salam semua.. :)
Apa Hanin dan Uwais buat hari ni?
Mula-mula saya bersih-bersihkan mereka..touch up sikit Hanin tu comel2..
Pastu saya ke dapur, siapkan untuk lunch...Depa pun masuk juga dapur, ikut celah bawah palang kayu yang hubby buat..(dah makin pandai cari jalan masuk!) Biasalah dah masuk tu, ngacaulah umminya.. 'mengemas' dapur lak..
Lepas siap masak, saya suapkan sikit nasi..tapi tak habis makan tengok dah mengantuk.. saya tidurkan.. Dah tidur, barulah lapang saya menghadap laptop.. baru je beberapa minit (xsampai 30 minit kot) si Hanin dah bangun. datang berjalan ke arah belakang saya perlahan-perlahan (padahal mengantuk lagi..) aik? dah bangun hanin? baru je tidur.. dia tak endah terus ke tepi sofa duduk melunjur, makan biskut kelapa, ntah dari mana dia ambil tu..tetiba dah ada di tangan.. tak perasan saya tengok tadi ke tak kat tangan dia..huhu
Pastu saya tak layan dia, dia terus keluar, baring sebelah Uwais yang masih nyenyak tidur.. duk beranganlah tu.. pikir apa saya tak tahu..saya mengintai dia menerawang pikirannya kat atas syiling rumah.. :D
saya kembali ke laptop. selang beberapa minit, saya intai lagi..tengok, dia dah kacau Uwais suruh bangun..Uwais dengan mamai2 lentuk2kan kepalanya kejap2 ke tilam.. uwais selalu dikacau Hanin kalau dia bangun dulu!
Saya suruh tidur balik, uwais bangun balik, hanin pun beraksilah konon2 tidur semula..
erm... takde nyelah depa nak tidur semula.. dah main dah... huhu.. rupa-rupanya Hanin dah 'membuang'.. huhu bucuknya.. :p (patutlah x nak tidur..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
4 comments:
hanin comel sangat. umi tocangkan rambut tuh.. hehe.. cute amat2! hehe
comel..mmg comellah kan. lg2 umi yg buatkan ngeh3x... dia suka lagi umi buatkan! haha :D
ni kali pertama ni abi komen ni..comei sgt gelagat anak abi..xsangka dia kt umah k.ayu cm 2..apa bnda lh yg dia termenungkn 2..mesti tgh pikir,abi ambk aku nnti bwk sesuatu xutk aku..hehehe
hehe.. huh terharu ni first time abi hanin bg komen!
heh.. yelah kot hanin terbayang-bayang jajan Alaska yg selalu abi bawak! haha
Post a Comment