Tuesday, October 12, 2010

Kerana Terleka

Sharing Kata-Kata Hikmah hari ini...

Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman,ucapan Oppssh mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang ha... kenyangnya mengatasi ALHAMDULILLAH, bila diri terpegun oleh keindahan alam,SUBHANALLAH tertutup oleh Cantiknya,bila dikunjungi berita malang, Kasihannya terucap kerana kita lupa INNALILLAH HI WAINNA ILAIHIRAJI'UUN.Kadang kala kita lupa kerana kita terbiasa. Tapi, ingatlah agar bila Malaikat Izrail mendekati kita, biarlah ucapan LAILAHAILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata-kata...

Hidup Itu Ujian... Ujian Itu Tarbiyyah Dari Allah... (^-^)

Wallahua'lam

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”