Thursday, May 28, 2009

:: Sepetang Itu @ Happy Evening ::

Assalamu'alaikum wrt..

Petang semalam kami bersama 4 lagi family Melayu Sweileh berjalan petang bersama-sama menuju ke Dauriat.. seronok pula berjalan beramai-ramai sambil ambil angin petang.. muka masing-masing semua ceria, ditambah telatah dan riuhan anak-anak yang dibawa bersama. Mungkin mereka bahagia bila ibu dan ayahnya meluangkan masa bersama mereka..bawa jalan-jalan sesekala.. Saya turut bahagia melihat suasana itu.. alhamdulillah.. moga ukhuwwah semakin erat antara kita semua..

Berjalan lebih kurang 15 minit, kami tiba di Mat'am Rifi Brostad.. Kebetulan semuanya belum pernah ke sini lagi merasai ayam goreng segera. sebelum ini kami akan ke Nana Brostad saja yang terletak di Sweileh Gharbi.. Jadi bila dah semua tak pernah lagi menjejaki ke sini, ajaklah semua family ni.. sambil meraikan kepulangan Ara ke Tanah air minggu depan. kira Farewell lah.. huhu.. Kak Ina sefamily tak dapat turut serta disebabkan ada urusan keluarga petang itu.. InsyaAllah lain kali kita buat lagi aktiviti sebegini ye. :)

Masing-masing bayar untuk menu pilihan sendiri.. yang penting dapat berkumpul begini... sudah seronok! Hinggakan masa dalam perjalanan kami pulang tu, ada seorang pakcik menjual alatan menulis, memberi satu set pen pada ustaz Muhaimin. Minta bagi pada semua (satu family dapat satu). Katanya sebab dia gembira tengok kami happy 'satu keluarga besar' berjalan beramai-ramai.. alhamdulillah... moga murah lagi rezeki Pakcik tu..


Beit Amzar

Beit AimiRa- yg Diraikan..

Beit Syed Iqbal


Beit Hanoun
Beit MQ..hihii..xde idea nk letak nama.. ;)

Bergambar Kenangan

'keluarga besar' :D

Siapakah pasangan Romantis ni..?? hehe.. sekali anak dah jerit ummi dah.. ;)

pasangan ni pula..? hehe.. jauh meninggalkan kami.. ;)

12 comments:

Syed Mohd. Iqbal bin Syed Mohammad Hilmi Al-Yahya said...

wow ganaz la c ayu, brita hangat, trus kuar blog. tahniah atas ke exspresan.
rase2 kenal pasangan romantik (la sangat) tu...
iqbal pon nak apdet la blog... hehe... semangat ni, smangt sangt niii... smangatttttt.... hahaha
bia org len pucat tgk blog iqbal... hahaha

Iqbal said...

wawawa cpt tol masuk brite sensasi. ni wat iq smangat nk update blog iq ni.
pasangnt tu da nk kat expired dah hehehe org2 baru macam c ayu romantik laaaa...
kekalkan imej blog yg pantas ini, hohoho

iqbalagi said...

jom petang ni kite g hohoqoh usin lak, dapat tengok brite lagi dlm b c ayu.. hohoho wadduh puchaaat...

Anonymous said...

salam
hohoho ganazzz g2 ...

Anonymous said...

wowow

abu uwais said...

oh pucat ustaz syed, gambar dia msk blog uwais.. hehehe :)

Unknown said...

uih..tu dia syed iqbal skali bg comment.. ganazz.. hehee..

wah bersemangat lagi iqbal!! teruskan menulis! cik ayu tolong support semangat je.. hihiii...

Ain Allen said...

hoh.. semua iqbal yang komen. hahaha. beit MQ?? haha.. adoi.. nama xdak lagi lah.. :p bulan 1 nanti adalah nama ye.. hehe~

Unknown said...

ila ain peter:

hehe..tulah.. tak tau nk ltak nama ape.. hihii.. tgu bulan 1 nntilah nmpaknya ye..insyaallah..

Ain Allen said...

hahaha! ceh.. pasangan bercinta ye! haha..

luvly aimira said...

express tul update.. hi3.. biarkan blog ku bersawang sml.. keh3

Unknown said...

ara, aku rasa x cukup express tu.. sbb bukn mlmnya tu aku post..(cam kata ust sted) kih3x.. dh lambat dah tu aku post.. heee.. lagipun kalu cite lmbt2 kang, dah nk basi x seronok.. ;)

(tp tgk atas kerajinan dan kelapangan ms jelah..)

salam ukhuwwah fillah abadan, insyaAllah..:)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”