♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥ Majlis Raya PPMAj- 2Oktober 2010- Dewan Da'abis, Sweileh♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸¸♥
Video di atas adalah salah satu slot program raya PPMA hari sabtu lepas.. Adik Fatimah AbulQarni mengetuai dendangan lagu Anak Tupai yang sangat digemarinya..hehe.. fatimah ni mmg sgt confident dan berani! :-)
Program ini telah diadakan di Dewan Da'abis, sweileh yang dimulai dengan Majlis Ta'aruf@Orientasi bagi pelajar-pelajar baru di Amman pada pukul 11am dan majlis seterusnya iaitu Majlis Raya PPMAj pada pukul 2pm. Untuk majlis yang pertama, hanya pelajar-pelajar baru yang terlibat manakala kami yang lain-lainnya hadir pada sebelah petang pula.
Untuk Majlis raya tersebut, pihak PPMAj menganjurkan satu pertandingan masakan buat ahli-ahlinya dalam misi dan visinya mahu mengeratkan jalinan ukhuwwah sesama ahli. Kami dibahagikan dalam 7 kumpulan semuanya. Bagi kumpulan Ikhwah, terbahagi kepada 4 kumpulan manakala kumpulan Akhawat/Muslimat terbahagi kepada 3 kumpulan.
Bagi kumpula ikhwah, mereka diminta meyediakan resepi satay mengikut citarasa setiap kumpulan manakala bagi kumpulan akhawat pula diminta menyediakan apa-apa jua juadah@menu yang menggunakan nasi dan daging.
Maka selepas berbincang, kumpulan pertama (k.liza) menyediakan Nasi Bukhari Santai Sweileh, Kumpulan kedua (Marwah) menyediakan Nasi Daging Nur Sweileh dan kumpulan Ketiga (K.Pah) menyediakan Nasi Kerabu Daging Bakar D'Safwa.
Nama Santapan satay bagi ikhwah yang pertama (Ust Anwar) Satay D'Sweileh bersama temanya: "Sedap hingga menjilat Lidi..Jangan Jeles..", Kedua (ust najib@abi) menyediakan Satay resepi Bonda D'Lima, Kumpulan 3 (Ust Hazwan) menyediakan satay One Malaysia dan kumpulan keempat (Ust Syed) menyediakan Satay Spice Special.. semua kumpulan memberi kerjasama yang sangat baik dan menonjolkan hasil kerja derta kreativiti yang selama ini dipendam.. (masing-masing punyai kepakaran memasak serta bakat seni tersendiri ;)
Pemenang bagi kumpulan ikhwah adalah dari satay D'Sweileh manakala bagi kumpulan akhawat dari Nasi Bukhari Santai sweileh.
Para juri hanya terdiri daripada kalangan kami saja disebabkan wakil MSD dan Kedutaan tidak dapat hadir bersama kerana pada masa yang sama ada program lain yang terpaksa mereka hadiri. Moga di tahun2 hadapan, jika ada lagi pertandingan sebegini, bolehlah para juri di bawakan dari luar Sweileh..hehe ;) apa-apa pun yang paling utama, kekuatan dari ikatan ukhuwwah itu yang kita mahukan... moga selamanya bersemi, mekar dan terus subur ke akhirnya... ^-^ insyaAllah...!
Para juri hanya terdiri daripada kalangan kami saja disebabkan wakil MSD dan Kedutaan tidak dapat hadir bersama kerana pada masa yang sama ada program lain yang terpaksa mereka hadiri. Moga di tahun2 hadapan, jika ada lagi pertandingan sebegini, bolehlah para juri di bawakan dari luar Sweileh..hehe ;) apa-apa pun yang paling utama, kekuatan dari ikatan ukhuwwah itu yang kita mahukan... moga selamanya bersemi, mekar dan terus subur ke akhirnya... ^-^ insyaAllah...!
Sebelum majlis jamuan, majlis diserikan juga dengan dendangan nasyid raya oleh adik-adik syabab yang baru tiba serta anak-anak kecil sweileh yang semuanya ceria-ceria belaka dengan diketuai oleh adik fatimah mendendangkan lagu favourite nya, Anak tupai dan dilakonkan oleh 3 sekawan, abg Muaz, abg Uwais Al-Qarni dan Abg Khairi. Pada masa ni, Abg Uwais Amzar sedang lena diulit mimpi selepas makan satay terlebih dahulu akibat lapar yang ditahan dari pagi..huhu.. (pagi main saja dgn abang2nya, menjamah cume biskut dan air)
Akhiran, Selamat Berukhuwwah semua.. moga program-program ini menjadi muhasabah buat program-program yang akan datang agar lagi baik dan terbaik... insyaAllah.. All the Best semua..!
Ilalliqa'... :-)
No comments:
Post a Comment