Sunday, May 3, 2009

:: Liqa' PPMAj ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam seperti biasa kami warga Melayu Amman Sweileh mengahdiri kelas Liqa' Tafaqquh yang dianjurkan oleh pihak PPMAj.. kali ini diadakan seawal 9.30am bagi memberi ruang satu majlis sederhana perletakan jawatan Presiden dan Bendahari Agung sesi ini.. Actually belum habis sessi untuk perletakan jawatan tapi disebabkan Presiden, saudara Khairi akan pulang lama ke Malaysia untuk menjalani satu pembedahan, beliau melepaskan jawatan tersebut dan dipangku oleh Saudara Nuh selaku Timbalan Presiden 1 persatuan. Dan saudara hani juga akan pulang ke Malaysia dan beliau menyerahkan tugasnya kepada saudara Muhammad.. Seusai majlis , kami bergambar kenangan atas permintaan saudara khairi.. kami sekeluarga mendoakan agar pembedahan itu berjaya dan kahiri kembali sihat walafiat..dan teruskan perjuanganmu! :) chayok2x!!!


*sedikit bingkisan gambar untuk saudara khairi.. :)*


2 comments:

:: khairi :: said...

salam...hu3~T_T..rase begitu terharu sekali..thanks a lot..hu3~

Unknown said...

wslm.. mg dipermudahkan Allah atas segala urusan.. :) allahu yubarik 'alaika..

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”