Friday, May 1, 2009

:: Lagi-lagi Uwais ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini masih lagi bercerita tentang hal anakanda Uwais.. yelah inikan lebih kepada blog dia.. ;)

Cume nak ceritanya, Uwais sekarang sangatlah minat menonton cerita kartun Blazing Team, asal cerita Korea tapi dialih suara ke bahasa arab... siap lagu temanya pun dialih suara..memang seronoklah dengar.. Saya kira ini bukan saja minat Uwais seorang, malah anak-anak2 di sweileh ni.. off course anak K.Pah, anak K.Ina pun meminatinya.. hehee.. betul ke? ;)

Erm, bagus jugalah diorang tengok cerita kartun yang dah dialih suara bahasa arab ni.. dapat juga bi'ah berbahasa suatu hari nanti, insyaAllah.. tambahan pula almost cerita kartun ni dialih dalam bahasa arab fushah.. ha, bukan saja anak-anak, malah para ibu pun dapat sama meng'improve' bahasa arab mereka. ye tak? :)

saya tengok, cerita-cerita kartun sini banyak yang baik, yang bermotifkan nasihat dan memberi pengajaran.. baguslah kan.. Kalau ada yang kurang sesuai tu, kenalah kita ambil perhatian, take note... boleh dengar lagu temanya di video bawah..ada senikata lagi..:)




Lagi saja nak menambah hal uwais..
Aksi Uwais tidur.. Ha, Uwais camni lah aksi Uwais tidur sekarang ni.. (khas buat uwais kenang bila dewasa nanti ;))


aksi tidur menonggeng.. agaknya uwais rasa selesa camtu kot.. kadang-kadang tu tengok-tengok dia dah terbalik arah dengan kami tidur.. kaki ke bahagian kepala kami dan kepala ke bahagian kaki kami..huhu.. takpelah.. asal dah baca doa dulu sebelum tidur! hehe.. (alhamdulillah beberapa minggu ni ajar dia angkat tangan berdoa baca doa untuk minum susu dan sekali doa tidur sebelum menyusukannya untuk masuk tidur.. dia dah faham dah, kalau saya kata baca doa dulu, cepat-cepat dia angkat tangan tadah doa yang saya bacakan..) memang dituntut kan diajar anak sedari kecil.. bak kata pepatah 'Meluntur Buluh Biarlah dari Rebungnya'.

Akhir Kalam, semoga anak ummi terus diberi petunjuk untuk jadi anak yang soleh dan beriman insyaAllah...amiin.

Tidurlah Sayang...

6 comments:

Ilyana Ar Razi said...

generally, akak rasa kanak2 mmg suka tido menonggeng. lebih selesa kot. anak2 akak pun suma ada aksi tido menonggeng. :)

shoutulnisa said...

salam..
kak ayu,semoga menjadi isteri dan ibu solehah..dan uwais insyaallah pasti akan jd anak yg soleh dgn didikan yg baik..amin

ABU LUQMAN said...

Assalamualaikum,

Menarik sekali cerita kartun yang di alih suara. Cerita 2 seperti Fatan Nabil(kartun bolasepak), Mughamarat Anisah Sally (kisah budak perempuan yang dikhianati gurunya) dan sebagainya ada ditayangkan semasa saya belajar dulu.

Seperti yang Ukhtie katakan bhw cerita ini didatangkan dalam bahasa arab Fushah dan ianya sudah tentu banyak membantu para penonton menguasai bahasa Arab.

Unknown said...

ila Kak Yana:
yelah.. teringat juga anak sedara ayu dulu.. macam2 aksinya tido.. selesalah kan.. :)

ila akma;
wslm..insyaAllah...:) syukran

ila abu luqman:
memang menarik ustaz.. suka lak tengok sekarang lebih-lebih lagi tgh nak belajar berbahasa arab ni kan.. ;) syukran ustaz..

Anonymous said...

owh...cerita blazing ten, mmg kegemaran anak-anak akak. Diorg tahu semua cerita kartun, kadang-kadang mak dia tak tahu pun. Cerita ana wa akhi...K ina baru tahu bila Ayu buat entry, tapi bila cerita kat anak-anak, semua dah tgk cerita tu.

Abu luqman...cerita Anisah tu dah wujud dahulu kala ke? Nampaknya lama betul diorang ulang tayang cerita sama. Cerita remi pun gitu agaknya.


Aksi toggeng Uwais...mengancamnya...hehehe

Unknown said...

kak ina, ayu pun suka tengok cite tuh..haha..nak improve bahasa arab sekali..hiii..

ana wa akhawati pun ada kan? yang bestnya ada selingan-selingan iklan belajar ABC, a ba ta..etc.. kenal huruf dan benda kan? siap buat song lagi mudah anak2 nak faham dan ikut.. :)

maybe malaysia boleh pun boleh buat camtu.. (astro ada kot..) maklum dah lama tak blk msia..huhu

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”