. Oleh itu, kepada pelajar-pelajar yang telah memohon untuk menyambung belajar di Jordan dan ingin menukar pilihan universiti ke University of Jordan amatlah dialu-alukan.

Permohonan ini akan mula di buka dari tarikh dan waktu post ini diterbitkan dari blog ini hingga hari khamis 22/7/10 jam 7.00am(waktu Jordan) dan 12.00tgh(waktu Malaysia)




Kepada mereka yang ingin melakukan penukaran permohonan ini atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang perkara ini, anda boleh terus hubungi ketua Biro Perhubungan & Kebajikan PPMAJ saudara Qudrotullah di "Kdq_qud@yahoo.com"

Sekian, terima kasih.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”